Showing posts with label bahasa. Show all posts
Showing posts with label bahasa. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Tak pandai cakap melayu...


Situasi berlaku di tempat kerja aku..

Ada dua orang kanak-kanak dalam lingkungan umur 6-7 tahun datang dekat aku untuk bertanyakan tentang apa yang ada di sini. Aku seperti biasa, sambut dan jawab segala persoalan yang di ajukan. Perbualan aku dan kanak-kanak itu dalam bahasa Inggeris tau. Tergagap juga aku nak menjawab dengan kanak-kanak tu, lancar sangat bahasa inggeris dia. hehehe. 

Jadi aku beranggapan dua kanak-kanak itu mesti warga asing. Beberapa minit kemudian datang dua orang wanita, seorang dalam lingkungan lewat 30an (mak dia mungkin) dan seorang lagi agak berumur sikit, dalam lingkungan umur 60an. Maknya pun sama, cair je berbahasa Inggeris. Jadi, aku rasa betullah telahan aku yang mereka ini pelancong. 

Jadi, setelah pertanyaan selesai, aku pun menyatakan harga untuk masuk ke tempat aku ini. 

Aku : The price is RMxx,
Dia  : Eh, bukan ke harganya RMx? Harga RMxx tu untuk foreigner kan?

Eh, cakap melayu pula kamu? Tertanjat kiter! haha. Tiba-tiba dia boleh cakap melayu pula. Aku pun tanya..

Aku : Are you Malaysian citizen or foreigner?
Dia  : of cause i'm a citizen, u nak tengok ic i ke? Suka-suka nak caj i harga (cakap sambil buat muka babi)

Hmmmmm.. melayu rupanya, duduk Damansara je pun. Cakap bahasa inggeris bukan main, siap berdialek bagai. Bukan aku sengaja caj harga warga asing, tapi dah memang kamu tu yang dah rupa warga asing.

Dan yang ini paling sedih, selepas dia dan anak-anak dia masuk, makcik yag lagi seorang datang dekat aku dan cerita makcik ini buat aku rasa sedih.

Makcik : Maaf ye dik, anak cucu makcik ni sudah macam orang putih, tidak reti dah nak cakap melayu..
Aku : Takpe makcik, salah saya terus caj je tadi, lupa tanya warganegara ke tak.
Makcik : Cucu aku tu, bukannya tahu bebahasa melayu.. cakap orang putih je memanjang. Naik pening kepala aku dengar.
Aku : (senyum)
Makcik : Aku cakap pun bukan dia faham sangat. Maknya pula yang jadi tukang alih bahasa.
Aku : ??????  (tertanya-tanya, senyum dan dengar lagi)
Makcik : Kamu sudah kawin? sudah ada anak?
Aku : Dah makcik, anak baru seorang.
Makcik : Ni makcik nak pesan, janganlah ajar anak tu bahasa lain, rosak anak kamu nanti macam cucu aku tu. Dari kecil maknya asyik dengan bahasa inggeris je. Tadika orang putih, sekolah rendah ni pun sekolah orang putih. Sekarang nak cakap melayu pun tak pandai.
Aku : Ye ke makcik, kenapa sampai jadi macam tu. Pernah duduk luar negara ke dulu?
Makcik : Luar negeri je, asal dulu Perak, pindah ke Kuala Lumpur ni haaa..
Aku : (Pandai makcik buat lawak, luar negeri ye..hahaha)
Aku : Sabar je lah makcik. Zaman maju ni macam-macam ada. 

Gila lah, ada orang Melayu yang tidak fasih bercakap Melayu rupanya. Dahsyat betul. Tidak salah boleh kuasai bahasa lain tetapi berpada lah. Biar kena pada tempatnya. Bagus boleh kuasai bahasa asing, ada kelebihan disitu, tetapi jangan sampai lupa asal usul. Biar kena pada cara dan penggunaannya, lagi terbaik!



Tuesday, August 26, 2014

Bahasa Melayu atau Inggeris


Aku ada baca blog Ben Ashaari yang bertajuk English atau ? . Setuju dengan apa yang Ben tulis, kita sekarang lebih 'bangga' untuk berbahasa asing daripada bahasa kita sendiri. Tidak salah untuk guna bahasa lain tapi biarlah kena pada tempat dan masanya.

Terasa dan terkesan dengan entri Ben tu, aku cuba praktikkan untuk guna bahasa melayu dengan orang asing. Aku bekerja di salah satu tempat perlancongan di Kuala Lumpur, hari-hari mengadap pelancong asing yang datang di tempat aku ni.

Biasanya bila pelancong datang, aku sambut dengan 'Hai, Hello, Welcome'. Aku ubah ayat sambut aku yang bahasa inggeris tu menjadi 'selamat datang', kemudian barulah sebut 'welcome'. Ubah ucapan 'thank you' dengan ucap 'terima kasih' kemudian baru sebut 'thank you'.

Baru 5 hari aku praktikkan cakap macam itu. Agak mengejutkan bagi aku bila mana ramai pelangcong yang teruja dan seronok disambut seperti itu. Beberapa pelancong cakap 'ini tempat pertama di Kuala Lumpur yang dia lawat sambut dengan bahasa melayu dulu' 'thats great', katanya (aku alih bahasa dah). WOW!!! seronok tau dia puji macam tu..

Tak kurang juga yang ulang tanya untuk hafal ayat bahasa melayu itu. Ada juga yang terus berborak untuk tahu beberapa lagi perkataan melayu yang pelancong akan selalu guna. Nampak? lagi seronok rupanya gunakan bahasa sendiri. Walaupun hanya sepatah dua sahaja bahasa melayu yang aku guna tapi itu cukup buatkan mereka seronok dan aku lagi lah seronok.

Aku ada lagi beberapa pengalaman yang berkaian dengan hal ini, nanti aku update ye (^_^)







Friday, March 9, 2012

Kasihan Mereka...

kasihan kepada mereka yang tidak tahu berbahasa Inggeris,
sebab ia menjadi susah untuk memahami percakapan manusia,
nak pulak nk kerja kan..skrg ni nk bahasa org putih jer..
TETAPI...
lebih kasihan kepada orang yang tidak tahu berbahasa Arab, kerana ia menjadi susah untuk memahami kalam Allah s.w.t kepada manusia...

berapa ramai orang Islam kita sendiri yang tidak tahu Jawi?
berapa ramai orang Islam kita yang masih tidak tahu mengaji Al-Quran?
ramai yang lancar berbahasa Inggeris tetapi tak tahu satu pun huruf Arab/Jawi

pada ibubapa, ajarlah anak-anakmu, jangan sampai kita hanyut dek arus pembangunan..
jangan terlambat belajar kalam2 Allah s.w.t
tak rugi sikit pun belajar kalam-kalam Allah s.w.t ni..
dapat pahala lagi..ilmu dapat,bonus pahala pun dapat..

renung-renungkan..dan selamat beramal..hehe (^^,)


(mood geram sikit sbb td ada terdengar orang kita kata jawi tak penting dah skrg ni)