Showing posts with label gerhana bulan. Show all posts
Showing posts with label gerhana bulan. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Program Pencerapan Gerhana Bulan Penumbra dan planet Musytari (Jupiter)


Bersempena dengan fenomena Gerhana Bulan Penumbra (Penumbra Lunar Eclipse) Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan berbesar hati menjemput YBhg Datuk/Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan dan keluarga untuk bersama-sama menyertai program di atas. Untuk makluman, selain daripada menyaksikan Gerhana Bulan Penumbra, orang ramai juga akan berpeluang untuk mencerap planet Musytari (Jupiter), menyertai pertandingan TRIVIA, mendengar penerangan berkenaan gerhana dan sebagainya.

Maklumat berkenaan program pencerapan tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh                 : 28 November, 2012 (Rabu)  
Masa                   : 9:00 malam hingga 11:00 malam
Penyertaan         : PERCUMA
Tempat                : Planetarium Negara,  Kuala Lumpur
Kordinat GPS     : 3°8'22"N 101°41'20"E


Thursday, June 16, 2011

Gerhana Bulan Penuh 3.30am

indahnya bulan..subhanallah..
antara gambar gerhana bulan..
hayatilah keindahan ciptaan ALLAH..
gambar oleh team Planetarium Negara,
pencerapan di Masjid Negara

Penumbra - Permulaan gerhana bulan penuh
Penumbra - 2.23pagi
Gerhana Bulan Penuh 3.34pagi
cantiknya bulan...oh bulan~ (^^,)

Facebook Malaysia Lunar Eclipse

assalamualaikom

sekarang sedang berlaku gerhana bulan penuh..
sekarang ni bulan dah separuh gerhana dah..
gerhana penuh akan berlaku sebentar lagi..
iaitu pada jam 4.13pagi..

Mr iZzo sekarang di perkarangan Masjid Negara
bersama dengan team Planetarium Negara mencerap
gerhana bulan penuh..

pada yang tak dapat datang boleh lah tengok secara "LIVE"




Saturday, June 4, 2011

Gerhana Bulan Penuh

Assalammualaikum & Salam sejahtera…

Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara akan mengadakan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh.

Maklumat program adalah seperti berikut:

 Tarikh : 16 June 2011
Masa : 1.00 pagi hingga 7:00 pagi
Tempat : Perkarangan Masjid Negara, kL
Bayaran : PERCUMA


Sehubungan itu, kami di Planetarium Negara ingin menjemput tuan/puan dan keluarga untuk bersama-sama menyaksikan fenomena ini. Selain daripada menyaksikan gerhana bulan penuh, tuan/puan  juga berpeluang untuk mencerap (observe) planet Jupiter/Musytari, Mars/Marikh dan Venus/Zuhal. Antara aktiviti lain yang akan turut diadakan adalah kuiz, ceramah gerhana dan solat gerhana. Kepada anda yang mempunyai teleskop sendiri, anda digalakkan untuk membawanya bersama. Makanan tidak disediakan justeru, anda digalakkan untuk membawa makanan, tikar duduk atau khemah mengikut keselesaan sendiri.

 Jumpa anda di sana..(^^,)
  
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)