Showing posts with label kata semangat. Show all posts
Showing posts with label kata semangat. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

Terima kasih...


Beberapa hari kebelakangan ini aku terasa sedikit down, tertekan dengan masalah yang menimpa diri ini (rujuk SINI). Kusut otak memikirkan apa salah aku ini sehingga 'mereka' melayan aku sedemikian rupa. Apa salah aku pada mereka, apa yang telah aku buat hingga mereka melayan aku begitu.. macam-macam lah benda mai dalam kepalahotak aku ni..

Aku silap sebenarnya, aku lupa akan apa yang dikatakan 'ujian' / 'hikmah'. Aku lupa untuk bermuhasabah diri sendiri, aku asyik memikirkan tentang mereka sahaja hingga aku lalai untuk buat apa yang sepatutnya aku buat. Muhasabah diri sendiri!

Ya, apabila ditimpa musibah atau ujian, janganlah kita terus lalai dengan musibah itu, sebaliknya bersyukurlah atas ujian itu kerana semuanya itu adalah aturan yang Maha Kuasa. Cari mana silap diri sendiri bukan mana silap mereka.

Terima kasih pada sahabat yang sedarkan aku dari terus terlalai dari mengingati DIA. 

Bila ada yang masih ambil berat, jaga tepi kain kita, tu tandanya mereka masih ambil berat dan sayang pada kita.. ye ke? hehehe..







Monday, October 7, 2013

Antara Tahu dan Sedar...

 " Orang yang TAHU tak semestinya SEDAR tapi orang yang SEDAR InShaAllah TAHU "

Aku terdengat ayat diatas dalam radio IKIM.FM, hebat ayat itu.. tersentak hatiku ini. Terasa sangat ! Huraiannya begini, Kita diciptakan sebagai hamba Allah, kita dihidupkan di dunia yang sementara ini. Kita tahu bahawa kita ini adalah seorang hamba. Hamba kepada sang pencipta, ALLAH s.w.t. Kita juga tahu akan larangan dan suruhan Allah. Tetapi kita masih lagi melakukan kemungkaran, ingkar dengan suruhan dan larangan Allah.

Kenapa?

Kerana kita masih tidak sedar yang kita ini hanya HAMBA. Orang yang sedar bahawa dirinya hamba Allah, insyaAllah dia tahu apa yang perlu dia buat sebagai seorang hamba. Istilah hamba ni dia hanya patuh pada arahan tuannya. Siapa tuan kita? tentunya Allah s.w.t. Kalau kita sedar diri kita ni hamba, InshaAllah kita tahu apa yang perlu kita buat.

Nampak tak beza orang yang tahu dan sedar? Orang yang hanya tahu dia hamba belum dia sedar yang dirinya seorang hamba Allah, sebab itu dia masih melakukan kemaksiatan tanpa rasa takut, tetapi orang yang dah sedar dirinya hamba Allah, inshaAllah dia tahu apa yang tuannya (Allah) hendaki.

Maaf andai salah tulisan ku ini, Mohon dibetulkan andai salah. (^_^) sama-sama kita muhasabah diri ini. Aku up post ni sebab aku tersentuh sangat dengan ayat diatas tu.. Terima kasih untaz di radia IKIM.FM pagi tadi..





Wednesday, October 2, 2013

Koleksi Kata-kata Hikmah Menteri


Tertarik dengan post sahabat aku Pijut , tajuknya "Kata-kata Puitis Hasil dari Seorang MENTERI". Aku kongsi dengan kawan-kawan semua, hayati kata-kata penuh makna Menteri kita.





Apa komen anda? Bernas tak? (^_^)




Thursday, September 5, 2013

Buka mata hati...


Bila update apa-apa berkaitan keagamaan atau ilmiah, perkara pertama yang segelintir orang lakukan ialah tengok peribadi orang tu. Betul tak? Perkara ini yang biasa dan selalunya terjadi. Lepas tu mula lah mengumpat orang tu. Bajet bagus lah, alim kucing lah, poyo lah, dia pun teruk lagi nk post benda agama dan macam-macam lagilah perkara negetif. Ada juga yang terus melatah kononnya dituju kepada dia, padahal kongsikan benda ilmiah ini adalah satu ibadah.

