Showing posts with label bersih. Show all posts
Showing posts with label bersih. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Sangkar Burung dan Hasad Dengki


Cantik kan sangkar di atas? memang superb! hasil seni yang sangat halus. Setiap batang buluh tu ada ukiran tau.. sayang tak sempat snap gambar. Memang cantik dan berseni. 

Sayangnya sangkar ini terbiar begitu saja, penuh habuk dan usang. Mana tidaknya, tuan punya sangkar sudah tiada. Sangkar ini milik arwah tokwan aku. Ini sangkar kesayangan arwah. Arwah tokwan beli di Siam pada tahun 1989 kalau tak silap aku, aku baru umur 4 tahun masa tu..hehe. Tokwan beli dengan harga RM800. Mahal la jugak sangkar ni, kalau zaman tu RM800,dibanding dengan sekarang mahu RM7000-8000. WOW!

alkisahnya, aku tengok sangkar ni unik dan cantik, lagipun aku tahu sejarah sangkar ni sikit-sikit. Dari dibiar sangkar ni usang dan terbiar, aku berhajatlah nak ambil buat hiasan dirumah. Aku suarakan hasrat aku pada tok (nenek) aku.. Tok kata, ambillah...bukan sapa peduli pun sangkar tu...

Dengan perasaan yang gembira, teruja, aku ambil sangkar ni.. cuci semua kotoran, habuk, sampai bersih.. dan hasilnya macam dalam gambar. Tinggal nak gilap jer...

Petang aku balik rumah mak aku jap, sebab esoknya aku nk gerak balik KL, baru nak singgah ambil sangkar ni di rumah tok.

Esoknya bila sampai rumah tok, aku tengok sangkar dah takde! mana hilang? aku tanya tok, tok kata "paklang amik dah,dia simpan kt rumah dia"  # rumah PakLang sebelah je dengan rumah tok.

aku pergi tanya elok-elok, memang dia ambil simpan, katanya aku tak boleh ambil sangkar ni sebab dia kata dia yg pi beli sangkar ni dengan arwah tokwan dulu..

aku pun hhhhmmmmmmmmmmmmmm.. malas lah nk bising-bising, aku blah jer.. lantak ko lah...
(sungguh aih!!  hampa, sakit hati, geram, marah semua ada) andai kau bukan PakLang, aku tumbok muka ko! hehehe (gurau je).<--hasutan syaitan

aku pun malas nk panjangkan lara hati ini, aku berfikiran positif je lah.. maybe sangkar ni ada sentimental value antara dia dengan arwah tokwan kot, sebab zaman main burung dulu, memang dia ngan tokwan yg minat sangat. aku redha, kau nak kau ambil lah...

yang aku terkilan, kenapa setelah aku ambil cuci, bersihkan, baru nak ambil? kenapa sebelum aku sentuh sangkar ni takde siapa pun yg ambil peduli! hmmmm... aku kecewa, kenapalah kau berperangai sedemikian..... kau membuat aku hilang hormat pada kau, nk kata dengki pun ya sebab aku dah ambil cuci, bersihkan dah, senang-senang ja angkat... padahal rumah dia sebelah rumah tok ja pun, anytime dia boleh ambil, jaga, simpan elok-elok....







Tuesday, May 8, 2012

Pakcik ku di Bersih 3.0 | Dipukul oleh Polis

harini tiba2 ternampak muka seorang yang aku kenal di alam maya ni...
rupa-rupanya adik kepada maksu aku.. Nour Islam Niamat
anak kepada Allahyarham Tuan Guru Hj Niamat

"Sepanjang 300 meter perjalanan saya ke Kelab Diraja Selangor, saya dipukul oleh pihak polis tanpa ada perasaan belas kasihan, jelas mangsa kekejaman polis pada Himpunan Bersih 3.0, Nour Islam Niamat, 30.

Nour Islam yang juga merupakan aktivis NGO, Jingga 13 memberitahu beliau ditahan oleh pihak polis ketika berada hampir dengan pengadang jalan di Dataran Merdeka dan ketika itu beliau hanya meninjau keadaan di sana tanpa melakukan apa-apa provokasi.

"Ketika saya hampir di Dataran Merdeka lebih kurang pukul 5 petang, saya tidak mendengar pun arahan pihak polis meminta peserta Bersih bersurai malah mereka terus bertindak dengan menyembur air serta menembak gas pemedih mata.

"Dalam keadaan saya berada di barisan paling hadapan maka menyenangkan pihak polis menahan saya dan dalam keadaan saya baru ditahan tiba-tiba datang sembilan hingga sepuluh orang anggota polis ke arah saya dan telah bertindak memukul, menendang serta menumbuk saya," jelasnya.

Nour Islam yang menceritakan peristiwa tersebut memberitahu beliau telah berjalan hampir 300 meter dan melalui trak-trak polis yang dipenuhi anggota polis untuk ke Kelab Diraja Selangor

"Saya telah dibawa melalui trak-trak polis dan ketika melalui trak tersebut terdapat lebih kurang 200 orang anggota polis yang berbaris di situ, saya telah dipukul dan ditendang oleh polis-polis yang berada berhampiran trak itu.

