Showing posts with label kayu. Show all posts
Showing posts with label kayu. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Abah Inspirasiku,Rumah Lama part ll




Sambungan dari post sebelum ini "Tempat Aku Dibesarkan"

Bila tengok rumah ini, rasa rindu pada arwah abah semakin menebal. Rindu sangat. Tengok gambar atas, anak panah hitam tu kilang perabot, anak panah merah pun kawasan kilang perabot juga, kawasan ditempatkan segala mesin-mesin dan peralatan. Anak panah kuning pula kawasan untuk repair barang elektrik. 

Kalau sebelah pagi abah sibuk disekolah, sebelah petang dan malam pula abah sibuk di kawasan rumah ni haaa.. kadang-kadang tu terfikir juga, abah ni tak penat ke? Sekarang setelah bergelar seorang ayah, baru aku faham. Apa rasanya menjadi seorang ayah. Walaupun sibuk macamtu abah tak pernah abaikan kami semua. Ada je masa bersama kami.

Stor kayu

Gambar atas ni dulu kawasan stor kayu. Semua stok kayu disimpan disitu. Sekarang ni tinggal batu je, stornya da roboh kot. Dulu masa stok kayu sampai, kami adik beradiklah yang kena angkut kayu dari lori simpan kat stor ni. Seronok bila stok kayu sampai, sebabnya kami akan dapat upah! hehehe. Sebatang kayu RM0.10. Zaman tu 10sen besar wooo nilainya. Boleh beli gula-gula 5biji tau 10sen. Jadi, kami adik beradik ni, berebut-rebutlah dok angkat kayu tu..hehehe.

Ada juga abah pergi beli sendiri kayu di kilang. Abah guna van masa ni, jadi bila abah pi beli kayu tu, penuh la van dengan kayu, kami pun berhimpit dalam van dengan kayu.hehe. Kalau abah beli papan/plywood lagi syok, abah bentang dalam van tu, atas papan lapik kain/toto, kami boleh baring atas papan tu. Zaman kanak-kanak, boleh duduk atas papan tu syok wooooo.. (^_^)

Abah amik stok kayu di Alor Setar. Nak ke Alor Setar dalam 1 jam 15 minit perjalanan. Jadi kalau abah keluar memang dia bawa semua. Boleh pi jalan2 sekali. 

Zaman itu sudah berlalu... yang tinggal cuma kenangan, nostalgia... Al-Fatihah buat arwah abah (-_-)





Tuesday, February 19, 2013

Rindu, Angkat kayu, 10sen

tadi kebetulan ternampak pekerja DBKL buat kerja dekat dengan ofis Angah ni. Mereka tengah angkat kayu dari lori. Apa kena mengena dengan Angah plak kan? Angah teringat, rindu sebenarnya..hehe

Ceritanya, dulu abah ada buka kilang perabot. Sekitar awal tahun 90an, Angah pun masih kecil waktu itu. 

Bila sampai jer stok kayu dari pembekal, Angah dan adik beradik lain lah yang menjadi pekerja abah untuk amik kayu dari lori dan susun di tempat simpan kayu. Oh lupa, pekerja abah hanya seorang saja, Abang Li dan kami adik beradik. (^^,)

Jadi bila stok kayu sampai, abah akan offer 10sen sebatang kayu, jadi kami adik beradik berebut lah angkat kayu-kayu tu. Mula tu masing-masing berebut kejar angkat kayu, sapa angkat banyak dia la dapat lebih kan? hehehe. masa tu nilai 10sen besar sangat dah. macam-macam boleh beli tau. keropok, gula-gula yang banyak..sekarang 10sen 2biji pun susah nak dapat.

rindu kenangan masa itu~ dah hampir 20 tahun masa itu berlalu.... (^_^)


Gambar hiasan  (^_^) -sumber  Google Image
Gambar hiasan  (^_^) -sumber  Google Image