Showing posts with label bunuh. Show all posts
Showing posts with label bunuh. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

PANAS : PM Najib di Akhbar Australia Kes Bunuh

pagi ni kecoh di FB, blog, rata-rata post keratan akhbar Australia mengenai skandal pembunuhan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Betul ke ni? Ntah laa~ baca sendiri lah..

Terpanas ! Akhbar Australia Kaitkan PM Najib Dengan SKandal pembunuhan Altantuya..!!! 

KUALA LUMPUR 14 Jan: Akhbar Australia, The Age meramalkan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjejaskan peluang Umno BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang.Internet di Malaysia sedang ‘panas’ dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan Umno,” tulis portal akhbar itu semalam.

Menurut akhbar berkenaan, pendedahan Deepak juga merupakan sebahagian usaha untuk membongkar misteri pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006.

Akhbar itu turut mengaitkan pembelian dua kapal selam dianggarkan bernilai USD2 bilion pada 2002, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

The Age turut mengaitkan hubungan Abdul Razak Baginda, yang dituduh membunuh Altantuya namun dibebaskan mahkamah pada 2009.

“Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya.

“Terdapat perbalahan dalam Umno yang berkuasa dalam negara selama lebih 50 tahun, kaji selidik terbaru menunjukkan populariti Najib menurun pada paras paling rendah dalam 16 bulan.

“Sebahagian penganalisis berkata, PRU kali ini akan menjadi cabaran terbesar kepada pemerintahan Umno. Najib sendiri mengatakan ia sebagai ‘titik penentu nasib rakyat dan negara’,” akhbar itu dipetik.

http://www.canberratimes.com.au/world/malaysian-pm-caught-up-in-murder-bribery-scandal-20130112-2cmk6.html


-Sumber dipetik dari FB R.A.M.M





Wednesday, June 20, 2012

Anak Kelar Leher Mak

akhbar KOSMO
seorang gadis berusia 17 tahun di dakwa atas tuduhan cubaan membunuh ibunya sendiri...
ibu kandung sendiri kot dia kelar! ish..ish..ish..subhanallah

tak capai dek akal weh nak kelar mak sendiri...maybe gadis ni ada masalah mental kot... normal sikap manusia tak akan sampai hati nak membunuh ni.. naluri seorang manusia yang normal tidak akan melakukan perkara serupa ini.. bila akal sudah tidak waras, ini lah jadinya...

apakah akan jadi pada gadis yg berusia 17 tahun ini? didunia gelap masa depan.. di akhirat? Ya ALLAH, kau bukanlah pintu hati gadis ini untuk kembali ke jalan yg benar  Ya Allah...

andai kata si ibu tidak mengampun dosa anak ini, nauzubillah..sedangkan berbunyi 'uuhh' pada ibu pun dah berdosa, inikan cuba membunuh, mengelar leher si ibu...dunia akhir zaman ini, macam2 jadi, takut aku!