Showing posts with label jusco. Show all posts
Showing posts with label jusco. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

Letih + Lega + TQ Mama


Malam semalam Zayyan tak mahu tidur, dah dekat 2.00 pagi dah, masih nk berbual, tak mahu tidur.. Aduh! Letih den nk melayan.. huhu.. tp itulah lumrahnya. Tiada keluhan sepatutnya. Godaan syaitan sungguh kuat saat ini. Anak merengek+mata anda ngantuk+esok pagi kerja+tak cukup tidur. Boleh jadi macam-macam. Ujian kesabaran sebenarnya semua ini. Sabarlah kalau anak anda meragam. Jangan dikeluh kesahkan dan hilang kesabaran. Sabarlah, anak itu anugerah Allah (^_^)

Senyumlah, layanlah anak kita (^_^). Abah bg layan ceramah UAI..
tidur jugak Zayyan akhirnya, 2.30pg..hehe

JANGAN dok buat muka geram macam ni... tak baik oooo..
apa pun tak dapat!


esoknya pergi kerja, lebam mata abahnya..tak cukup tidur..huhu. Lagi cabaran, ramai pulak orang yang berurusan hari ini. letihnyer lah.. Subhanallah~

Tapi, balik ja kerja tengok Zayyan sambut macam gambar bawah ni..



abah bagi salam masuk rumah jer, Zayyan pandang, seronok Zayyan.. huh, lari hilang semua penat kt tempat kerja tadi.. Subhanallah.. indahnya perasaan yang Allah bagi.. (^^,)


Then, ibunya ajak abah pegi Jusco, AEON Wangsa Maju. Ada barang sikit nak dibelinya. Ikutkan hati berat juga sebenarnya nak pergi. Ye la, letih kerja pun tak hilang lagi..nk keluar jalan-jalan pulak..huh!

Tapi, im not selfish. Aku ya kan ja, jom pergi. Fikirku, kesian ibu terperap je dirumah.. sekali-sekala ibu ajak keluar apa salahnya aku bawa. (^_^) korban sikit masa rehat pun takpe, demi isteri tercinta. Masa bercinta dulu takde plak fikir penat, anytime boleh saja.. takkan lepas kahwin tak boleh kan? mestilah lagi boleh..In Sha Allah

keluar sekali dengan papa,mama,izamil (abg ipar)
and the best part, mama belanja Angah seluar! hehe.. sukanyerlahkan saya ini.. (^_____^) senyum lebar sikit. Terima kasih mama belanja Angah seluar, bukan satu tapi 2 helai! Isteri abang jangan jeles yeee

TQ Mama, Belanja Angah seluar ni.. cantik!!!!



macam panjang jer post kali ni? hu hu hu.. (^_^) 

Tuesday, June 26, 2012

Akhirnya...Jumpa juga buku ni..

alkisahnya sejak bulan Mac haritu lagi aku mencari sebuah buku yang bertajuk Cinta High Class ni.. si isteri yg beria sangat nak buku ni.. puas aku mencari.. habis semua kedai buku serata Kuala Lumpur aku masuk cari buku Cinta High Class ni.. tapi semuanya takde, habis, stok tak sampai lagi...

malam tadi ke Jusco Wangsa Maju, jalan2 beli barang sikit, aku singgah MPH untuk beli majalah Al-Ustaz dan Gen-Q, si isteri tunggu di luar kedai sebab aku masuk kejap je kan, tiba-tiba si isteri dengan laju masuk dan tarik tangan aku suruh ikut dia, apahal ni...

aku ditarik ke sudut buku novel, ada seorang staff MPH tengah susun buku, dengan senyuman yg mekar dan girangnya si isteri menuding jari ke sebuah buku yg sedang disusun oleh staff MPH tu... sambil berkata 'abang, ayg nak tuuuuu..ayg jumpa dah!!' aku pun tengok, oh dah ada rupanya buku yg dia nk sangat tu..

alhamdulillah, dapat gak buku tu.. kemain suker si isteri.. terus upload di FB bgtau satu dunia yg dia dah dapat buku Cinta High Class.. hahaha.. (^^,)

suka dia dapat buku ni...