Showing posts with label kecewa. Show all posts
Showing posts with label kecewa. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Mengapa Perlu Abaikan Bekalan Akhirat


Dah seminggu lebih aku luahkan kekecewaan aku di entri ini.. baru harini rasa boleh post.. (^_^)

Maaf andai kata-kata aku ni salah dan mohon betulkan andai salah. Maaf juga andai terkasar bahasa. Ampun maaf orang muda deras suara pada yg lebih tua. 

Anak itu anugerah Allah, anak juga salah satu bekalan yang kita boleh bawa di akhirat kelak. Rasanya semua tahu, apabila kita mati hanya 3 benda yang akan dibawa bersama. Pertama amalan, kedua doa anak yang soleh/solehah dan sedekah.

Situasi yang berlaku depan aku ialah seorang ayah yang mengabaikan anaknya setelah bercerai. Aku kenal si Ahmad (bukan nama sebenar) ni, rapat la juga. Aku pun tak sangka Ahmad macam ni, bila dah nampak depan mata sendiri, mengucap panjang den.. Hilang sikit rasa hormat aku pada kamu wahai Ahmad.

Harap Ahmad baca la ni ye... andai salah betulkan saya...

Anak itu anugerah Allah untuk kamu Ahmad. Cerainya kamu dengan isteri kamu memang dah terputus segalanya. Yang halal kembali haram. Kamu nak benci bekas isteri kamu sampai mati pun xpa, tak mau maafkan sampai mati pun xpa, hak kamu dan kamu tak ada apa ikatan dah dengan bekas isteri kamu tu.

TETAPI !!! dengan anak kamu, selagi hayat dikandung badan, itu tanggungjawab kamu Ahmad. Kamu tak boleh pinggirkan mereka. Kamu tak boleh abaikan mereka. Jangan lupa Ahmad, doa mereka juga bakal menjadi penyelamat kamu di hari perhitungan nanti. Kalau ye pun nak lupakan benda lepas, jangan lupakan anak kamu Ahmad.

Aku bila dengar mak kamu kata anak kamu yg bongsu tu sampai demam rindu kamu, sebak dadaku Ahmad. Aku tahu macam mana rasa rindu pada seorang ayah. Aku pun teramat rindukan ayah aku Ahmad. Aku tak boleh terima bila dengar sendiri kata-kata kamu bila mak kamu suruh kamu pergi jumpa anak kamu.

Kamu merantau ke negeri orang, tiggalkan anak kamu berjauhan. Bila dah bercerai kamu dah tak balik tengok mereka. Mereka datang ke sini mencari kamu. Nak jumpa kamu, tapi kamu tak mahu jumpa mereka.. aduh, tak dapat digambarkan perasaan ini kalau aku di tempat anak kamu. 

YA , aku tak tahu situasi sebenar. YA , aku tak tahu apa dibenak fikiran kamu , tapi Ahmad apa yang jadi depan mata aku amat menyedihkan, sebak hati aku Ahmad. Terasa seperti nampak 'plastik' terbakar.







Friday, January 21, 2011

hospitaL ohh hospitaL

- saLam -

ni mrizzo nk meluahkn perasaan kesal dan tak puas hati dengan hospital kerajaan..
mrizzo ada temujanji dgn doktor pd pukul 9.00pg..
so, datang lah awal ikut jadual yg ditetapkn..
mcm biasala,smpai je daftar, amik nombor n TUNGGU turn..
tunggu punya tunggu pukul 11.15am baru nombor mrizzo dipanggiL..
tunggu turn pn dah 2jam..ok? huh, penat woo~

dah masuk biLik rawatan, jumpa doktor, doktor tu cakap...
doktor : en izzuddin, sy sudah call hkL,nnt awk pegi rujuk hkL ye..ni sy bg ubat tahan sakit je
mrizzo : ???????? <-- bioL sat,hahaha
tu ja ka doktor?
doktor : yup, nnt kamu balik kl,rujuk sana..ni slip ubat,amik ubat tahan sakit
mrizzo : abistu sy balik dr kL jauh2 semata-mata nk rawatan disini sia-sia ja la..baik xyah bg
temujanji kalau setakat nk bgtau sy kena pi rujul hkl..dah la tarikh temujanji hkL
5 april nnnt..lambat lg, sbb tu sy balik mai hospital sini.. nk tunggu bln 4 nnt sy dah
mati dulu kot..
doktor : xkn mati aih sakit en.izzuddin tu, sy dah bg ubat tahan sakit,nnt dah habis atau sakit
yg melampau dtg jumpa sy.
mrizzo : ??? wth! wtf!

mrizzo pn keluar dr bilik rawatan dengan perasaan bengan, hampa, kecewa, geram weh~
punya la lama menunggu, dilayan xsmpai 3 minit pn..patot ke? ciLaka ah doktor tu~
da la balik jauh2..dia bgtau tu je..kot la nk periksa ke, buat ape yg patot ke...
ini tak, cakap tu je.. apa punya doktor ntah~ vava btoL..


no 522, skrg pukuL 9.15pg
no skrg 502
sudah pukuL 11.10pg..masih menunggu..
layan ben10~ huhu