Showing posts with label cosmoderm. Show all posts
Showing posts with label cosmoderm. Show all posts

Wednesday, September 6, 2017

Familyday KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort.

Baru-baru ini aku berkesempatan sertai program Hari Keluarga KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort. Teruja sangat sebenarnya tunggu program hari keluarga ni. Akhirnya,alhamdulillah program yang di tunggu-tunggu berlangsung dengan jayanya. Happening giler beb sepanjang 3 hari 2 malam di sini!

Aku bertolak ke Legend Cherating Beach Resort agak lewat sedikit kerana ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Kecewa sikit sebenarnya bila perancangan untuk bertolak awal terpaksa ditunda, tapi apakan daya kerja perlu diselesaikan.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Legend Cherating Beach Resort mengambil masa 3 jam 30 minit. Alhamdulillah perjalan lancar. Dari rumah pukul 7.00petang , sampai Cherating pukul 10.30 malam.

Sampai di Legend Cherating Beach Resort, terus aku ke lobi untuk urusan 'check-in'. Selesai urusan di lobi, terus gerak ke bilik. Nampak tak sabarnya tu kan? hahaha. Nah gambar bilik yang aku dapat. Super selesa beb! Cantik dan selesa sangat. Dua katil queen,sesuai sangat dengan aku sekeluarga. Selesa!


Pelbagai aktiviti yang kami lakukan sepanjang 3 hari 2 malam di Legend Cherating Beach Resort ni. Tidak masa yang kosong tanpa aktiviti. Walaupun begitu, takde hal beb, memang berbaloi-baloi! 

Hari Pertama. First program start lepas maghrib,iaitu melihat kelip-kelip. Aku terlepas aktiviti sebab lewat sampai. Frustnyer lah tak dapat join. So, aku tunggu je diorang selesai aktiviti di lobi untuk sesi seterusnya iaitu sesi suai kenal blogger baru, sedikit taklimat tentang aktiviti sepanjang kami disini dan taklimat perkenalkan Legend Cherating Beach Resort.

-Firefly tour <-- aku terlepas aktiviti ni sebab sampai lewat. Kecewanya..huhu
Hari berikutnya, nah, korang tengoklah sendiri kepadatan aktiviti kami di sini. Padat tapi awesome giler!!!
Sukaneka
Scuba by Muck Dive Scuba Kuantan.
Untuk makluman korang, pantai Cherating juga adalah tempat menarik untuk scuba diving. Ada tarikan yang tersendiri dari segi keindahan hidupan laut seperti batu karang. Muck Dive juga sediakan perkhimatan untuk latihan dan lesen scuba diving. 

Maklumat lanjut Muck Dive Scuba :
Tel : 013-286 1620
Facebook : @muckdive
Email : muckdive@jomdive.com.my
Melawat salah satu tempat proses keropok lekor
Melawat 'Turtle Sanctuary'
Mangrove Tour , menikmati keindahan paya bakau
Mangrove Tour salah satu aktivi yang wajib korang cuba kalau datang Cherating ni. Serius beb, rasailah pengalaman meneroka hutan paya bakau di sini. Manakjubkan sekali pemandangan disini. Memang berbaloi-baloi. 

Sebelum ni pernah tengok di tv je, nampak macam bosan aktiviti ni. Nyata jangkaan aku meleset. Terpesona aku dengan salah satu ciptaan Sang Pencipta.


Melepaskan anak penyu ke laut.
Makan malam di Pirates
Makan malam di Pirates
Nikmati makan malam di tepi pantai di Pirates Night. Syahdu beb! suasana tempatnya, dengan angin lautnya, makanan yang pelbagai. Fuh, romantik habis!

Sea rafting

Sea rafting

Amacam? Padu tak aktiviti bila stay di Legend Cherating Beach Resort ni? Awesome kan?

So, terima kasih tidak terhingga pada semua penaja yang menjayakan Familyday KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort.

Jutaan terima kasih pada penaja :

- The Legend Cherating Beach Resort
www.legendresort.com.my

- Hafiz's Cherating Activities
hafizcheratingactivities.blogspot.com
  
- Muck Dive Scuba
FB : @muckdive
IG : www.instagram.com/hazrineshark

- Cosmoderm
www.cosmoderm.com.my

- Zing Plus Detergent
Tel : 012 235 0657

Thursday, August 27, 2015

KBBA Bloggers Day di Zoo Negara


Lama dah aku berhajat nak ke Zoo Negara ni, tapi disebabkan harga yang agak tinggi, asyik tangguh je hajat tu.. hehe.. Alhamdulillah, hari Ahad lepas aku berpeluang ke Zoo Negara. Lagi best sebab pergi bersama keluarga dan rakan-rakan Kelab Blogger BenAshaari. Meriah giler! 

