Showing posts with label kelab blogger. Show all posts
Showing posts with label kelab blogger. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati Aku

Cabaran untuk hari ke 2, 5 cara memenangi hati aku. Fuhh, berat juga hendak cerita bab isi hati ni. Bukan apa, habislah pasni ramai yang akan memenangi hati aku. hahahaha. (^_^)

Tidak susah pun untuk memenangi hati aku...

1- Senyum. Senyuman yang menawan sudah bisa meruntun hati ku. Wah! haha. Jangan datang dengan senyuman sinis sudah la, ada makna yang tersirat tu. Senyuman yang ikhlas. Sedekah tu! Hati yang duka pun boleh terubat sikit dengan senyuman tau.

2- Mulakan borak. Sila mulakan topik perbualan jika nak memenangi hati aku sebab aku ni pemalu dan amat tidak pandai nak mulakan perbualan. Fail betul aku bab ni. Kalau orang mulakan, memang aku suka sangat. Tapi yang dah kenal dan rapat tu lain la. Tahu la apa nak dibualkan. 

3- Cerita perniagaan. Suka sangat aku bila ada orang bercerita tentang perniagaan ni. Meniaga lah apa pun, asalkan perniagaan. Memang 'ngam', nak borak 24jam pun okey. 

4- PES/W11. Haaaaa, ajak aku layan 'natang' tu, sapa tau benda apa tu? hahaha. Kompom! Hati terus tertawan. PES/W11 tu games bola playstation dan XBOX. (^_^)

5- Belanja. Belanja aku makan! Memang awesome la, belanja makan seafood pula kan, lagilah aku suka. Terbaik dan awesome!

Haaaaa, tahu dah kan macam mana nak tawan hati aku, apa lagi silalah tawan. Baru seorang yang berjaya tawan hati aku sekarang ni. Ada 3 kekosongan lagi. Cuba try test la.. hahahaha (^_^)

apa la abah ni dok cerita atas tu...




Cabaran 30 Hari | Hari 1 : 5 Fakta Menarik Tentang Aku


Aku ikut serta rakan blogger #kelabbloggerbenashaari untuk Join Cabaran 30 Hari, bagus idea ini, cabaran untuk aku istikhamah dalam berblog. hehe. 

So, untuk hari ini, Hari 1 : Gambar terbaru dan 5 fakta menarik tengtang diri aku.

Selfie terbaru aku...gomokssss

1. Pemalu dan pendiam. Sangat pemalu orangnya aku ini. (^_^) tapi....

2. Mudah senyum dan mudah mesra. Ntahlah, cuba hendak ubah sikap itu tetapi belum berjaya. Nak orang lain mulakan dulu, baru okey. Harapkan aku ni, senyum je la..bila orang dah tegur, mulakan borak.. baru okey..

3. Bekas b-boy,breakdance. Aku inginkan stamina dan bentuk tubuh badan ketika aktif menari dulu. huwwaaaaaaa!! Sekarang ni 'azroi' sangat.. sedeyyyy!!! Pernah training dengan B-boy Giant, dancer Too Phat. Pernah juga bersama Alam masa zaman dia di downtown Cheras sebelum dia masuk Showdown dan terkenal.

4. Suka main games. Sangat suka. hehehehe

5. Saya amat tidak suka pada 'marah'. Kena marah, nak marah, tengok orang kena marah. Oh tidak, saya amat tidak suka marah. Chill lah, tak perlu marah-marah. Relax!




Tuesday, February 18, 2014

Santai KBBA Putrajaya


Jumaat lepas, aku berkesempatan join geng Kelab Blogger Benashaari (KBBA) Putrajaya bersantai di Coffee Village, Putrajaya. First time aku join group KBBA ni bersantai. Sempoi gak diorang ni, happening sangat cuma aku agak tenggelam malam itu. haha. Aku pun tak kenal sangat rakan-rakan yang lain, sorang dua je yang aku kenal, maklumlah baru kali pertama bersua. Apa pun korang memang best ! (^_^) . Moga ukhwah ini berkekalan.