Kadang-kadang rasa macam down sangat dengan kritikan dan tohmahan sebegitu. Betul tak? (^_^) Janganlah anggap semua kritikan yang dituju kepada anda sebagai suatu permusuhan atau kutukan, tetapi ambillah faedah yang terdapat didalam kritikan itu tanpa melihat maksud di pengkritik, kerana anda lebih memerlukan kritikan dari pujian. Ingat tu ye (muhasabah untuk diri aku juga). Ambil positif dan perbaiki diri kita sendiri.

Sama juga dalam hal memberi pendapat. Jangan terlalu ego dengan pendapat kita sendiri dalam apa jua masalah pun tapi bermusyawarahlah. Sebab apa aku ingat lagi kata salah sorang cerdik pandai "pendapat dua orang lebih kuat berbanding pendapat seorang,sebagaimana halnya lidi, bila ada segenggam lidi, susah untuk dipatahkan".

Gambar : Google Image




Saturday, August 24, 2013

Pentingnya Uzlah untul Qalbu


Uzlah ialah perenungan atau dalam erti kata lain muhasabah diri. Beruzlah atau menyendiri merupakan langkah terbaik bagi mengisi qalbu (hati) yang sedang mencari jatidiri menuju Allah s.w.t. 

Rasanya semua orang pernah hadapi situasi diuji dan diduga sehingga kadang-kadang tu rasa macam dah sangat 'down' , 'giveup' sangat.. rasa kosong, tak berdaya, hanya keluh kesah yang keluar dimulut. Saat itu ramai diantara kita masih leka dan lupa untuk beruzlah. Kita hanya bertanya kenapa jadi macam ni, macamam mana nak hadapi semua ini, sampai bila nak macam ni.

Andai kita bermuhasabah diri, renung kembali apa hikmahnya disebalik kejadian itu, apa yang DIA cuba sampaikan.. In Sha Allah, hati akan menjadi tenang, masalah terasa mudah untuk diselesaikan. Tiada lagi keserabutan di benak fikiran. (^_^)







Thursday, April 18, 2013

Hanya DIA Segalanya...


Kadang-kadang kita lalai dan leka dengan duniawi sehingga terlupa pada Maha Pencipta, Dia, ALLAH!. Dalam mengejar hajat dan keinginan, kita lupa yang menentukan segalanya DIA. Bila buat sesuatu tidak berlandaskan kerna Dia, sia-sialah segalanya. Bila gagal, mulalah mengeluh, putus asa dan sebagainya. Baru nak tersedar dan kembali pada Dia. Jika dari awal niat kerna Dia, In Sha Allah sempurna segalanya. Kalau gagal pun, keyakinan diri tidak akan hilang. 

Yang memberi Dia, yang menguji Dia, kita? Doa ,usaha, tawakkal, In Sha Allah ada jalannya~ (^_^)




Saturday, January 26, 2013

Kenapa doa aku tidak dikabulkan?


Pernah Angah terdengar rungutan seperti "aku buat macam2 dah, doa hari2, setiap waktu aku berdoa, tapi tiada hasil pun". Subhanallah

Tidak sepatutnya kita ini, seorang hamba berburuk sangka pada Yang Esa, Allah s.w.t sebab doa yang kita mohon setiap hari beulang kali masih belum dikabulkan. Sebaliknya kita perlu bermuhasabah diri, memperbaiki diri supaya lebih bertaqwa kepadaNya. Cari pada diri sendiri mana silapnya.

Kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok, Dialah yang Maha Mengetahui segalanya. Jangan berputus asa, jangan berburuk sangka pada Allah.

Firman Allah,
"Dan Rabbmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada bagi mereka untuk memilih. (al-Qashash ayat 68)"

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu mengukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahu,sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah ayat 216)

Jadi, jangan berputus asa, berusahalah muhasabah diri, janji Allah pasti. Usahalah, Tawakkallah..In Sha Allah.. "Ingatlah, bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (al-Baqarah:214)"







Angah menulis berpesan pada diri sendiri, kongsi pada semua (^_^)


Jangan Kahwin dengan Wanita bersifat 6 ini...



Pesanan Untuk Lelaki, jangan kahwin dengan wanita bersifat 6 ini...

Pesan Rasulullah untuk kaum lelaki ,Jangan engkau kahwini wanita yang bersifat enam ini iaitu yang ananah, yang mananah, yang hananah, yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.

Apa itu ananah,  mananah, hananah, hadaqah, baraqah dan syadaqah?

wanita Ananah - banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

wanita Mananah - suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu.

wanita Hananah - menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

wanita Hadaqah - melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

wanita Baraqah - ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

wanita Syadaqah - banyak cakap, tidak menentu lagi bising.