Citer banyak korang malas baca kan? meh abam belanja gambar je.. hehehe

Atas : Gambar sebahagian blogger sebelum masuk Zoo Negara
Bawah : Half of KBBA big family

Dah dapat tiket dan pass. jom masuk Zoo Negara



Mula-mula sekali selepas diberi penerangan serba ringkat untuk program hari ini, kami di bawa ke Taman Rama-rama.

Kepompong di Taman Rama-rama


Kali pertama tengok secara langsung rama-rama keluar dari kepompong.
Subhanallah, indah ciptaanMU.. teruja aku dapat tengok LIVE! hehe


dalam Akuarium

Pertunjukan haiwan.

Penat dah berjalan.. jom naik tram! huhu

Makan dulu.. thanks a lot Food Panda untuk lunch ni. Food Panda Awesome!!!


Madu kelulut. Dapat rasa madu asli.. sedap!! masam-masam manis rasanya. Power!!
Kelulut.


Malu plak Panda ni.. hehe



Oh ya, kitorang amat beruntung haritu sebab dapat tengok 'scene' sambutan hari jadi panda! Haritu merupakan sambutan ulangtahun yang ke -9. WOW! Bertuah rasanya. Panda ni Fu Wa namanya. Panda jantan. Baru je jadi bapa 18 Ogos 20115 lepas. Dia keseorangan sekarang ni sebab pasangan dia dikuarantin. Senang cakap, panda betina sedang berpantang! hehe



Fu Wa di hidangkan buluh gred A dan kek ais sayuran.

seronok Zayyan kejar burung-burung tu.. aku plak yang risau, kang dikokak dek burung tu kang..saje je.




Goodies dari sponser! yeaaaa!

Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari, Cosmoderm, Food Panda, dan Zoo Negara untuk aktiviti hari itu. Awesome sangat. Seronok tak tertakata. Terumata anak aku Izz Zayyan, bukan main suka dan teruja. Maklumlah pertama kali masuk Zoo Negara. Excited habis! Terima kasih sekali lagi kepada semua yang menjayakan program ini.

Oh ya, kalau ada lagi program menarik macam ni sudilah jemput lagi.. hehehehehe




Thursday, November 13, 2014

Sesi bergambar Kelab Blogger BenAshaari


Sesi photoshoot rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari yang berlangsung di Mycreativepixel studio pada hujung bulan lepas. Baru harini berkesempatan coretkan di sini. (^_^)

Founder Kelab Blogger Ben Ashaari : www.benashaari.com
http://redscarz.blogspot.com/
http://www.mawardiyunus.com/
http://marqiscareno.blogspot.com/
http://katanajeeb.blogspot.com/
http://www.razzwey.com/
http://hafizrahim.com/
http://azfar9897.blogspot.com/
http://www.erazfadli.com/
http://www.fazrol.com/

http://dismybelog.blogspot.com/
http://www.kisahemasputih.com/
http://www.yanty.my/
http://hasyanaurah.com/
http://miszrockers.blogspot.com/
http://www.bubblynotes.com/
http://www.qasehdalia.com/
http://fatinbella.com/
http://yayaflanella.blogspot.com/
http://www.dkna.my/
http://kisahpondokkecil.blogspot.com/
http://therylisanurulain.blogspot.com/
http://ruby.my/

http://myputeri21.blogspot.com/








Amacam? awesome tak? Terbaik woookkkkk!!! Awesome gilerr!! hehehe.. Ini baru separuh jer dari geng Kelab Blogger Ben Ashaari yang dapat hadir. 

Kalau korang pun nak shoot di macam kitorang ni, boleh rujuk SINI.

Terima kasih pada penaja-penaja photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari.

Penaja Utama Kelab Blogger Ben Ashaari : Cosmoderm
Shawl by Tya Salmid ,
Pin Hijab by Dania Facon
Make up Artist @shazaamalina @wiidaribbon  @etty_garib @yanneskay.