Showing posts with label dbkl. Show all posts
Showing posts with label dbkl. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Lambakan Warga Asing

pagi tadi sempat tengok MHI, Malaysia Hari Ini di TV3 sebelum gi kerja...
segmen..errrr..lupa plak,,hehe.. isunya pasal lambakan warga asing..

ya, memang nampak ketara sangat.. terlampau ramai sangat warga asing sekarang ni...
kat area Kuala Lumpur pun dah padat dengan warga asing ni..
jangan kn tempat lain, kat kawasan aku duduk sekarang ni pun dan dibanjiri warga asing
aku stay area Danau Kota, Setapak.. taman mainan kawasan sekitar tu di kuasai oleh mereka
penuh dengan rakyat dia ajer.. kita ni warganegara nak bercampur pun tak boleh

court badminton, taman mainan, gerai2 kecik tepi jalan..semua dikuasai mereka...
rimas giler kot.. kalau mesra alam xper.. ini lagak samseng.. macam kita ni plak pendatang!

buka paper Metro hari ini pun citer hal yang sama, warga asing!

pihak berkuasa yang berkenaan, silalah ambil tindakan sewajarnya...

series aku rimas, rakyat Malaysia pun rimas dengan lambakan warga asing ni



Saturday, April 28, 2012

Gambar | Bersih 3.0 #1

KLCC 
KLCC
Hijau at KLCC
Polis pasang dawai besi 

Malam tadi di Dataran
Malam tadi di Dataran





pagi ini
KL Sentral, pagi ini
Pasar Seni, pagi ini
Masjid Jamek, pagi ini


sumber : malaysiakini , facebook

Tuesday, April 24, 2012

Hentikan Dari Bertindak Ganas | Bersih 3.0


Bersih 3.0 bakal diadakan di Dataran Merdeka 28.04.2012 iaitu hari Sabtu ni
Bandaraya Kuala Lumpur bakal 'mati' sekali lagi la nampak gayanya...
habis semua jalan-jalan akan ditutup, kedai-kedai pun akan tutup

yang aku tak faham, kenapa takut sangat kerajaan kita dengan Bersih?
apa maksud yg tersirat sampai sebut je Bersih, huru hara jadinya...

Bersih 3.0 yg bakal diadakan di Dataran Merdeka tiada permit
tiada kelulusan untuk berhimpun...
padahal sebelum ini pelbagai acara berhimpun diadakan di Dataran Merdeka
tapi disebabkn perhimpunan yg bakal diadakan adalah Bersih, maka
tiada kelulusan untuk berhimpun di Dataran Merdeka..

adakah polis akan mengganas kembali?
dengar cerita untuk Bersih 3.0 ni DBKL pun turut dikerahkan.

pagi tadi DBKL da sibuk pasang pagar di Dataran Merdekan...
apa-apa pun, kita tunggu je 28.04.2012 nanti.....(^^,)

yg keluar tv nnt, peniaga rugi tetapi hakikatnya
peniaga seronok weh, kedai makan sedia menanti...
bas dah penuh kot! tiket bas dah hampir habis dijual
 (aku tanya membe di kaunter bas utara,pantai timur)

peniaga air mineral,tahun ni upgrade barang
tuala kecil dan garam,banyak permintaan! hehe

aku tak sokong mana2 pun ei, aku cuma amik peluang!
amik peluang meniaga! hehehe.. so, welcome Bersih 3.0 (^^,)
masyukkkkkkkkk!!! cuma kt tv je kata rugi..upssss! hehe