# Ya Allah kau jauhkanlah isteriku dari bersifat demikian, AMIN Ya Allah...

jangan adat je diutamakan, Sunnah juga wajib diutamakan!



Kesusahan kesenangan...


Kesusahan.. kesusahan sebenarnya adalah nikmat. Nikmat yang Allah bagi supaya umatnya muhasabah diri. Cari apa hikmat yang Allah yang bagi disebalik kesusahan itu. Angah teringat ungkapan indah "Allah turunkan hujan dan kilat... kita tertanya tanya.. ke mana perginya matahari.. rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi"

Tetapi sayang, kadang-kadang kita mengeluh, selalu mengeluh bila dalam kesusahan. Kita lupa tentang hikmah yang Allah nak bagi. Andai begitu, kita gagal sebenarnya. Tidak yakin atas ketentuannya.

Sebaliknya amat besar rahmat pada mereka yang menikmati kesusahan yang melanda. Secara tak langsung sebenarnya kesusahan mendekatkn kita pada Dia. Selalunya bila dalam kesusahan je,perkataan pertama yg kita sebut "ALLAH". betul x? (^_^)

"Makin lama kita susah, makin dekat kita dengan kesenangan.. (Tuan Ibrahin Tuan Man)"

Gambar : iluvislam.com

Kesenangan.. dalam kesenangan kita selalu lupa megucapkan 'alhamdulillah' iaitu syukur pada yang memberi (ALLAH). Kesenangan mengundang pelbagai cabaran sebenarnya. Cabaran untuk bersyukur, ajar diri besederhana,perasaan riak, ego, bangga dan sebagainya. Jangan lalai dan leka dalam kesenangan kerana ia mudah memesongkan hati. 


Peringatan untuk diri Angah,kongsi bersama. Andai salah kata-kata Angah diatas, betulkan. 
(^_^)







Tuesday, January 22, 2013

Rezeki yang sudah ditetapkan..

"Kesungguhanmu mengejar apa yang sudah dijamin untukmu (oleh Allah) dan kelalaianmu melaksanakan apa yang dibebankan kepadamu, itu merupakan tanda butanya bashirah (mata batin)"

Nasihat bijak diatas dari Syaikh Ibn 'Atha'illah as-Sakandari dalam Kitab Al-Hikam membuatkan Angah faham bahawa janganlah kita memaksa diri kita ini mengejar apa yang sesungguhnya Allah dah janji, Allah dah jamin kepada semua makhluk Dia cipta. Apa yang Allah janji? dalam bab ini 'rezeki'.

Rezeki ni Allah dah tetapkan dah pada semua makhluk ciptaan-Nya. Jadi tak perlulah kita terkejar-kejar hingga lalai dan leka tentang urusan akhirat. Ada yang mengejar rezeki sampai jiran tetangga pun bertegur sapa, Islam tidak ajar begitu. Lagi teruk sampai lalai dalam amal ibadah hingga tinggal kewajipan yg utama 5 waktu.

Janji Allah s.w.t :

"Kami (Allah) tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang yang bertaqwa." -Surah Thaaha : 132

kata seorang bijak iaitu Ibrahim al-Khawwash "Janganlah memaksa diri untuk mencapai apa yang telah dijamin (untuk dicukupi), dan jangan mensia-siakan (mengabaikan) apa yang telah diamanahkan (diwajibkan) kepadamu untuk memenuhinya."







Saturday, January 19, 2013

Jangan bazirkan kehidupan...

Hidup didunia ini singkat sahaja. Angah teringat kisah sahabat bertanya pada Rasulullah, bilakah akan berlaku kiamat, Rasulullah menunjukkan isyarat 2 jari dan berkata itulah jarak masa antara hayat dunia dan hari akhirat. Ya Allah, singkatnya masa yang ada. Cukupkah amal yang akan aku bawa.. Subhanallah..

Dunia ini hanya persinggahan untuk kita mencari bekalan yang hendak dibawa ke akhirat nanti. Akhirat adalah kehidupan yang abadi.Kita adalah hamba Allah, kalau dah nama hamba,usahlah berlagak sombong seperti bos. Lakukanlah amal ibadah kepada Allah, Maha pencipta pemilik sekalian alam.

Jangan singkatkan hidup didunia dengan pertelegahan, kebencian, perbalahan, peperangan dan sebagainya.

