Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Saturday, January 26, 2013

Jangan Kahwin dengan Wanita bersifat 6 ini...



Pesanan Untuk Lelaki, jangan kahwin dengan wanita bersifat 6 ini...

Pesan Rasulullah untuk kaum lelaki ,Jangan engkau kahwini wanita yang bersifat enam ini iaitu yang ananah, yang mananah, yang hananah, yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.

Apa itu ananah,  mananah, hananah, hadaqah, baraqah dan syadaqah?

wanita Ananah - banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

wanita Mananah - suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu.

wanita Hananah - menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

wanita Hadaqah - melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

wanita Baraqah - ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

wanita Syadaqah - banyak cakap, tidak menentu lagi bising.


# Ya Allah kau jauhkanlah isteriku dari bersifat demikian, AMIN Ya Allah...

jangan adat je diutamakan, Sunnah juga wajib diutamakan!



Thursday, January 17, 2013

Majlis Aqiqah dan Cukur Rambut Muhammad Izz Zayyan Rizqi


Majlis ni dah lama dah berlalu, bulan Oktober 2012. Baru tadi aku jumpa pendrive yg simpan gambar ni..meh up skit sekitar majlis Aqiqah dan cukur rambut putera sulungku Muhammad Izz Zayyan Rizqi.

Masa ni arwah abah ada lagi...















Thursday, August 30, 2012

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

alhamdulillah pada 4 Syawal, Hari Raya Aidilfitri ke 4 majlis rumah terbuka aidilfitri kami berjalan lancar... ramai tetamu yang hadir..terima kasih diucapkan pada yang hadir.. terima kasih semua sahabat, jiran tetangga, saudara mara semua.. terima kasih..

walaupun letuh yg teramatlah sangat, tetapi puas hati, lega bila semuanya berjalan lancar..antara menu yang disediakan pada hari itu ialah nasi arab, kambing bakar, gulai rusa, rendang rusa, ayam masak merah, acar, bihun singapore, laksam, ketupat, nasi himpit dan kuih-muih


masing2 sibuk dengan tugasan yg diberikan..(^^,)
cuci ayam~ 
bihun baik punya~

sempat ajer nk posing~ hehe

Laksam
Nasi Arab
lauk - dr kanan kambing, ayam masak merah, gulai rusa, acar

sahabatku UPSR98


Saturday, June 30, 2012

Majlis Malam Berinai #Bhangra

malam tadi aku sempat hadir ke majlis malam berinai sahabat isteri aku.. Fazilah nama sahabat isteri aku ni.. Dia berketurunan Pakistan, malam yang penuh dengan adat dan tradisi orang Pakistan.. yang aku ingat tarian Bhangra, Chula..lain lupa dah apa dia sebut malam tadi..hehe

Chula ni sesi memakaikan gelang pada pengantin, dimulai oleh ibu pengantin dan dituruti oleh lelaki sahaja..abang, adik lelaki, bapa saudara dan sepupu lelaki...

Bhangra, tarian yg ada gendang2 tu.. semua tahu kot, dalam filem hindustan selalu ada..hehe.. yg lain aku xingat nama dah, ada satu part yg pengantin perempuan diiring tarian lilin, lenggang aper ntah..

sangat happening adat diorg ni, rasa macam dalam filem Hindustan daaaa..hehe.. lagu yang rancak, tarian yg rancak, orang yang hadir pun semua happening.. memeang meriah ah majlis malam tadi...

pada Fazilah, aku ucapkan selamat pengantin baru, moga bahagia hingga akhir hayat sampai syurga.. barakallahhulakuma (^^,)

aku xingat apa nama adat ini, kalau melayu macam tepung tawar 


ini pun aku xingat, pengantin perempuan dikelilingi oleh gadis membawa lilin.



sesi Chula, saudara lelaki memakaikan gelang pada pengantin
dan the best part wajib bg duit lepas masukkn gelang! wajib!haha masyuk!!






bhangra
bhangra
bhangra
Fazilah n mywife (^^,)
dance floor!! 

Wednesday, June 6, 2012

Wordless Wednesday #4 Raja

Kenangan 11.12.11


Published with Blogger-droid v2.0.4