Showing posts with label kedai makan. Show all posts
Showing posts with label kedai makan. Show all posts

Sunday, July 21, 2013

Berbuka Puasa Bersama Ex-SKLM

Alhamdulillah, semalam 20.07.13 bersamaan 11 Ramadhan 1434 sekali lagi Angah dapat berkumpul bersama sahabat-sahabat sekolah rendah dulu. Moga ukhwah yang dah 20 tahun lebih ini berterusan hingga akhir hayat, In Sha Allah. Tahun lepas semua datang lenggang jer, tahun ni alhamdulillah dah bertambah ahli baru, ada yg datang bersama anak, termasuk lah Angah..hehe

Tahun ini kami berbuka di D'Hajar Cafe, Shah Alam. Dekat dengan Stadium Shah Alam je. Tak la susah nak cari jalan ke sana. Hidangan makanan disediakan dalam bentuk buffet. Harganya pun sangat berpatutan. Hanya RM29.99 jer, RM30 la senang citer.. RM29.99 tu harga psykologi je sebenarnya.. hehe. Pandai D'Hajar Cafe.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. (^_^)
 















Sunday, October 21, 2012

Burger Bakar dan Chicken Chop Pakcik Atan!

Pakcik Atan? sapa ni? jiran tetangga aku jugak.. baru je buka kedainya.. tempat di kawasan Flat Danau Kota, Setapak. Dulu dia pernah buka kedai air buah di medan selera UpTown Danau Kota. Tak tau lah kenapa berhenti.. sekarang dia dah mula balik meniaga..

apapun, air buah Atan memang superb! terbaik! meh la try.. dijamin puas hati! rata-rata costumer dia yg dulu, datang dari jauh2 semata nak minum air buah dia jer.. kagum aku! hehe. Sebab sedap la diorg sanggup datang ye dak? memang lazat pun..

ni aku up skit menu yg tiptop kt situ, yg aku selalu makan~ sedappppp weh!


isi ayam, lain dari yg lain, bukan guna daging burger mcm kt
kedai burger tu,ini betul2 isi ayam.. memang superb ah!
dengan sosnya yg mables memang perghhhh! hehehe
tobat aih sedap!
chicken chop! ini pun superb! mlm tadi kul 10 dah clear..
cik atan. pasni tambah stok lg ye..
my favourite! soda herb! murah je kalau nk banding dengan
Williams Conner.. half price! rasa? superb! 5 bintang bg sama Atan!
hehehe (^^,)