"Setiap seorang dari mereka tidak melepaskan peluang memukul saya, saya terpaksa tempuhi mereka sikap kejam mereka tanpa boleh dielak langsung malah mereka terus tumbuk serta terajang saya tidak kira di muka mahupun di perut," sambung beliau lagi.

Menurutnya lagi setiap kali beliau dipukul polis mengarahkan beliau senyum dan jangan menjerit kesakitan, jika beliau menjerit sakit polis mengatakan beliau melawan dan akan dipukul dengan lebih teruk lagi.

"Apabila saya sampai di tempat tahanan tidak ada Ambulan mahupun pegawai kesihatan yang menunggu, apabila saya bertanya di mana pihak kesihatan mahupun Ambulan. 

"Pihak polis cuba mengelak untuk menjawab dan mereka melengah-lengahkan untuk memanggil ambulans walaupun terdapat peserta yang cedera teruk sehinggakan ada mereka yang hampir pengsan," cerita beliau lagi.

Beliau yang mendapat tiga jahitan di dahi akibat ditendang oleh polis itu menjelaskan ketika dipukul pihak polis mengarahkan beliau tunduk serta tidak boleh melihat polis-polis yang memukulnya.

"Saya langsung tidak boleh melihat muka-muka polis yang memukul saya kerana anggota polis memegang kepala saya kebawah tanpa memberi peluang saya mengangkat kepala saya.

"Ketika saya jatuh pun polis meminta saya tundukan kepala dan jangan sesekali cuba melihat siapa yang memukul saya, namum saya perasaan setiap anggota polis yang bersikap kejam itu tidak mempunyai nombor polis dan yang ada hanyalah nama. Saya tak pasti siapa sebenarnya mereka," tegasnya.

Beliau yang mengalami cedera yang teruk itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sejam beliau dipukul untuk mendapat rawatan.

"Pihak hospital telah membuat pemeriksaan keatas saya termasuk menjahit luka di kepala saya, mereka juga turut melakukan pemeriksaan x-ray bagi mengetahui kecederaan dalaman akibat tendangan yang kuat dari pihak polis.

"Setelah selesai melakukan pemeriksaan saya telah membuat laporan polis di Balai Polis yang berada di HKL termasuk menyerahkan laporan perubatan dari pihak hospital," tambahnya lagi.

Namum beliau bersyukur apa yang dialami olehnya direstui oleh Ibunya dengan menyifat ia adalah maruah diri dalam memperjuangkan kebaikan.




Friday, April 27, 2012

Bersih 3.0 | Laluan Peserta Bersih dan Hijau


bagi peserta bersih esok, jangan lupa ya bawa air mineral, garam, tuala kecil...

eh, aku bukan sokong tapi ingatkan je..
sebabnya memang tak dapat nak halang dah Bersih ni..
kita tengok je....layannnn (^^,)

saya akan berada sekitar sana, jual air mineral, tuala dan garam...insyaALLAH (^^,)

Wednesday, April 4, 2012

Himpunan Hijau Kuning Pada 28 April 2012 | Himpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau 3.0


Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - jam 2 petang 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.

Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu
berkata perhimpunan berkenaan akan diadakan dengan slogan 'Duduk Bantah.'

Perhimpunan yang anjurkan bersama dengan 84 NGO lain itu juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia, kata sasterawan negara itu lagi.

Perhimpunan kedua pada 9 Julai tahun lalu dihadiri puluhan ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan.
Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara untuk menambahbaik pilihan raya.

Laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen semalam dengan bantahan oleh wakil pembangkang.

sumber : Malaysiakini



get ready ya warga kota Kuala Lumpur
jem yg gila superb! polis yg gila superb!
adoi, leeeetih !!!

Thursday, July 7, 2011

Keputusan Muktamad Bersih 2.0

assalamualaikom (^^,)

Keputusan Bersih 2.0 kini muktamad.
Himpunan Bersih 2.0 akan dilangsungkan di Stadium Merdeka.
9 Julai 2011 jam 2.00petang.

jadi xperlulah warga2 kota risau lagi..
xder la ganngguan pada warga kota..
peniaga dan pemandu teksi boleh la jalankan kerja seperti biasa..

Bersih 2.0 berhimpun di Stadium Merdeka

Tuesday, July 5, 2011

Bersih 2.0 dan Buletin Utama TV3

assalamualaikom

15 minit pertama bermula Buletin Utama tv3 malam ni cerita pasal Bersih 2.0 jer..

aku setuju kalau pindah tempat perhimpunan..tak la sesak n semak aku nk gi kejer Sabtu ni..
semua orang tak susah..perniagaan dan orang teksi xyah la komplain lagi..

satu berita tu tentang pihak polis jumpa senjata, bahan api (letupan) dan tshirt Bersih sekitar kL..area Pertama Complex.

barang jumpa banyak dan macam2 tapi tiada tangkapan.. katanya lagi nampak individu dalam keadaan mencurigakan sedang menyembunyikan sesuatu sekitar Pertama Complex. bila disiasat Polis pun terjumpa lah barang yg aku sebut diatas..
parang, gergaji, bom petrol, mercun bola, tshirt Bersih 2.0.

semua barang baru2 jer..elok berkilat lagi..
lalu terlintas dibenakku ini..logikke?
jumpa barang macam2..
nampak individu sedang sembunyikan barang2 itu
TETAPI tiada tangkapan..
hehehe.. polis oh polis..

nanti aku dapat gambar aku update ye..
esok komfem kuar paper kot..


