Showing posts with label emak. Show all posts
Showing posts with label emak. Show all posts

Sunday, March 2, 2014

Terubat juga walau hanya seketika...

Semalam aku sempat berjumpa dengan ummi tercinta sekejap di Taman Tasik Titiwangsa. Ummi datang sini bersama rombongan adik bongsu aku untuk program Dunia Seni Silat Melayu. Program yang mengumpulkan kesemua jenis silat yang ada di Malaysia. Banyak juga jenis-jenis silat yang ada di Malaysia ni rupanya. Macam-macam gaya pakaian dan persembahan yang baru pertama kali aku tengok. Kalau yang popular seperti Silat Gayong dan Cekak Hanafi tu biasa la tengok.. hehe (^_^)

Yang tak berapa bestnya, aku kerja semalam, aku kena kerja di hari yang sepatutnya aku cuti. hmmmm.. Jadi, lepas waktu kerja baru aku kesana. Aku dah suruh wife bawa Zayyan kesana dulu, aku mengusul lepas wakti kerja. Sempat la tok ummi main dengan Zayyan lama sikit. Pukul 4.30 petang camtu baru aku sampai sana. Sekejap je aku sempat lepak dengan ummi. Sedih  (-_-)

Sembang-sembang kejap, kul 6.30 petang rombongan dah nak bergerak balik. 

# Maaf ye ummi, aku 'terpaksa' kerja penuh bulan Mac ni, tak dapat balik kampung seperti yang dijanjikan. Anakmu berkhidmat untuk negara. Sangat sedih bila bos kata "sayangnya takde orang pandang".. But bos, its okey! sokkey ! kita enjoy,chill, redha ja.. semuanya akan okey (^_^)





Tuesday, January 22, 2013

Bila nenek rindu Zayyan...



gambar atas ni adalah whiteboard di rumah mak, di kampung halaman ku Kedah Darul Aman. Selalunya whiteboard ni digunakan untuk catat perkara penting seperti jemputan kahwin, meeting dan macam2 lagi.

Gambar ni aku ambil dari FB kakak ipar, dia snap pic ni, nenek rindu Zayyan katanya, cepat la balik kampung..hehehe

Memang aku nak balik, hujung minggu ni In Sha Allah... Angah ada call Ummi, Ummi kata rindu la kat Zayyan tu yang print gambar Zayyan, printer warna rosak, print hitam putih pun jadilah~ hehehe (^^,)

takpe, nanti balik kampung Angah set YM or Skype untuk Ummi yer.. hari2 boleh live tengok Zayyan. Teknologi sekarang dah canggih.. (^^,)



Wednesday, June 20, 2012

Anak Kelar Leher Mak

akhbar KOSMO
seorang gadis berusia 17 tahun di dakwa atas tuduhan cubaan membunuh ibunya sendiri...
ibu kandung sendiri kot dia kelar! ish..ish..ish..subhanallah

tak capai dek akal weh nak kelar mak sendiri...maybe gadis ni ada masalah mental kot... normal sikap manusia tak akan sampai hati nak membunuh ni.. naluri seorang manusia yang normal tidak akan melakukan perkara serupa ini.. bila akal sudah tidak waras, ini lah jadinya...

apakah akan jadi pada gadis yg berusia 17 tahun ini? didunia gelap masa depan.. di akhirat? Ya ALLAH, kau bukanlah pintu hati gadis ini untuk kembali ke jalan yg benar  Ya Allah...

andai kata si ibu tidak mengampun dosa anak ini, nauzubillah..sedangkan berbunyi 'uuhh' pada ibu pun dah berdosa, inikan cuba membunuh, mengelar leher si ibu...dunia akhir zaman ini, macam2 jadi, takut aku!

Monday, May 14, 2012

Saya Sayang Mak Saya


Hadis Sahih Bukhari menjelaskan, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW,maksudnya : 'Siapakah yang wajib kita hormati dan kasihi selepas Allah SWT dan Nabi? Jawab Nabi, Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Dan kali keempat lelaki itu bertanya 'selepas itu'?' Jawab Nabi, ayah kamu.