Showing posts with label gulai batang pisang. Show all posts
Showing posts with label gulai batang pisang. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

Selera Utara di Restoran Bunga Tanjung.


Orang-orang utara yang berada di Kuala Lumpur, kalau hampa semua dok teringat kampung, makanan kampung halaman, mai sini cek nak habaq mai kedai baik punyaaa!! hehe.. Memang sempoi punya..

Nindiaaa!!! Restoran Bunga Tanjung ! Restoran ni terletak di Sentul. Senang je nak cari restoran ni, cari stesen KTM Sentul. Restoran Bunga Tanjung sebelah je dengan KTM Sentul. Kalau tak jumpa KTM Sentul, cuba cari Petron Bandar Baru Sentul. Masuk je lorong tepi Petron tu, terus sampai hujung jalan. Jumpa lah Restoran Bunga Tanjung ni.

Menu dia semua selera utara. Menu istimewa atau menu utama ialah gulai kawah. Ada 2 jenis gulai kawah, gulai kawah daging, batang pisang  dan gulai kawah kambing. Karinya memenag perggghhhhh! Terbaik!
Selain tu ada lauk campur, laksa dan bihun sup utara.

Bihun sup utara ni dia pakai sambal merah tau, bukan sambal hitam. Sambal merah, bihun kuning, sup kaw punya.. baru betul nama bihun sup utara! (^_^)

Gambar aku snap masa makan je.. Gambar lain pinjam rakan blogger Redscarz punya (^_^)


entri pemilik gambar : http://redscarz.blogspot.com
Gulai kawah
entri pemilik gambar : http://redscarz.blogspot.com
nasi apollo! 

harini aku layan gulai kawah kambing+ulam+sambal+air tebu..
Awesomeeeee!!!!