Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Pelik! Wawancara Lembu!


İni memang pelik, bukan cobaan, tapi memang benar!! İni lembu dalam studio!! İni bukan di Malaysia, ataupun di Mexico tapi di Turki! Orang-orang Turki di sini pun terkejut. Kata mereka ini sejarah! (Türk televizyon tarihinde bir ilk). 

Orang Turki memang gila!! Mereka menjadi gila melihat ummat menderita. İni satu lagi drpd siri-siri kegilaan mereka. Kehadiran lembu ini dalam studio, di dalam berita TV Turki, dan memang mengejutkan. Lembu ini diwawancara oleh pengacara berita tersebut tentang hal2 umat berkaitan situasi di Syria dan Mesir. Memanglah lembu ini membisu, dan pastilah juga ianya tidak boleh menangis. Sungguh Sinis!! Sinis!!Sinis terhadap seluruh dunia yang membiasu!!

Pepatah Turki ada mengatakan melihat sesuatu tanpa sebarang reaksi, macam pandangan lembu. Cuba lihat betul-betul cara lembu melihat dan merenung, tanpa reaksi dan kaku!! TV ini cuba menyampaikan kepada umat keseluruhannya bahawa orang yang hanya melihat pembunuhan, kekejaman dan kezaliman tanpa ada sebarang reaksi adalah seperti lembu. Benar sekali kata Recceb Tayyib Erdogan, untuk bersimpati kita hanya perlu jadi manusia. Kita tak mampu menghantar jasad, hantarkan saja doa! Semoga Allah memberikan bantuan dan pertolongan kpd saudara2 kita dan semoga Allah memlihara umat ini dan agama ini. İnshaAllah.

Sumber : www.facebook.com/abuakhyar.alqudsi

Full video: http://www.youtube.com/watch?v=63XJCVOjG1A&desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3D63XJCVOjG1A&nomobile=1



Sinis dan bijak! (^_^) Sapa tak terasa tak tau lah..


Sunday, November 27, 2011

Terpedaya RM65,000

Assalamualaikum w.b.t

apa plan anda cuti2 ni.. nk plak cuti 3 hari kan.. mesti luangkn masa bersama keluarga. atau ada yang balik kampung, ada juga yg pergi bercuti..

dan

ada juga yang tertipu??? huh.. mR iZzo baca paper Metro harini.. tajuk Rugi Terpedaya RM65000
kisah berlaku di Miri...di sebuah stesen minyak..
seorang wanita Melayu ditegur oleh perempuan Cina A menanyakan dimana lokasi seorang tabib..
wanita itu tidak tahu dan tiba2 datang seorang wanita cina B mencelah dia tahu dimana tabib itu..
dengan baik hati wanita Melayu itu membaca perempuan Cina A dan B jumpa tabib itu..

bila jumpa tabib tu, boleh plak tabib tu cakap wanita melayu ni pembawa sial..
dan wanita melayu tu plak percaya kata2 tabib itu..
dia pun setuju dirawat tabib tu..
langkah pertama kena serah barang kemas dan wang tunai, total RM65000
tabib tu jampi sikit, bg minum air sikit, pastu suruh jalan kedepan jangan toleh kebelakang!

lepas jalan lebih kurang 10 minit, dia penat, dan toleh kebelakang...
toleh je 3 perempuan cina tu da lesap!

nk gelak pn ada, kesian pn ada...
nk kata terpedaya ke, bodoh ke, aku pn xtahu..hehe
ini macam orang pn ada kaaa...
aduh....

Tuesday, January 25, 2011

UFO Mendarat di Sawah Padi di Yogyakarta

mrizzo nk share kisah UFO lagi..aritu UFO dtg melawat KL,
 kali ni UFO pi Yogyakarta plak..
maybe skrg musim UFO melancong kot..hehehe (^_^)

org ramai dok amik gambar~
corak unik di tujuh petak sawah~

malas nk taip..klik keratan akhbar KOSMO ni utk baca..hehe~ (^_^)

Monday, November 1, 2010

Equinox and The Iron Sun

assalamualaikom (^_^)

harini mrizzo nk coret skit tentang satu kebesaran ILLAHI ni..
iaitu pasal matahari kita ni..sajer je nk bg info skit..tambah pengetahuan..hehe

Semalam, Matahari melintasi khatulistiwa langit menuju selatan di 03:09 Universal Time.Ia dikenal sebagai Equinox, astronomi kata ini menandakan hari pertama musim gugur di belah bumi utara dan musim semi di selatan. Equinox bererti malam yang sama(mlm yg pnjang). Dengan matahari pada khatulistiwa langit, penghuni bumi akan mengalami hampir 12 jam siang hari dan 12 jam kegelapan.di utara hari terus lebih pendek, Matahari berada rendah di langit sebagai pendekatan musim sejuk. Pandangan dari Matahari dalam cahaya ultraungu ekstrim dari Matahari menatap Dinamika Solar Observatory.

 catatan semalam,false-color image menunjukkan pembebasan daripada atom besi sangat terion (terion ni mrizzo pn xtau apa dia..hehe). busur plasma bersinar melayang di medan magnet di atas daerah aktif suria.

cantikkan ciptaan ILLAHI (^_^) 

keagungan iLLAHi

Thursday, August 26, 2010

DUIT RAYA (^_^)

   assalamualaikom (^_^)   

semalam dapat good good punya news~ semua kakitangan kerajaan dapat duit raya!
wow! wow! skali lg wow! hahaha.. alhamdulillah~ syukur..(^_^) dapat seorang rm500
refer petikan dari Berita Harian bawah ni :

PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal. 

Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.


Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan. 

Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. 

Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya. 

Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan. 
Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu. 

Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya. 

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara. 

Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya. 

Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah. 



-BERITA HARIAN 26.08.2010




duit raya! yahooo! tq PM