Hargailah masa. Jangan bazirkan masa dengan membuat perkara yang tidak berfaedah dan kemunkaran dimuka bumi Allah ini. Ingat pesan Allah, beramal ibadahlah.. (^^,)

Peringatan buat refresh diri Angah, juga Angah kongsi dengan rakan semua...






Friday, January 18, 2013

Kebahagiaan dan musibah

Mutiara kata,
    '' Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa  yang anda miliki saat ini. Dan jangan tunggu-tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepat datangnya kesusahan dan kesedihan...''

indah kata-kata mutiara ini, pernah terjadi kat diri Angah sendiri. Mengharap sesuatu yang lebih baik sedangkan sudah dalam situasi yang baik sehingga terlepas saat-saat baik yang sedang dilalui.. alangkah ruginya terlepas saat itu, mengesal yang tiada kesudahan.. hanya tinggal kenangan...

Sebab tu ALLAH nak hamba-hambanya sentiasa bersyukur. Bila kita bersyukur dengan apa yang ada 'in sha Allah' sempurna semuanya (^^,)





Friday, January 4, 2013

Amalan-amalan Hari Jumaat


Salam Hari Jumaat...Apa khabar hari ini? Agak lama dah aku tak update blog ni.
Apapun moga semua ceria dan sihat hendaknya...Insyallah... (^_^)

Hari Jumaat yang penuh barakah ini aku nak kongsi sikit info.. moga jadi amalan kita bersama
 
Berikut saya kongsikan Amalan-Amalan 
yang Disyari'atkan pada Hari Jumaat 
iaitu :
 
1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh.
 
2. Memperbanyakkan selawat
 
3. Membaca surat Al Kahfi
 
4. Memperbanyak do'a (Abu Daud)
 
5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)
 
 
Renung-renungkan & Selamat beramal.. (^_^)


Sumber : Google Image
sumber : Google Image

Friday, December 14, 2012

Sentiasa Muda Untuk Berbuat Dosa

Assalamualaikum w.b.t , salam jumaat penghulu segala hari... # kelebihan hari jummat

Harap tajuk di atas menyedarkan diri aku sendiri dan semua sahabat yang terumbang ambing di dunia fatamorgana ini. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah merasa tua untuk kembali ke jalan yang benar atau bertaubat.

mengapa begitu? sebabnya orang yang memandang kebesaran dunia akan merasa kecilnya akhirat. Padahalnya kita lupa, lalai, leka dengan hal-hal dunia. Kita lupa yang Akhirat jauh lebih baik dan lebih kekal. Kita perlu memandang/ambil berat perihal akhirat. Orang yang memandang kebesaran akhirat akan merasa kecilnya apa yang ada di dunia.

marilah sama-sama kita muhasabah diri, perbaiki diri (^_^)






Wednesday, December 12, 2012

Berhati-hati Dengan 'TETAPI'

Perkataan 'tetapi' besar bahananya jika salah guna, macam serius ja bunyinyakan? hehe (^_^)

berhati-hatilah ketika menggunakan perkataan 'tetapi' terutamanya ketika berbicara tentang perihal seseorang sebab selalunya perkataan 'tetapi' ini akan menjerumus kehaluan kiri, kearah keburukan. Biasanya perkataan 'tetapi' akan membicarakan perihal keburukan, kritikan, menyalahkan seseorang dan bidasan yang keras.

contohnya :   "Ahmad tu orangnya sopan santun tetapi.......tut..tutt.."

haaaa, see? mulalah menambah ayat/perkataan yang tidak berapa sedap didengari...

"yang suka mencaci, lagi suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)"  -Surah Al-Qalam,ayat 11

"kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji...."  -Surah Al-Humaza,ayat 1

renung-renungkanlah ~ (^_^)





Sunday, November 25, 2012

Petua Bagi Jadi Hari Kita Terbaik

Ada 3 petua untuk jadikan hari-hari kita hari yang terbaik, insyaAllah. 3 petua ni sebagai untuk ingatan sebaik saja bangun pagi,sebelum kita mulakan hari kita.

1. Hari ini sahaja yang ada, buatlah sebaik-baiknya.
2. Renung/muhasabah diri dan bersyukur dengan apa yg kita ada
3. Mulakan hari anda dengan senyuman, sentiasa senyum (^_^). Buang jauh-jauh nafsu amarah, jangan
    marah.

InsyaAllah, dengan izinNya hari kita akan menjadi lancar,terbaik  insyaAllah
Maniskanlah Wajah Kamu...


