Showing posts with label info terkini. Show all posts
Showing posts with label info terkini. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Amalan-amalan Hari Jumaat


Salam Hari Jumaat...Apa khabar hari ini? Agak lama dah aku tak update blog ni.
Apapun moga semua ceria dan sihat hendaknya...Insyallah... (^_^)

Hari Jumaat yang penuh barakah ini aku nak kongsi sikit info.. moga jadi amalan kita bersama
 
Berikut saya kongsikan Amalan-Amalan 
yang Disyari'atkan pada Hari Jumaat 
iaitu :
 
1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh.
 
2. Memperbanyakkan selawat
 
3. Membaca surat Al Kahfi
 
4. Memperbanyak do'a (Abu Daud)
 
5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)
 
 
Renung-renungkan & Selamat beramal.. (^_^)


Sumber : Google Image
sumber : Google Image

Wednesday, February 29, 2012

Tahukah Anda?


  • Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali
  • Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.
  • Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
  • Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
  • Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
  • Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
  • Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  • Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
  • Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
  • Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
  • Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

Thursday, February 23, 2012

Info Pagi Khamis 23.02.2012

meh amik tahu sikit pagi-pagi ni..hehe
  • 'Judi pasar malam' - sebuah bangsal kosong tepi sungai di Jalan Bagan Tanjung Karang  'port' judi yg digelar 'judi pasar malam' diserbu polis. Taruhan mencecah jutaan ringgit.Polis rampas wang RM23780
  • Kilang tak serik curi elektrik tumpas - Perlabuhan Klang, walaupun dah pernah didakwa atas kesalan itu,tapi tak serik cuti lagi.
  • Terdetik hati pulang kerja awal - tindakan itu menyelamatkan kedua orang tua beliau (Abdullah Busu) yang uzur dari kecelakaan apabila rumah beliau hangus dijilat api di Pontian.
  • Dataran rekriasi - Dataran Kajang bakal jadi dataran rekreasi. kos ubahsuai RM2juta.
  • “MULUT saya tidak ditutup Datuk Karim, bahkan bukan kerana sokongan diberikannya kepada saya membuatkan saya berdiam diri dalam isu ini termasuk takut mengambil tindakan,” tegas Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim mengulas dakwaan beliau ‘dibisukan’ timbalannya selepas didakwa terhutang budi.
  • Malaysia kempunan - Malaysia tewas menentang Jepun 4-0
  • AirAsia catat perolehan RM4.47b
  • Sungai Cantik - KUALA LUMPUR: Kawasan pesisiran Sungai Klang dan Sungai Gombak khususnya sekitar Masjid Jamek, di sini, yang menjadi ‘port’ lepak bagi warga asing bakal muncul sebagai lokasi pelancongan bertaraf dunia menerusi pelaksanaan projek Sungai Nadi Kehidupan tidak lama lagi.

Sunday, May 15, 2011

Berikut adalah sebab-sebab bila mana jatuh dayus kepada seseorang kaum lelaki seperti yang di sampaikan oleh seorang ustaz:

1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. 


2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa ’sporting’ yang memahami.

6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7. Membiarkan anak perempuannya memasuki Akademi Fantasia, One In A Million, Mystarz LG dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.

9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)

10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Dayus ini hanya akan jatuh jika si suami dah tahu, cuma buat endah tak endah. Jika tak tahu atas kecurangan si isteri, maka takkan jatuh dayus itu di kepala si suami

malaysia sudah tidak aman?

assalamualaikom semua (^^,)

korang ada baca surat khabar?
korang ada tengok berita?
apa cerita yg selalu keluar sekarang ni?
jenayah..politik..jenayah..politik..

dah makin ganas dah penjenayah kt malaysia ni..

simbah asid...
tembak menembak dengan polis...
langgar kereta polis...
tikam mak, tikam bapak, tok nenek..
pukul orang sampai mati..
anak murid pukul cikgu..

dan..

isu liwat yg tidak berkesudahan..
isu rakyat yg sentiasa didahulukan tp.........................
isu kepimpinan yg...........................

takot aku tengok berita2 skrg..
rasa macam dah tak berapa selamat jer..
huhu...(^^,)

Monday, May 9, 2011

Info Menarik dari Hotlink

assalamualaikom semua (^_^)
Mr iZzo nak share info yg Mr iZzo dapat dari Maxis Hotlink
setiap jam Maxis akan hantar berita2 pendek..

antaranya....jom layan ;
  • TPM ajak pihak swasta sama2 bangunkan sekolah teknikal dan vokasional bagi sediakan modal insan yang mencukupi dan memacu ekonomi negara.
  • Kematian Osama Laden tidak pengaruhi situasi keselamatan di Malaysia : ATM dan PDRM tetap bersedia hadapi sebarang kemungkinan - Zahid Hamidi
  • 300 pakar BI dari Amerika Syarikat akan mengajar bahasa itu di sekolah2 kategori band 6 dan 7 mulai tahun depan - Muhyiddin Yassin
  • Kerajaan akan lancar program rumah kualiti harga RM220,000 ke bawah bagi membolehkan lebig ramai golongan muda miliki rumah pada Jun atau Julai.
  • Langkah menghentikan kursus baharu perubatan diIPT tempatan mampu bendung masalah lambakan doktor yang tidak berkualiti di pasaran.
  • Sambutan Hari Ibu tidak bermakna buat tiga beradik apabila mereke rentung bila rumah teres yang didiami di Kuala Krai terbakar semalam 7/5.
  • 3 anggota tentera terbunuh,seorang wanita parah dalam nahas kereta dengan lori tangki di jalan Seremban,PD dekat Kg. Bemban awal pagi ini 7/5.
  • Perbincangan paderi seluruh negara jadikan Kristian agama rasmi Persekutuan, jika benar,adalah series - Hishammuddin Tun Hussein.
  • Mendiang Ong Kim Koon yang bantu suami isteri Melayu dalam nahas sebelum dirinya dilanggar kereta diberi sijil penghargaan oleh Polis.
  • 2 blog dedah pertemuan paderi seluruh negara dan bincang agenda Kristian sebagai agama rasmi diserah kepada SKMM untuk siasatan - Rais Yatim.
  • Kegiatan golongan gay di Malaysia semakin berleluasa berikutan wujudnya sebuah laman web yang dijadikan medium untuk mencari pasangan.