Showing posts with label ibu. Show all posts
Showing posts with label ibu. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

Kena tinggal lagi...

Aku bertolak balik dari Langkawi (klik sini) pukul 1.00pm lebih kurang, naik feri + naik bas + sampai Putrajaya + drive balik Kuala Lumpur, aku sampai rumah lebih kurang pukul 2 pagi camtu, dan anak aku Muhammad Izz Zayyan Rizqi masih belum tidur! Tunggu kepulangan abahnya yg tercinta ini..hehe

Aku buka je pintu, bagi salam, terus dengan lajunya Zayyan berlari dapatkan abahnya ni.. huhu, punyalah seronok dapat jumpa abahnya setelah 3 hari tak tengok muka abahnya yg hensem ni.. (perasan) hahaha. Terserlah keceriakan dimuka anak aku bila aku angkat dukung dia.. Bisingnyer lah mulut Zayyan yang abah tak faham apa patah katanya.. abah iye kan je lah ye sayang.. apa sayang cerita pun abah tak tahu, abah iyakan je.. (^_^)

dekat pukul 4 pagi juga lah baru nak tidur, huh, letih yang teramat sangat!

esoknya aku kerja seperti biasa, jadi Zayyan kena tinggal lagi, baru jumpa kejap malam tadi, bangun pagi abahnya takde lagi..

Bila Zayyan bangun, tengok abahnya takde, apa lagi, mengamuk sakanlah cari abahnya, puas dipujuk ibunya tapi tak jalan..huhu..kesian ibu..

sudahnya, ibunya call aku, buat video call, haaaaaaa, merajuk kau!!! haaaaaambik, anak den dah pandai merajuk! duduk keras membatu di sofa tu tak gerak kemana, bagi handphone video call pun tak dilayannya.. waaa waaa waaaa Zayyan dah pandai merajuk!


muka dak merajuk kena tinggal





Pertama kali kena tinggal...

Pada 17-19 Nobember lepas aku ada kursus di Hotel Seaview, Pulau Langkawi. 3 hari aku berjauhan dengan anak dan isteri. Kalau bini tu takde hal la kan, dah biasa dah, tapi Zayyan baru pertama kali kena tinggal dengan abah dia ni haaaa.. so, lain macam la sikit rasanya bila abahnya tiada dirumah..

Mencari juga la bila aku tak balik rumah, nasib baik tidak demam. Bila dengar ibunya cerita gelagat dia mencari, sayu je hati ini.. anak cek oiii.. mau tak ter'feeling', lagi pula ni baru pertama kali berjauhan, padahal 3 hari je pun..hehehe..

Nak kata tidak rindu, tipu la kan.. Tapi rindu terubat dengan teknologi yang ada sekarang ni.. kan ada segala macam kemudahan seperti wechat, videocall, tango dan macam2 lagi.. tekan je.. haaaaa, dah nampak muka dah. (^_^)

Ibu bagi Zayyan baju yg abahnya pakai sebelum pergi kursus...
nk kena bau ketial abahnya baru tido.. hehehe 








Sunday, October 6, 2013

Aku yang comel...


Aku yang comel??? konfius! haha.. Zayyan ni haaaaa..

Suka betul buat gaya cenggini haaa sekarang ni.. Bikin abahnya geram je tengok muka Zayyan gitu..hehe.. Bila Zayyan dok buat muka macam ni, abah dan ibu kena la lagi tambah alert dan tengok selalu, sebabnya Zayyan berjalan tak 100% stabil lagi.. takut gak kang terjatuh ke, tersembam ke.. tergigit bibir tu.. buruk padahnya... Gigi Zayyan sekarang atas dah 4 batang dah haaa, gigi bawah dua batang... tu yang kena follow je bila dia bermain sambil buat bibir cenggini...






Thursday, September 5, 2013

Ampai pun jadi kerja...




Sejak dah nak boleh jalan ni, asyik nak berjalan je. Berlatih tanpa kenal erti letih. Ada je benda yang boleh berpaut dan boleh ditolak jadi alat latihan berjalan. hehe. Kalau di dapur, satu-satu kerusi makan Zayyan tolak. 

