Showing posts with label flat danau kota. Show all posts
Showing posts with label flat danau kota. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

Tahniah sahabatku...


Sabtu dan  Ahad lepas aku berkesempatan menghadiri dua majlis Walimatulurus kawanku. Tahniah, selamat pengantin baru aku ucapkan. Moga sentiasa dalam redha dan rahmat-Nya dalam menggalas tanggungjawab baru ini. Moga cepat dikurniakan zuriat (^_^)

Amy dan pasangan - Majlis di Rumah 500,Peramu 3, Pekan, Pahang

Zaidi dan pasangan - Majlis di Taman Danau Kota, KL


Barakallah hulakuma wabarakah alaikuma wajamaa' bainakuma filkhair- (^_^)




Saturday, July 20, 2013

Lambakan Warga Asing


Isu warga asing ni bukanlah isu baru. Dah lama dah isu ini menghantui warganegara Malaysia. Tambahan pulak penghuni rumah pangsa atau flat sekitar Kuala Lumpur ini. Makin hari makin bertambah warga asing ni. Di kawasan Angah tinggal pun dah semakin ramai sangat dah. Penuh dengan orang dia jer. Rimas sangat dah dengan mereka itu..

Macam-macam masalah diorang ni,contoh, naik lif nak berebut-rebut, diorang ni jenis berkelompok. kalau datang 1 group 8 orang, mesti 8 orang tersebut naik lif, tak boleh tinggal sorang pun.. sesak-sesak pun diorang sumbat gak, kalau tak muat, semua turun. 

Malam-malam mabuk, minum arak pastu botol bersepah. Bila dah mabuk buat bising, merayau maracau sana sini. Anak-anak bersepah, nakal tu xyah cakap lah.. satu flat dia boleh marathon..

Pernah buat aduan pada pihak yang berkenaan. Dah banyak aduan sebenarnya dibuat, tapi apa boleh buat, kita ni pengadu jer, dah 'mereka' itu tidak mahu ambil tindakan, kita ini tanggung jer lah, ntah apa masalah pihak berkenaan pun Angah tak tau lah, tak boleh ke ambil tindakan. Aduan dah berlambak dah.. ke dah 'makan' banyak kot, seperti biasa.. hmmmmmm..

redha jer lah sekarang ni.. hadap jer lah.. nk harap pihak berkuasa ambil tindakan memang tak la kot.. 

percaya pada kata menteri tu 'Malaysia masih aman' ... aman lah sangat yang teramat sangat aman


Sumber : Google Image