Sumber : Google Image
Sumber : Google Image



Friday, November 2, 2012

Tanggungjawab Pendidikan Iman

Adalah menjadi kewajiban pendidik iaitu ibubapa untuk membesarkan anak atas dasar pemahaman dan dasar-dasar pendidikan iman dan ajaran Islam sejak dari mula dilahirkan. Yang dimaksudkan dengan pendidikan iman adalah mengikat anak dengan dasar-dasar iman,rukun Islam dan dasar-dasar syariah sejak anak dilahirkan hinggalah anak mula mengerti dan dapat memahami sesuatu.

1. Buka Kehidupan Anak Dengan Kalimah La ilaha illallah.
     "Bacalah lepada anak-anak kamu kalimat pertama dengan la ilaha illallah(tiada tuhan selain allah)"(Al-Hakim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a dari Nabi Muhammad s.a.w)

Tujuannya agar kalimat tauhid dan syiar Islam adalah perkataan pertama yang didengari anak. Kemudian anak diazankan ditelingan kanan (lelaki) di iqamahkan ditelinga kiri (perempuan). rujuk SINI -kenapa perlu azan bayi baru lahir.

2. Mengenalkan Hukum-hukum Halal Haram Pada Anak.
Dari sejak anak dilahirkan sehingga anak mengenal dunia, ibubapa wajib mengenalkan hukum Allah pada anak. Ini amat penting agar ketika anak membesar, anak kenal apa yang disuruh dan diperintah oleh Allah dan dia segera melakukannya. Apa yang dilarang,ditegah oleh Allah, dia menjauhinya. Apabila anak sudah baligh, anak sudah memahami hukum halal haram dan telah terikat dengan hukum-hukum syariat.

     "Taatlah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan kerana hal itu memelihara mereka dan kamu dari api neraka" (Ibnu Jarir dan Ibnu 'l-Mundzir meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a)

3. Menyuruh Anak Beribadah Pada Usia 7 Tahun.
Tujuannya agar anak sudah biasa untuk melakukan amal ibadah kepada Allah. Disamping itu anak mendapat kesucian roh, kesihatan jasmani dan kebaikan akhlak dalam ibadah.

     "Suruhlah anak-anak kamu menjalankan ibadah solat bila mereka sudah berusia 7 tahun. Dan jika mereka sudah berusia 10 tahun, maka pukullah mereka jika mereka tidak mahu melakukan ibadah solat dan pisahkanlah tempat tidur mereka" (Al-hakim dan Abu Daud meriwayatkan dari Ibnu Amr bin Al-'Ash dari Rasulullah s.a.w)

4. Mendidik Anak Mencintai Rasul, Ahli Baitnya dan Membaca Al-Quran.
Tujuannya agar anak mencontohi perjalanan hidup dan jihad mereka. Selain itu, agar anak tahu sejarah mereka, baik dari perasaan mahupun kejayaan,termasuk keterikatan mereka terhadap Al-Quran.

     "Didiklah anak-anak kamu pada 3 perkara : mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singgahsana Allah pada hari tidak ada perlindungan selain dari perlindunganNya beserta para Nabi-Nya dan orang-orang yang suci" (Ath-Thabrani meriwayatkan dari Ali ra bahwa Nabi bersabda)


sumber : Google Image



P/S : para ilmuan,guru, betulkan saya andai saya salah tulis, hasil bacaan saya dalam Kitab Tarbiyatul Aulad Jilid 1, sy logkn di blog ini untuk rujukan saya (^^,)



Monday, October 22, 2012

Berwaspadalah...

Berwaspadalah dengan perosak kebaikan. Apa itu perosak kebaikan? Baca dulu sampai habis ye.. (^^,) nanti sama-sama kita muhasabah diri, apa yang perlu waspada dan apa yg menjadi perosak.

Ahli ibadah boleh rosak dek amal ibadahnya sendiri dan berasa dirinya baik dan sempurna berbanding orang lain.

Orang kaya terus lalai dengan kemewahan hasil kekayaan sampai lupa pada Allah, lupa untuk membantu manusia lain.

Orang sihat terlupa melakukan amal soleh kerana sibuk dengan urusan duniawi.

Ulama rosak dengan ilmunya sendiri, sombong, tidak beramal, memandang rendah kepada orang lain, suka berdebat dengan kasar dan tidak mempedulikan ummah.

