Showing posts with label hayati. Show all posts
Showing posts with label hayati. Show all posts

Monday, November 1, 2010

Equinox and The Iron Sun

assalamualaikom (^_^)

harini mrizzo nk coret skit tentang satu kebesaran ILLAHI ni..
iaitu pasal matahari kita ni..sajer je nk bg info skit..tambah pengetahuan..hehe

Semalam, Matahari melintasi khatulistiwa langit menuju selatan di 03:09 Universal Time.Ia dikenal sebagai Equinox, astronomi kata ini menandakan hari pertama musim gugur di belah bumi utara dan musim semi di selatan. Equinox bererti malam yang sama(mlm yg pnjang). Dengan matahari pada khatulistiwa langit, penghuni bumi akan mengalami hampir 12 jam siang hari dan 12 jam kegelapan.di utara hari terus lebih pendek, Matahari berada rendah di langit sebagai pendekatan musim sejuk. Pandangan dari Matahari dalam cahaya ultraungu ekstrim dari Matahari menatap Dinamika Solar Observatory.

 catatan semalam,false-color image menunjukkan pembebasan daripada atom besi sangat terion (terion ni mrizzo pn xtau apa dia..hehe). busur plasma bersinar melayang di medan magnet di atas daerah aktif suria.

cantikkan ciptaan ILLAHI (^_^) 

keagungan iLLAHi

Monday, October 25, 2010

Melancong ke Angkasa Lepas

assalamualaikom (^_^)

harini mrizzo nk share dgn semua satu peluang untuk semua org merasai pengalaman baru...
iaitu melancong ke angkasa lepas...
syok kan kalau dpt naik angkasa lepas...dpt tgk bumi dr atas...
sekarang ni dah xmustahil dah..xjadi angkasawan pn dapat pergi jugak...
TAPI, tambang dia RM600,000.. okey? hahaha
yg berkemampuan, apa tunggu lagi, pergi lah meLancong kesana..
yg xberkemampuan,meh ikut mrizzo,kita jd matjenin kejap..
keh..keh..keh.. (^_^)

klik image utk besarkan~ (^_^)

Thursday, October 21, 2010

The GaLiLeo Project - Music oF The Spheres

assalamualaikom (^_^)

semalam nk update blog tp pic plak xleh nk upload..huhu
19 Oktober 2010, kt tmpat kerja mrizzo ada wat satu event, very very syok! layan giLer..
The Galileo Project: Music of the Spheres di Planetarium Negara
ianya ala-ala okestra.. mrizzo agak teruja sebab 1st time tgk secara Live..
 hehehe (^_^)




 lagi pic tgk dlm facebook mrizzo yer ~ (^_^)

Thursday, August 26, 2010

shopping baju raya (^_^)

assalamualaikom (^_^)

ni sambungan dr entry lepas..hehe
hari ahad pagi aku sampai kampung halamanku~ huhu..syoknya..
smpai jer syesen bas shahab perdana alor star,adik ku mai amik..
smpai dalam pukul 5.30pg..sebbaik bas da berenti sahur di hentian r&r gurun..
so xla kelam kabut nk bersahur.. terus ja balik umah (^_^)

esoknya aku rest jer seharian kt umah..xkemana-mana pun..
rindu la katakan..terubat rindu pd kg halaman..
lagi pn sekarang ni bukan selalu dpt relax mcm tu..
asyik busy kerja jaa..ada peluang ni..gunakn sebaiknya..hehe (^_^)

isnin pagi aku kuar dgn my lovely mum, adik ku amirah n abd. muiz..
harini kitorang nk shopping baju raya!! yeah! huhu
kami berjalan di pekan rabu, kedah shopping centre,city plaza,star parade
baju raya kitorg tahun ni maroon<--betol x ejaan? hehe..merah hati..

saja ja balik shoping awal2 sbb tahun lepas da kena dah bahana shoping last minute..
bila shoping last minute ni..harga mungkin murah sikit tp masalah saiz plak..huhu

baju raya kitorg tahun ni ditaja butik gene martino (^_^)
ingt artis ka pa nk taja..haha..beli di gene martino..baru betoL..hehe

membelek belek~ tau? hehe
(^_^)
at gene martino
my lovely mak..roshidah

satu2nya gadis dlm adik beradik ku-amirah
meh abg nk bayar (^_^)
8pasang baju utk 1family (^_^)
abang dan adik
posing dpn gene martino
songkok gergasi~ hehe (^_^)

nak tgk gambar yg lain lagi...lawat lah facebook aku..klik ja link kt sebelah kiri blog aku ni..
promote gene martino skit..kedainya berada di belakang bangunan umno/cimb..
ada mcm2 fesyen..harga pn berpatutan dari murah smpai yg mahal..
pilih la ikut kemampuan dan citarasa sendiri..(^_^)
okeh..adios..seLamat menjalani ibadah puasa ya semua~

Thursday, August 5, 2010

Kelebihan Ramadhan ~ (^_^)

memandangkan ramadhan hanya tinggal beberapa hari ja lagi..jom sama-sama kita hayati kelebihan ramadhan.. (^_^) siapknlah diri dr segi fizikal dan mental yaa~ sama2 lah kita...

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.


1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.