Sambil tolak ampai, sempat lagi tu jengok tv. Terhibur hati tengok gelagat Zayyan. hehe (^_^)



Saturday, August 24, 2013

Tolong 'kemas' Almari...


Alkisahnya aku terbangun lewat pagi tadi, kelam kabut sikit jadinya.. Terburu-buru mandi, solat, bersiap nk pi kerja. Aku kerja harini... Kelam kabut punya pasal, ambil baju dalam almari, lupa tutup pintu almari.. hehehe

Disebabkan pintu almari tidak ditutup, adalah orang yang nak tolong kemaskn almariku itu.. jadilah macam gambar bawah ni haaaaaa.. 






ibunya hantar gambar ni tadi..hehehe.. senyum saja tak perlu kata apa-apa  (^_^) 

Ibu!! tolong kemas ye, abah kerja ni..hehehehe




Wednesday, July 3, 2013

Tukang kemas rumah baru!





Baru je lepas tukar pampers Zayyan ni, seluar pulak kotor dah, pampers bocor. Maybe pakai tak betul kot awal tu.. hehehe..

Ibunya gi amik seluar baru.. then tengok Zayyan dah atas meja laptop tu haaa.. satu-satu barang dari rak tu dicampaknya.. hehehe.. kesian ibunya nk kena mengemas semula (^_^).

Rajin anak abah ni mengemas ye.. takpe, kasi ibunya mengemas lebih sikit, senaman.. hehehe

Nak kena alih dah rak tu, kang Zayyan memanjat tanpa pengetahuan ibu dan abahnya bahaya. Boleh tumbang kalau Zayyan bergayut di rak tu. Mana la tahu kot ibu abahnya ralit. Sebelum apa-apa berlaku, lebih baik elakkan dulu.






Tuesday, July 2, 2013

Zayyan Pertama Kali Naik Buaian

Hari minggu lepas, Angah sempat bawa anak dan isteri beriadah dia Taman Tasik Titiwangsa. Dekat je dengan rumah Angah. Ini juga kali pertama bawa Zayyan ke taman. Reaksinya memang nampak sangat perak atau 'jakun' bahasa utara..hehehe. Baru pertama kali pergi taman, ramai orang pulak tu.. tercangak-cangak Zayyan dibuatnya.

Kat Taman Tasik Titiwangsa ni ada buaian untuk budak kecil. Jadi Angah pun cubalah untuk Zayyan.. Tengok video ni ye ~ weeeeeeee  (^_^)







Sembilan bulan sudah...

Sekian lama tak update blog ini.. huh! kekangan masa yang terlalu padat membuatkan blog ini terbiar.. Pejam celik dah sembilan usia putera sulungku Muhammad Izz Zayyan Rizqi. Sekejap je masa berlalu.. Dah bulan Julai pun sekarang.. minggu depan dah mula puasa. Selamat menunaikan ibadah puasa pada semua umat Islam.












Saturday, March 2, 2013

Bila Zayyan Demam....

sudah 3 hari Muhammad Izz Zayyan Rizqi, anak abah demam. Tak senang duduk ibu dengan abah bila Zayyan demam. Duduk tak kena, tidur tak kena, baring tak kena, dukung tak kena.. Merengek je sepanjang masa.

Dah pergi ambil ubat dah haritu, hari ni masih panas lagi, nak pergi rujuk semula di HKL lah. Risau abah demam Zayyan tak kebah. Takut juga kalau ada efek lain. Luaran kita rasa panas, tapi dalam tak tahu, Jadi kena pi rujuk juga.

Cepat sembuh ye anak abah~  : (

Bila Angah merasa sendiri macam mana jadi seorang abah, macam mana risaunya seorang abah bila anak sakit, baru Angah tahu, apa yang ibu dan arwah abah rasa dulu...

wahai anak-anak, hargailah jasa ibu ayah anda...jangan abaikan mereka. Susah payah mereka bersengkang mata dikala kita sakit dulu, susah hati mereka, hanya Allah Maha Mengetahui. Ampunkan dosa anakmu ini ibu, abah~


Zayyan yang tidur tak jerab...




