Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts

Friday, January 11, 2013

Al-Fatihah buat Shaykh al-Al-lamah: Muhammed Al-BAKKALI

*WHO IS THIS OLD MAN?

*He passed away last Monday (07.01.2013), but who was he?

*If he had been some famous singer or footballer, all the medias would report his death.

*This did not happen, since it was not of such people who disrupt corporate morale, was not a singer, nor a top model.

*Who is this old man than???

*This is Shaykh al-Al-lamah: Muhammed Al-BAKKALI, one of the greatest Muhaddithins (One who knows all the sayings of Muhammad hadith by heart - or at least 200 thousand hadiths are needed to get this title) in the world. He is from the city of Tanger-Morocco. From this famous hadith scholar learned and graduated more than 1000 scholars of hadith, from Morocco and outside Morocco. He lived 100 years.

*If you read this, please Share this post and dont forget to make dua for this great scholar. May Allah reward him for his great work




Al-Fatihah buat Shaykh al-Al-lamah: Muhammed Al-BAKKALI


sumber : FB Are You a Muslim



Wednesday, December 12, 2012

Berhati-hati Dengan 'TETAPI'

Perkataan 'tetapi' besar bahananya jika salah guna, macam serius ja bunyinyakan? hehe (^_^)

berhati-hatilah ketika menggunakan perkataan 'tetapi' terutamanya ketika berbicara tentang perihal seseorang sebab selalunya perkataan 'tetapi' ini akan menjerumus kehaluan kiri, kearah keburukan. Biasanya perkataan 'tetapi' akan membicarakan perihal keburukan, kritikan, menyalahkan seseorang dan bidasan yang keras.

contohnya :   "Ahmad tu orangnya sopan santun tetapi.......tut..tutt.."

haaaa, see? mulalah menambah ayat/perkataan yang tidak berapa sedap didengari...

"yang suka mencaci, lagi suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)"  -Surah Al-Qalam,ayat 11

"kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji...."  -Surah Al-Humaza,ayat 1

renung-renungkanlah ~ (^_^)





Friday, August 3, 2012

Ghairah Nikmat Dunia

Firman Allah Taala yang bermaksud :


     "Wahai anak Adam, sekiranya baik agamanu,daging dan darahmu maka akan baiklah amalan, daging dan darahmu. Jika buruk agamamu maka rosaklah amalan,daging dan darahmu.


     Janganlah kamu menjadi seperti lilin yang membakar dirinya dan menerangi manusia lain. Buanglah rasa kecintaan terhadap dunia dari hatimu, kerana Allah tidak akan himpunkan selama-lamanya dua cinta iaitu cinta dunia dan cinta terhadapKU dalam satu hati.


     Kurangkanlah keghairahanmu pada mengumpulkan harta kerana rezekimu telah pun diperuntukkan. Sangat bakhil itu haram dan kikir itu tercela kerana sesungguhnya nikmat itu tidak akan kekal. Sesungguhnya bermati-matian mengumpul harta itu celaka.


     Ajal itu telah ditetapkan dan kebenarannya telah diketahui. Sebaik-baiknya hikmat Allah itu adalah kusyuk. Sebaik-baik kekayaan itu adalah qanaah. Sebaik-baik bekalan itu adalah taqwa. Sebaik-baik yang diberi kepada kamu adalah kesejahteraan (pada badan,iman dan amal)."

firman diatas aku ambil dari petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam Al-Ghazali : al-Mawaiz Fil Ahadis al-Qudsiah

motif aku petik hadis ni? seperti biasa, aku muhasah diri sendiri, disamping itu ingin berkongsi dengan semua...sama2 kita menuju redha ilahi..insyaAllah (^^,)

Untuk mendapatkan cinta Allah, cinta dunia hendaklah dibuang dari hati kita. Buat segala sesuatu itu kerana Allah, nawaitu set hanya pada Allah. Lalai dan leka dengan nikmat dunia buat cinta kita pada Allah tersisih. Sempena bulan ramadhan ni, jom sama2 kita tingkatkn amal ibadah..insyaAllah (^^,)

Monday, May 14, 2012

Muhasabah Diri - Allah Tidak Pernah Penat

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :” Ketika saya sedang duduk dengan seorang perempuan, datang rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :”Siapa dia?” Aku menjawab :” Si fulanah” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi SAW bersabda dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya. “Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap.”
 
(al-Bukhari)

huraiannya :
Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan kepada umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan. Oleh itu Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar umat Islam juga turut bersederhana dalam kehidupan seharian mereka termasuk hal-hal ibadat. Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah 185 yang berbunyi : “Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…“ Melakukan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya secara melampaui batas akan melahirkan satu ibadah yang boleh memberatkan seseorang individu hingga menjadi satu bid’ah manakala terlalu meringankannya pula akan menjerumuskan kepada meninggalkan terus ibadah tersebut. Yakinlah dengan ganjaran dan janji Allah yang tidak pernah memungkiri janji-Nya.

Saya Sayang Mak Saya


Hadis Sahih Bukhari menjelaskan, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW,maksudnya : 'Siapakah yang wajib kita hormati dan kasihi selepas Allah SWT dan Nabi? Jawab Nabi, Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Dan kali keempat lelaki itu bertanya 'selepas itu'?' Jawab Nabi, ayah kamu.

Friday, April 8, 2011

Hari Jumaat

Mr Ej  -  Mr iZzo
hari jumaat, penghulu segala hari.. saja nk ucap selamat hari jumaat pd semua (^_^)
jom buat renungan sikit..tambah ilmu~ 


“Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (al-Jumu’ah:9)



Hadis Nabi SAW


“Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian mengambil wudhu dengan sempurna untuk mensucikan diri, kemudian memakaiminyak rambut dan mengemaskan dirinya, kemudian menggunakan wangian pada pakaian yang dipakainya dan keluar datang ke masjid,tidak menyakitkan antara dua orang, tidak mengganggu ketenteraman orang lain dan kemudian ia bersembahyang dan terus bersembahyang dan terus bersembahyang seberapa banyak yang dia termampu kemudian ia diam ketika imam keluar dan ketika khatib membaca khutbah; Maka  orang yang buat seperti itu, Allah akan memberikan pengampunan kepadanya dari hari Jumaat ini kepadaJumaat yang akan datang.-” 
(Riwayat Imam Bukhari)
“Adalah Nabi SAW itu menegah kami daripada solat pada pertengahan waktu tengahari (maksudnya ketika matahari tegak berada di atas
kepala) kecuali pada hari Jumaat.”
(Riwayat Abi Dawud dari Sahabat Abu Qatadah ra)