Showing posts with label kampung mahkota. Show all posts
Showing posts with label kampung mahkota. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

Restoran Sri Niara


Restoran Sri Niara salah satu kedai makan kegemaran aku. Kerap juga aku pergi makan di situ. Masakannya sedap dan harga yang berbaloi, menambat hatiku, ceewah! hehe

Restoran Sri Niara ni terletak di Jalan Sungai Tua, Kampung Mahkota, Batu Caves. Jalan nak menghala ke Ulu Yam. Senang nak jumpa, tepi jalan utama je.

Suasana restoran yang tenang, diluar kesesakan kota, memang enjoy makan kat sini. Nak pula macam-macam jenis masakan ada, lagi lah best. Ikut selera nak makan ala thai boleh, western food pun boleh.
Kalau nak duduk bersila pun boleh, Sri Niada sediakan gazebo yang cantik woooo.. selesa! Tapi kalau nak makan banyak lebih baik duduk di kerusi je, kang sengkak perot! hehehehe (^_^)

Restoran Sri Niara Google Streetview

Siakap 3 rasa

Tomyam Perahu Pecah

Ayam Gajus - Wajib cuba! Sedap giler weh!

Udang goreng tepung

Pulut Mangga..  Menu wajib juga! Terbaik


Jemput makan u olllssszzz~ (^_^)


Kalau korang singgah Sri Niara, menu wajib yang aku cadangkan Ayam Gajus dan Pulut mangga. Terbaik! 


Alhamdulillah...