Showing posts with label isteri. Show all posts
Showing posts with label isteri. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

Bila Abah Zayyan Pula Yang Deman...

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai nikmat demam secara tiba-tiba dan mendadak.  Alhamdulillah moga terhapus sedikit dosa-dosa lalu, In Sha Allah. 

Hari Khamis lepas, Angah kerja seperti biasa, dalam kul 10.00pg camtu, tiba-tiba rasa badan ni sejuk sangat.. padahal sebelum ni takde tanda-tanda apa pun.. tiba2 ja sejuk, mula2 tu ingatkan sebab aircond, Angah off aircond, masih sejuk, keluar berjemur tengah panas, masih sejuk.. sampai dah tahap menggigil, menggeletar kaki tangan gigi semua.. dah tak boleh tahan ni, Angah terus call rakan sepejabat, take over kerja Angah jap, Angah nak balik.. 

Sampai ja rumah, terus masuk dalam selimut+toto, bummmm, pengsan! huh! kul 12.30 isteri ajak pergi klinik, sebab dah panas sangat dah.. Angah dak tak boleh bergerak dah. Hanya mampu mengerang. Isteri buatkn air teh Ho Yan Ho, teh herba baik untuk panas dalam. Angah ni dah la jenis susah makan ubat, hehehe, kena paksa ngan isteri, minum jer lah.. isteri tuamkan badan, kepala semua.. petang rasa ok sikit, baru pergi klinik..

Doktor check, sekali 46'C, wow! tingginya panas, terus doktor suruh baring, dan Angah dicucuk di bontot. Ingatkan kanak-kanak je kena cucuk bontot ni..hehe..org tua pun kena.. Kata doktor, panas terlalu tinggi, kalau ikutkan kena masuk air, tp dia nk bg cepat kebah, dia cucuk dulu, kalau dalam masa sejam-dua jam tak kurang sikit, memang kena refer HKL...

Alhamdulillah dengan izin Allah, peluh nyer lah macam mandi..peluh  bercerau org kedah kata.. 

Macam-macam penyakit sekarang ni.. ini 1st time Angah kena macam ni.. tiba2 terus jadi dan tak daya nak tahan langsung.. dalam panas, luar sejuk, sendi krem, tak boleh nk bergerak, Subhanallah..hanya Allah yg tahu saat itu peritnya.. Apa yang DIA nk jadi akan jadi.. Bila-bila masa ja.. Ya Allah aku bersyukur masih mempunyai kesempatan meneruskan hidup ini Ya Allah, Ampunkanlah dosa2ku, Tetapkanlah imanku ini Ya Allah.. Amin!


Gambar hiasan : Sumber Google Image






Thursday, February 14, 2013

Letih + Lega + TQ Mama


Malam semalam Zayyan tak mahu tidur, dah dekat 2.00 pagi dah, masih nk berbual, tak mahu tidur.. Aduh! Letih den nk melayan.. huhu.. tp itulah lumrahnya. Tiada keluhan sepatutnya. Godaan syaitan sungguh kuat saat ini. Anak merengek+mata anda ngantuk+esok pagi kerja+tak cukup tidur. Boleh jadi macam-macam. Ujian kesabaran sebenarnya semua ini. Sabarlah kalau anak anda meragam. Jangan dikeluh kesahkan dan hilang kesabaran. Sabarlah, anak itu anugerah Allah (^_^)

Senyumlah, layanlah anak kita (^_^). Abah bg layan ceramah UAI..
tidur jugak Zayyan akhirnya, 2.30pg..hehe

JANGAN dok buat muka geram macam ni... tak baik oooo..
apa pun tak dapat!


esoknya pergi kerja, lebam mata abahnya..tak cukup tidur..huhu. Lagi cabaran, ramai pulak orang yang berurusan hari ini. letihnyer lah.. Subhanallah~

Tapi, balik ja kerja tengok Zayyan sambut macam gambar bawah ni..



abah bagi salam masuk rumah jer, Zayyan pandang, seronok Zayyan.. huh, lari hilang semua penat kt tempat kerja tadi.. Subhanallah.. indahnya perasaan yang Allah bagi.. (^^,)


Then, ibunya ajak abah pegi Jusco, AEON Wangsa Maju. Ada barang sikit nak dibelinya. Ikutkan hati berat juga sebenarnya nak pergi. Ye la, letih kerja pun tak hilang lagi..nk keluar jalan-jalan pulak..huh!

Tapi, im not selfish. Aku ya kan ja, jom pergi. Fikirku, kesian ibu terperap je dirumah.. sekali-sekala ibu ajak keluar apa salahnya aku bawa. (^_^) korban sikit masa rehat pun takpe, demi isteri tercinta. Masa bercinta dulu takde plak fikir penat, anytime boleh saja.. takkan lepas kahwin tak boleh kan? mestilah lagi boleh..In Sha Allah

keluar sekali dengan papa,mama,izamil (abg ipar)
and the best part, mama belanja Angah seluar! hehe.. sukanyerlahkan saya ini.. (^_____^) senyum lebar sikit. Terima kasih mama belanja Angah seluar, bukan satu tapi 2 helai! Isteri abang jangan jeles yeee

TQ Mama, Belanja Angah seluar ni.. cantik!!!!



macam panjang jer post kali ni? hu hu hu.. (^_^) 

Saturday, January 26, 2013

Jangan Kahwin dengan Wanita bersifat 6 ini...