Saturday, January 26, 2013

Lagi Contest Ibu Zayyan join~ Vote pleaseeee

Rajin pulak ibu Zayyan join contest..hehe. Syok jugak join2 contest ni, macam2 ragam kita boleh jumpa,   dapat juga kenalan baru (^^,). Kali ini join contest dari FB EveryMomsSolution.

So, Angah minta support rakan2 semua tolong like ye~ (^_^) pleaseeeeee... mana tau ada rezeki menang..hehe

caranya :

step 1 like page = http://www.facebook.com/EveryMomsSolution
step 2 like picture =http://on.fb.me/V2X1nu

like! like ! like! like! like! (^_^) senang jer, like je.. TQ


Step 2 : LIKE Gambar ini ye .. (^_^)




Tuesday, January 22, 2013

Bila nenek rindu Zayyan...



gambar atas ni adalah whiteboard di rumah mak, di kampung halaman ku Kedah Darul Aman. Selalunya whiteboard ni digunakan untuk catat perkara penting seperti jemputan kahwin, meeting dan macam2 lagi.

Gambar ni aku ambil dari FB kakak ipar, dia snap pic ni, nenek rindu Zayyan katanya, cepat la balik kampung..hehehe

Memang aku nak balik, hujung minggu ni In Sha Allah... Angah ada call Ummi, Ummi kata rindu la kat Zayyan tu yang print gambar Zayyan, printer warna rosak, print hitam putih pun jadilah~ hehehe (^^,)

takpe, nanti balik kampung Angah set YM or Skype untuk Ummi yer.. hari2 boleh live tengok Zayyan. Teknologi sekarang dah canggih.. (^^,)



Friday, June 22, 2012

Anak Aset ke Syurga

tersentuh hati ini bila tengok dan dengar kata2 Ustaz Don dan Ustaz Azhar Idrus ni...
masih belum terlambat untuk aku berubah.. u-turn kembali cuba menjadi anak yg soleh
inysaAllah.. jom sama2 kita berusaha menjadi anak yg solah...


sumber video : YouTube

Wednesday, June 20, 2012

Anak Kelar Leher Mak

akhbar KOSMO
seorang gadis berusia 17 tahun di dakwa atas tuduhan cubaan membunuh ibunya sendiri...
ibu kandung sendiri kot dia kelar! ish..ish..ish..subhanallah

tak capai dek akal weh nak kelar mak sendiri...maybe gadis ni ada masalah mental kot... normal sikap manusia tak akan sampai hati nak membunuh ni.. naluri seorang manusia yang normal tidak akan melakukan perkara serupa ini.. bila akal sudah tidak waras, ini lah jadinya...

apakah akan jadi pada gadis yg berusia 17 tahun ini? didunia gelap masa depan.. di akhirat? Ya ALLAH, kau bukanlah pintu hati gadis ini untuk kembali ke jalan yg benar  Ya Allah...

andai kata si ibu tidak mengampun dosa anak ini, nauzubillah..sedangkan berbunyi 'uuhh' pada ibu pun dah berdosa, inikan cuba membunuh, mengelar leher si ibu...dunia akhir zaman ini, macam2 jadi, takut aku!

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday 13.6

abah, ummi dan Alia - Cameron Highland

Wednesday, May 30, 2012

Aku anak yang masih daif...

mari kita muhasabah diri, aku berpesan pada diri aku sendiri terutamanya...

Rasulullah s.a.w bersabda : "Setiap anak yang lahir adalah fitrah. Dua ibubapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi" - (riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a)


tersentuh hati aku bila mendengar Ustaz Don hurai hadis di atas..menitis airmataku

kadang-kadang kita tak sedar, yang menjadikan anak tu rosak adalah kita sendiri, akhirnya kita bertanya mana salah aku? apa yang aku bg selama ini tak cukup kah? di mana aku didik tak kena dengan anak aku ini..

video versi pendek,ditambah lagu latar..lagi syahdu dan menyentuh kalbu..




Monday, May 14, 2012

Saya Sayang Mak Saya


Hadis Sahih Bukhari menjelaskan, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW,maksudnya : 'Siapakah yang wajib kita hormati dan kasihi selepas Allah SWT dan Nabi? Jawab Nabi, Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Dan kali keempat lelaki itu bertanya 'selepas itu'?' Jawab Nabi, ayah kamu.