Showing posts with label hkr112. Show all posts
Showing posts with label hkr112. Show all posts

Friday, January 18, 2013

email Kejatuhan Pakatan Rakyat

pagi ini buka email pejabat, dapat satu email ntah dari sapa pun aku tak tahu. Isi kandungan berbaur pro kerajaan. Persoalannya mana dapat email pejabat ni? perlukah email seperti ini?

email tersebut..terima dari Johnny [raylee@raymondlee.net]

Kejatuhan Pakatan Rakyat Sudah Semakin Ketara


Nampaknya, apa saja yang dibuat oleh Pakatan Rakyat hari ini akan memakan diri mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat sering diaibkan dengan kata-kata dan tindakan mereka sendiri sejk kebelakangan ini.

Seolah-olah mereka hanya pandai mengelirukan rakyat jelata dengan sentimen-sentimen kononnya rakyat Malaysia hidup dalam sebuah negara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tidak hairanlah kenapa senjata utama mereka hanyalah mengapi-apikan rakyat untuk turun berarak di jalanan.

Dua minggu lalu, DS Anwar Ibrahim cuba mengelirukan rakyat berhubung isu saham Felda Global Ventures Berhad.

Dalam helahnya untuk dilihat sebagai seorang pakar ekonomi, beliau mengesyorkan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam sektor minyak & gas dan kelapa sawit. "Lagipun, kita sebahagian daripada Opec. Saya bukan bermaksud untuk mencadangkan sebuah kartel, tapi hanya sinergi antara kedua-dua negara ini bakal membantu mengurangkan masalah yang timbul," ujar beliau.

Mungkin beliau telah dimakan usia sehingga terlupa, mungkin juga beliau tidak tahu langsung. Malaysia tidak pernah menganggotai Opec, dan kita telah pun berbincang dengan Indonesia untuk membentuk sebuah badan usahasama yang akan berusaha untuk menyokong kestabilan harga melalui pengurangan stok serta mengawal bekalan minyak sawit. Perancangan dan tindakan telah pun dilaksanakan oleh pihak kerajaan, rakyat Malaysia tidak perlukan retorik DS Anwar Ibrahim.

Seminggu kemudian, Pakatan berkhayal lagi. Didorong oleh tuduhan melulu yang dilemparkan oleh bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mula melaung-laungkan tuduhan kononnya kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada Malaysia sebagai pampasan kepada mangsa-mangsa projek landasan keretapi maut sewaktu era Perang Dunia Kedua dahulu.

Tuduhan ini mengingatkan saya kepada tuntutan tidak masuk akal yang dibuat oleh Hindraf.Anwar terus mempersoalkan ke mana hilangnya wang pampasan tersebut di Jakarta minggu lepas. Beliau tidak tahu bahawa pihak kerajaan Jepun sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan ia pernah membuat pembayaran sejumlah itu kepada Malaysia. RM207 bilion yang kononnya telah dibayar dan dilesapkan oleh kerajaan Malaysia adalah "diluar penglibatan dan pengetahuan Kerajaan Jepun." Rupa-rupanya, tiada seorang pun penasihat-penasihat DS Anwar Ibrahim yang mempunyai masa untuk memberitahu beliau bahawa Tokyo telah menafikan tuntutan Pakatan tersebut. Saya rasa mereka terlalu terperangkap dalam pembohongan mereka sendiri.

Perhimpunan KL112 Sabtu lepas telah dilihat sebagai usaha terakhir Pakatan untuk menunjukkan kuasa dan sokongan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN). Walaupun perhimpunan Bersih dan Bersih 2.0 sebelum ini kononnya bersifat "non-partisan" kerana dirancang oleh NGO-NGO dan kumpulan-kumpulan kebebasan sivil, KL112 lebih jelas dari mula lagi. Ia adalah agenda Pakatan Rakyat, dan niat mereka sangat jelas.Hari yang dinantikan tiba, namun sejuta rakyat yang digembar-gemburkan oleh Pakatan tidak tiba. Pemimpin Pakatan hanya mampu berbohong dengan berkata bahawa 500,000 rakyat Malaysia telah berhimpun dalam stadium yang hanya berkapasiti 30,000 orang itu.