Bersih 2.0 Lagi

assalamualaikom

memangdang Bersih 2.0 ni dah dekat..aku pun dok share pasal Bersih jer kan..hehehe..xper..info

orang2 Bersih kata sebab diorg buat Bersih adalah kerana 8 perkara...

Lapan (8) Tuntutan BERS✔H 2.0:
1. Membersihkan senarai daftar pengundi.
2. Merefomasikan undi pos
3. Penggunaan dakwat kekal
4. Akses media bebas dan adil
5. Tempoh minimum 21 hari berkempen
6. Kukuhkan institusi awam
7. Menghentikan rasuah
8. Menghentikan politik kotor

ye ke? anda cari, anda selidik, anda nilai..
aku share je...


Thursday, June 30, 2011

Bersih 2.0 - Macam-macam Ada

assalamualaikom

Mr iZzo nk berceloteh skit pasal Bersih 2.0
yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011 nanti

Kerajaan haramkan baju T Bersih. "adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju berkaitan Bersih-Hishammuddin Hussein"

Petaling Jaya : Polis serbu dan geledah pejabat sekretariat Bersih yg terletakl di Seksyen 4,PJ.

Sungai Siput : ADUN Teja-Chang Lih Kang,ADUN Jalong-Leong Mee Meng, bersama 13 yg lain ditahan polis kerana pakai baju T Bersih.

Kuala Lumpur : Polis hanya tunjuk IC ketika rampas baju T Bersih milik seorang peniaga,Mohd Razali Abdul Rafar

Klang : 5 anggota AMK Kapar ditahan polis, juga kerana pakai baju T Bersih.

Kuala Lumpur : Polis panggil Anwar ke IPD Dang Wangi sebab ceramah pasal Bersih

Shah Alam : Paku ditabur sekitar tempat letak kereta untuk sabotaj program solat hajat dan pidato sempena Bersih.

Shah Alam : A.Samad Said kutuk pengharaman Bersih dan beliau tegaskn yg beliau tetap akan hadiri Bersih. katanya lagi, kerajaan betol2 takot dengan Bersih.

Pelekat kereta palsu untuk sabotaj Bersih. Pelekat palsu tertera perkataan "bersama kita tumbangkan kerajaan sekarang". selain itu, ada juga risalah palsu tertera perkataan sama diedarkan.

Pulau Besar : Tiada sebab pertubuhan seni silat mesti musuhi peserta Bersih, kata Cikgu Majid Md Isa-Guru Utama Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

Petaling Jaya : kerajaan dijangka akan gunakan DARURAT untuk halang Bersih.

macam-macam adaaaaaa~ banyak lagi cerita Bersih ni..nanti lah taip lagi..hehe
yg kerajaan dengan caranya...
yg pembangkang dengan caranya..

kita ni rakyat? apa pon tak boleh...huh
harga barang makin naik dan naik..

Wednesday, June 15, 2011

Sila Saman Bersih

Golongan yang terjejas akibat himpunan Bersih
nanti dinasihatkan untuk saman Bersih..

kata Datuk Ahmad Maslan "saman tersebut alah untuk tuntut gantirugi berikutan pandapatan mereka terjejas akibat himpunan Bersih tersebut"

"Perhimpunan itu akan menyusahkan rakyat, merugikan penjaja dan peniaga yang memiliki kedai serta menakutkan pelancong untuk datang ke negara ini.

"Selain itu, ia juga merugikan pemandu teksi di ibu negara, menghuru-harakan keselamatan dan memberi imej tidak baik kepada Malaysia di luar negara," 


Perhimpunan Bersih Terus Dibantah

assalamualaikum

Himpunan Bersih 2 akan dibuat pada 9 Julai ini..
Bersih mengundang kemarahan ramai pihak...
dah 350 laporan polis dibuat oleh NGO, parti politik, persatuan dan individu di seluruh negara sejak seminggu lalu sehingga semalam...

peniaga, pemandu teksi pn turut bersuara tak puas ati..
ye lah, kacau periuk nasi diorg kot..


macam himpunan lepas, banyak kerosakan,
peniaga kerugian, jalan sesak..

nk salahkn sapa pn xtau..perangai polis pun
boleh tahan jugak 'sopan'nya

harap semuanya dapat ditangani dengan elok..
polis xyah la ganas sgt..

pastu nanti kuar Al-Jazeera xtau nak cakap ape..
memalukan jer,,shian 'orang tu' buat malu Malaysia je..


Bersih pertama 2007