Orang jahil buta dengan kedunguan serta kebodohan dirinya sendiri. Sudah la jahil tapi masih berperangai bodoh sombong.

Faham tak? ingat lah wahai sahabat-sahabat ku, janganlah terlalai sehingga nafsu,syaitan menguasai diri. Orang yang baik belum tentu baiknya. Banyak sudah berlaku orang baik berasa dia baik, orang kaya yg angkuh, ulama yang menyampaikan hanya untuk menyindir dan menghemtam orang lain, pemuda yang menghabiskn masa muda dengan benda sia-sia, orang jahil yang bodoh sombong, penganiayaan terhadap orang tua dan bayi. Banyak lagilah...

Jangan lupa sahabat kasih sayang Allah kepada golongan warga emas, pemuda yang baik-baik, bayi yg fitrah dan haiwan yang melata melimpah sehingga seluruh manusia lain mengecap kenikmatan dan terlepas dari bala bencana.

jangan dok berasa diri kita bagus sangat dah ye~ senang je syaitan nk pesongkn hati,iman kita..




.

Saturday, October 20, 2012

Cakap Tak Serupa Bikin

"Wahai anak Adam, janganlah kamu tergolong dalam golongan mereka yang suka melengah-lengahkan taubat dan memanjangkan angan-angan. Jangan kamu mengharapkan kebahagiaan akhirat tanpa beramal.

Memperkatakan perkataan ahli-ahli ibadah tetapi beramal dengan amalan munafik. Sekiranya diberikan tidak pernah merasa cukup. Sekiranya tidak memperoleh sesuatu, tidak mahu bersabar.

Menyeru kepa kebaikan tetapi tidak melakukan kebaikan. Mencegah kemungkaran tetapi masih bergelumang dengannya.

Mengasihi orang soleh tetapi tidak mahu bersama golongan mereka. Membenci golongan munafik tetapi kamu terdiri dari golongan mereka. Bercakap perkara yang tidak dibuat. Buat apa yang tidak disuruh. Meminta ditunaikan (janji-janji Allah) tetapi tidak menunaikan (hak-hakNYA).

Wahai anak Adam, setiap hari yang baru, bumi menegurmu dengan kata-kata 'Wahai anak Adam, engkau berjalan dipermukaanku dan setelah itu engkau akan disimpan dalam perutku. Engkau memakan sebanyak yang diinginkan ketika berada dipermukaanku kemudian engkau akan dimakan ulat di dalam perutku. Wahai anak Adam, aku ialah rumah yang sengasara. Aku ialah rumah yang bakal meninggalkan kamu keseorangan. Aku ialah rumah yang gelap. Aku ialah rumah bagi ular dan kala jengking. Oleh itu makmurkanlah (dengan amal soleh) dan jangan engkau runtuhkan daku.'"

(petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali:al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsian)

Aku logkn petikan hadis ini di blog aku untuk peringatan diri aku yg sentiasa lalai ini~ Ya Allah tetapkanlah imanku, lindungilah aku dari bersifat munafik~ amin! 


Friday, October 19, 2012

Harapan dan Angan-Angan

"Harapan harus disertai dengan amal. Kalau tidak,
itu hanyalah lamunan,angan-angan"

Harapan dan angan-angan adalah dua perkara yang sama tetapi datang dari saluran yang berlainan, juga meniggalkan kesan yang berbeza.

Harapan menberi daya hidup, memberi semangat bagi seseorang dengan keinginan positif untuk beramal ibadah atau melakukan apapun.

Angan-angan adalah sifat negetif, dimana palakunya (kita) mempunyai keinginan yang besar tapi tidak melakukan apapun.Itu jadinya mimpi disiang hari, lamunan saja.

Jadi, dari dok berangan kosong jer, buang masa, labih baik lakukan sesuatu. Sentiasalah bersangka baik pada Allah. Angan-angan ni kadang-kadang elok juga untuk bagi semangat diri tapi kena sertakan perbuatan lah. Kalau angan jer lebih tidak ada tindakan langsung, memang sia-sia saja.

jadi, marilah sama-sama kita buat DUIT.. duit? 
D - Doa
U - Usaha
I  - Ikhtiar
T - Tawakkal

(^^,) jom taruh harapan, buat DUIT, tinggalkan angan-angan kosong.. jadikan angan-angan berisi..


say NO to angan-angan kosong


sumber rujukan : Kitab Al-Hikam, Syaikh Ibn 'Atha 'Illah as-Sakandari
sumber gambar : Google Image