Pesanan Untuk Lelaki, jangan kahwin dengan wanita bersifat 6 ini...

Pesan Rasulullah untuk kaum lelaki ,Jangan engkau kahwini wanita yang bersifat enam ini iaitu yang ananah, yang mananah, yang hananah, yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.

Apa itu ananah,  mananah, hananah, hadaqah, baraqah dan syadaqah?

wanita Ananah - banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

wanita Mananah - suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu.

wanita Hananah - menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

wanita Hadaqah - melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

wanita Baraqah - ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

wanita Syadaqah - banyak cakap, tidak menentu lagi bising.


# Ya Allah kau jauhkanlah isteriku dari bersifat demikian, AMIN Ya Allah...

jangan adat je diutamakan, Sunnah juga wajib diutamakan!



Wednesday, October 17, 2012

Perkahwinan Merupakan Kepentingan Sosial

Sekadar perkongsian ilmu buat diriku dan untuk semua, pada yg belum berkahwin mahupun yang dah mendirikan rumah tangga. Sumber bacaan, Kitab Tarbiyatul Aulad Jilid 1, Abdullah Nashih Ulwan.

Sebagaimana kita tahu, perkahwinan ini banyak kepentingan dan manfaatnya, baik dalam Islam atau mana-mana agama sekalipun.

1. Memelihara Kewujudan Jenis Manusia
Dengan perkahwinan kewujudan manusia akan tetap berterusan sehingga masa yg Allah tetapkan. Dengan perkahwinan terdapat suatu pemeliharaan terhadap kelangsungan hidup jenis manusia.
"Allah menjadikan kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan jadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu (Q.S. 16:72)"

2. Memelihara Keturunan
Dengan perkahwinan, anak-anak akan merasa bangga dengan bapa-bapanya yang menjadi keturunannya. Dalam keturunan terdapat harga diri, kemantapan jiwa dan perghormatan terhadap kemanusiaan mereka. Kalau tiada perkahwinan yg disyariatkan Allah ini, maka masyarakat akan bangga dengan anak-anak yg tidak memiliki kehormatan dan keturunan sehingga lahirnya kecelaan, kerosakan dan cara yg haram.

3. Keselamatan Masyarakat Dari Dekadensi Moral
Dekadensi moral ialah keruntuhan akhlak yg berterusan sehingga susah nk kembali ke asal. Senang cerita, keruntuhan akhlak yg begitu teruk. Jadi, dengan perkahwinan dekadensi moral dapat dielakkan
"Wahai sekalian pemuda, barangsiapa diantara kamu sudah mampu kahwin, maka kahwinlah.sebab perkahwinan itu dapat memelihara pemandangan dab lebih dapat menjaga kemaluan"

4.Keselamatan Masyarakat Dari Penyakit
kalau tak kahwin, banyak perbuatan zina akan berlaku, zina membawa penyakit syphilis, kencing nanah dan lain2 penyakit yg membunuh keturunan

5.Ketenteraman Jiwa
Perasaan sayang dan cinta pada isteri menenangkan jiwa. Layanan oleh suami/isteri dalam rumah tangga merupakan saat yang menenangkan, membahagiakan.

6.Menghaluskan Rasa Kabapaan dan Keibuan
Dengan perkahwinan, perasaan akan menjadi halus di dalam jiwa dan dari hati terpancar sumber2 perasaan mulia.


sumber : Kitab Tarbiyatul Aulad Jilid 1, Abdullah Nashih Ulwan.



Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday #26.09

rutin baru~ tidurkan anak, skali bapak tertidur..hehe
si isteri ambil kesempatan snap pic..huh!

zayyan dah pandai nak orang tidurkn dia..huhu

Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday #25.7


iklan mcm ni pun ada??? geli den! malu aih

Tuesday, June 26, 2012

Akhirnya...Jumpa juga buku ni..

alkisahnya sejak bulan Mac haritu lagi aku mencari sebuah buku yang bertajuk Cinta High Class ni.. si isteri yg beria sangat nak buku ni.. puas aku mencari.. habis semua kedai buku serata Kuala Lumpur aku masuk cari buku Cinta High Class ni.. tapi semuanya takde, habis, stok tak sampai lagi...

malam tadi ke Jusco Wangsa Maju, jalan2 beli barang sikit, aku singgah MPH untuk beli majalah Al-Ustaz dan Gen-Q, si isteri tunggu di luar kedai sebab aku masuk kejap je kan, tiba-tiba si isteri dengan laju masuk dan tarik tangan aku suruh ikut dia, apahal ni...

aku ditarik ke sudut buku novel, ada seorang staff MPH tengah susun buku, dengan senyuman yg mekar dan girangnya si isteri menuding jari ke sebuah buku yg sedang disusun oleh staff MPH tu... sambil berkata 'abang, ayg nak tuuuuu..ayg jumpa dah!!' aku pun tengok, oh dah ada rupanya buku yg dia nk sangat tu..

alhamdulillah, dapat gak buku tu.. kemain suker si isteri.. terus upload di FB bgtau satu dunia yg dia dah dapat buku Cinta High Class.. hahaha.. (^^,)

suka dia dapat buku ni...