DS Anwar Ibrahim menganggap Himpunan Kebangkitan Rakyat itu sebagai sebuah kejayaan besar yang telah mencatat sejarah. Ada juga penyokong-penyokong beliau yang menganggap perhimpuan tersebut sebagai "hari kemerdekaan negara yang kedua."Semua khayalan-khayalan ini lupa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasionallah yang telah berusaha gigih untuk membawa transformasi politik dan ekonomi kepada negara. Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta enakmen Akta Perhimpunan Awam adalah usaha kerajaan untik menegakkan kebebasan awam dan kebebasan sivil. "Kejayaan" perhimpunan 12 Januari tersebut adalah sebenarnya bukti kepada usaha-usaha kerajaan.

Anwar pasti kecewa kerana perhimpunan ini berlangsung tanpa sebarang insiden. Tiada perusuh yang merosakkan kenderaan polis, tiada seorang pun rakyat yang dipukul, dan tiada sesiapa pun yang disembur dengan air atau gas pemedih mata. Rata-rata rakyat Malaysia menarik nafas lega dan melemparkan pujian kepada kerajaan dan pihak polis. Malahan, pemimpin DAP Lim Kit Siang sendiri pun telah memuji Datuk Seri Najib kerana membenarkan perhimpunan tersebut berlangsung.

Perhimpunan KL112 adalah kemenangan untuk rakyat Malaysia, bukan untuk Pakatan Rakyat. Ia telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat cintakan keamanan dan perpaduan.

Arjuna Indra
Kuala Lumpur 


Sunday, January 13, 2013

Gambar Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Selesai sudah Himpunan Kebangkitan Rakyat, HKR112.
alhamdulillah semuanya lancar tanpa rusuhan dan kekacauan.
Tahniah dan jutaan terima kasih pada pihak PDRM atas kerjasama yang diberikan
perghhh..macam aku plak yang join..hehe

sebenarnya aku tak amik pot sangat pun, tp bila HKR112 ni lancar tanpa rusuhan
aku yang dah jadi warga KL ni turut gembira, tiada sekatan jalan yang 'teruk'
yang penting aku pi kerja semalam ok jer. takde kena tahan bagai...

boleh pun kan aman dan lancar? sebab ape aman?
sebab PDRM tolong,bagi kerjasamana..bukan macam Bersih yang lepas..
berperang dengan PDRM...Tahniah sekali lagi pada PDRM

HKR112. Berita TV kata 45000 je... hmmm auta lagi.. ni lebih 45k
Sinar Harian
relax ja duduk atas lantai. Sumber -FB No Comment Page 
 Gotolong royong. Sumber -FB No Comment Page 
Tahniah pada PDRM. Sumber -FB No Comment Page
Lagi gambar lawat FB No Comment Page

Solat jemaah di Masjid Negara. Sumber - FB HarakahDaily 
Solat jemaah di Masjid Negara. Sumber - FB HarakahDaily
Pasukan Unit Amal - Taklimat. Sumber - FB HarakahDaily 
Sumber - FB HarakahDaily

Unit Amal. Sumber - FB HarakahDaily 
Sumber - FB HarakahDaily

Lagi gambar lawat FB #HKR112
Lagi gambar lawat FB HarakahDaily
Lagi gambar lawat FB PolisDirajaMalaysia
Lagi gambar lawat FB Pemuda Padang Terap
Lagi gambar lawat FB JkkFanClub
Lagi gambar lawat FB KBBUTV3

# aku tengok di FB ramai jugak yang membodohkan rakyat yang join HKR112, tak kurang jugak yang maki hamun, tetapi aku terfikir kena rakyat bangkit sedemikian rupa? Lu Fikir la sendiri~ (^_^)

# Tabik spring pada PDRM!!!