Showing posts with label bukit. Show all posts
Showing posts with label bukit. Show all posts

Saturday, June 1, 2013

Maaf bro, lu yang tidak prihatin...

Alkisahnya seorang suami memaksa isteri yang sarat mengandung 8 bulan panjat bukit, mandaki tangga yang sejauh lebih kurang 200meter. Then marah aku???

AJ bertugas seperti biasa hari ini.. bertugas dimana? baca SINI

Tiba-tiba datang seorang mamat ni marah-marah di kaunter tiket, dia doktor katanya dan dah familiar dengan tempat ini, dah selalu datang. Dia datang bersama isteri yang mengandung 8bulan dan anak berusia setahun. Kenapa dia perlu mendaki tangga ini dan tidak boleh parking di kawasan berdekatan bangunan pameran. Jarak kawasan parking dengan bangunan pameran lebih kurang 200 meter. Bangunan pameran atas bukit, jadi dia kena mendaki kalau parking kereta di kawasan parking kereta tu. 

Selalunya pengawal akan bagi kereta pengunjung yang OKU, mengandung, warga emas untuk masuk drop off dia atas, tapi entah macam mana miscommunication dia dengan pengawal entah, pengawal tak benarkan dia masuk kereta dan suruh dia parking di tempat parking.

AJ tak nafi lah memang ada miscommunication disitu, salah pengawal lah tak benarkan dia masuk.. TAPI, sebagai suami dia patut fikirla juga keadaan isteri dia tu. Jauh kot mendaki bukit ni.. dah la mengandung 8bulan, bawa anak kecil umur setahun lagi.. nak kata anak dia yg berminat sangat nk melawat, anak kecil lagi..tak la kot, nk kata isteri mengidam mungkin juga.. hehe.. 

pada abang doktor itu, kalau abang tak naik pun xde masalah lah bang.. kesian AJ tengok bini abang tu.. mengah-mengah.. kalau terberanak? dah jadi satu hal.. tak rugi pun kalau abang tak mendaki ke sini.. dah la paksa bini mendaki, then bila bini mengah,penat, AJ yang kena marah.. hmmmmmm.. kalau lu prihatin dengan keadaan bini lu, lu tidak akan paksa dia mendaki.. so? jangan salahkan orang lain lah bro...


Google Image- (^_^)




Thursday, March 1, 2012

Desert Island di Luytla-Duymun

indahnya ciptaan ALLAH s.w.t. terpegun sejenak dengan salah satu
keindahan ciptaanNYA ini... (^^,)

Luytla-Duymun - yang paling kecil dan hanya pasir  antara 18Kepulauan Faroeterletak di antara Scotland dan Iceland.Kawasan seluas 0,8 km ².Titik tertinggi - Gunung Ravan ketinggian 414 meter. Pulau ini tidak berpenghuni 
Nama "Duymun" kononnya berasal dari bahasa Celtic dan bermaksud dua bukit. "Ini merujuk kepada dua gunung di pulau-pulau berdekatan Greater dan Lesser Duymun.Duymun kecil tidak pernah diduduki. Penghuninya hanya biri-biri dan puffins. Kambing biri-biri meragut di sini sejak zaman purba.