Showing posts with label azan. Show all posts
Showing posts with label azan. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

Kenapa Anak Perlu Diazan/Iqamah Selepas Lahir?

Orang tua, alim ulama, ustaz semua pesan, lahir sahaja anak ke dunia ini, kalau lelaki, kamu perlu azan ditelingan kanan anak, kalau perempuan,kamu iqamah ditelinga kiri anak. Rasanya ramai yang tidak tahu kenapa perlu azan dan iqamah dan hanya buat sahaja.

Azan dan Iqamah ditelinga anak telah disyariatkan Islam setelah anak dilahirkan sebagaimana Al-Baihaqi dan Ibnu Sunni meriwayatkan dari Al-Hasan bin Ali dari Nabi Muhammad s.a.w
"Barang siapa diberi anak yang baru lahir,kemudian ia menyuarakan azan pada telinga kanannya dan iqamah ditelinga kirinya maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya"

Ibnu Abbas ra meriwayatkan "Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah menyuarakan azan pada telinga Al-Hasan bin Ali (yg sebelah kanan) ketika ia dilahirkan dan menyuarakan qamat pada telinga kirinya.

Tujuan Azan dan Iqamah adalah:
  • Agar perkataaan atau perkara pertama yang menembus pendengaran manusia adalah kalimah-kalimah seruan Yang Maha Tinggi kebesaran Tuhan dan syahadat (persaksian) yang dengannyalah ia pertama-tama masuk Islam.
  • Ia juga merupakan talqin (pengajaran) bagi anak tentang syariat Islam ketika ia memasuki dunia. Azan akan meresap ke hati walaupun ia tidak merasa
  • Syaitan lari bila dengar azan. Sebab syaitan memang menuggu kelahiran bayi.
  • Supaya dakwah kepada Allah dan agamanya mendahului dakwah syaitan (hasutan syaitan)
Kesimpulannya, bayi yang baru lahir perlu diazan dan diiqamahkan untuk menetapkan aqidah tauhid, keimanan dan mengusir syaitan dan hawa nafsu seawal bayi mencuim bau dunia dan bernafas.

*betulkan saya andai ada salah.. yg baik dari Allah,salah silap kedaifan sy sendiri.

sumber gambar : Google Image.