Showing posts with label kerajaan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label kerajaan Malaysia. Show all posts

Friday, July 8, 2011

Terima Kasih Bos, Terima kasih Kerajaan, Terima kasih Bersih

assalamualaikom

aku dengan besar hatinya mengucapkan jutaan terima kasih pada bos aku. Terima kasih ini adalah kerana engkau tetap mahu tempat engkau dibuka juga esok hari walaupun tempat2 lain disekeliling mu telah mengishtiharkan tutup! engkau tetap mahu pejabat beroperasi seperti biasa esok.

bagaimanakah harus ku tempoh esok hari wahai bos?
nak kena menghadap anjing2 kurap eh..silap plak..nk kena menghadap polis2 yang buat sekatan jalan yang berapa banyak entah..walaupun jarak rumah ke tempat kerja hanya 14KM, tetapi aku kena menghadap 4 sekatan polis.. 4 sekatan wahai bos.. seksanya dan semaknya..

dek kerana BERSIH 2.0 la ni.. ditambah pulak perangai KERAJAAN yg takut nya giler babi punya takot apa pon aku xtau kt Bersih ni sampai semua..aku ulang SEMUA jalan masuk KL tutup..termasuk kemudahan awam skali ye.. LRT, BAS, BAS EKSPRESS... semua tidak beroperasi esok..

nak tau jalan yang ditutup: rujuk SINI

PERKASA plak nak bersiar-siar di Tasik Titiwangsa esok.. rujuk SINI

Kuala Lumpur gonna be a dead town tomorrow.. rujuk SINI

sekian ayat agak skema dariku ini..oh aku kecewa dengan bos,bersih dan juga kau kerajaan yg takot...

Thursday, June 30, 2011

Bersih 2.0 - Macam-macam Ada

assalamualaikom

Mr iZzo nk berceloteh skit pasal Bersih 2.0
yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011 nanti

Kerajaan haramkan baju T Bersih. "adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju berkaitan Bersih-Hishammuddin Hussein"

Petaling Jaya : Polis serbu dan geledah pejabat sekretariat Bersih yg terletakl di Seksyen 4,PJ.

Sungai Siput : ADUN Teja-Chang Lih Kang,ADUN Jalong-Leong Mee Meng, bersama 13 yg lain ditahan polis kerana pakai baju T Bersih.

Kuala Lumpur : Polis hanya tunjuk IC ketika rampas baju T Bersih milik seorang peniaga,Mohd Razali Abdul Rafar

Klang : 5 anggota AMK Kapar ditahan polis, juga kerana pakai baju T Bersih.

Kuala Lumpur : Polis panggil Anwar ke IPD Dang Wangi sebab ceramah pasal Bersih

Shah Alam : Paku ditabur sekitar tempat letak kereta untuk sabotaj program solat hajat dan pidato sempena Bersih.

Shah Alam : A.Samad Said kutuk pengharaman Bersih dan beliau tegaskn yg beliau tetap akan hadiri Bersih. katanya lagi, kerajaan betol2 takot dengan Bersih.

Pelekat kereta palsu untuk sabotaj Bersih. Pelekat palsu tertera perkataan "bersama kita tumbangkan kerajaan sekarang". selain itu, ada juga risalah palsu tertera perkataan sama diedarkan.

Pulau Besar : Tiada sebab pertubuhan seni silat mesti musuhi peserta Bersih, kata Cikgu Majid Md Isa-Guru Utama Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

Petaling Jaya : kerajaan dijangka akan gunakan DARURAT untuk halang Bersih.

macam-macam adaaaaaa~ banyak lagi cerita Bersih ni..nanti lah taip lagi..hehe
yg kerajaan dengan caranya...
yg pembangkang dengan caranya..

kita ni rakyat? apa pon tak boleh...huh
harga barang makin naik dan naik..

Wednesday, June 15, 2011

Sila Saman Bersih

Golongan yang terjejas akibat himpunan Bersih
nanti dinasihatkan untuk saman Bersih..

kata Datuk Ahmad Maslan "saman tersebut alah untuk tuntut gantirugi berikutan pandapatan mereka terjejas akibat himpunan Bersih tersebut"

"Perhimpunan itu akan menyusahkan rakyat, merugikan penjaja dan peniaga yang memiliki kedai serta menakutkan pelancong untuk datang ke negara ini.

"Selain itu, ia juga merugikan pemandu teksi di ibu negara, menghuru-harakan keselamatan dan memberi imej tidak baik kepada Malaysia di luar negara," 


Perhimpunan Bersih Terus Dibantah

assalamualaikum

Himpunan Bersih 2 akan dibuat pada 9 Julai ini..
Bersih mengundang kemarahan ramai pihak...
dah 350 laporan polis dibuat oleh NGO, parti politik, persatuan dan individu di seluruh negara sejak seminggu lalu sehingga semalam...

peniaga, pemandu teksi pn turut bersuara tak puas ati..
ye lah, kacau periuk nasi diorg kot..


macam himpunan lepas, banyak kerosakan,
peniaga kerugian, jalan sesak..

nk salahkn sapa pn xtau..perangai polis pun
boleh tahan jugak 'sopan'nya

harap semuanya dapat ditangani dengan elok..
polis xyah la ganas sgt..

pastu nanti kuar Al-Jazeera xtau nak cakap ape..
memalukan jer,,shian 'orang tu' buat malu Malaysia je..


Bersih pertama 2007

Gaji Minimum Akhir Tahun

assalamualaikum

suka Mr iZzo baca paper hari ini...
berita gembira untuk penjawat awam semua..
gaji minimum akhir tahun 2011 ni..
harap jadi realiti lah..amin!

PM kata : “Apabila diluluskan, majlis berkenaan akan ditubuhkan dan selanjutnya gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini," "Sekarang, cabaran kita sebagai pekerja, majikan, kerajaan dan rakyat sama ada penjawat awam atau pekerja swasta adalah untuk menyumbang ke arah menjayakan transformasi negara kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020,"


Sunday, May 15, 2011

malaysia sudah tidak aman?

assalamualaikom semua (^^,)

korang ada baca surat khabar?
korang ada tengok berita?
apa cerita yg selalu keluar sekarang ni?
jenayah..politik..jenayah..politik..

dah makin ganas dah penjenayah kt malaysia ni..

simbah asid...
tembak menembak dengan polis...
langgar kereta polis...
tikam mak, tikam bapak, tok nenek..
pukul orang sampai mati..
anak murid pukul cikgu..

dan..

isu liwat yg tidak berkesudahan..
isu rakyat yg sentiasa didahulukan tp.........................
isu kepimpinan yg...........................

takot aku tengok berita2 skrg..
rasa macam dah tak berapa selamat jer..
huhu...(^^,)

Wednesday, February 2, 2011

Rusuhan di Mesir

Umumnya, seluruh dunia telah mengetahui krisis yang melanda di Mesir.

Pemerintahan kejam rejim Hosni Mubarak telah membuatkan rakyatnya tidak boleh duduk diam lagi sehingga tercetusnya rusahan besar-besaran menentang pemerintahan Hosni Mubarak. 

Mrizzo yg duduk di Malaysia ni pn takot jugak apabila mendengar situasi ini berlaku. Apa yang mrizzo tahu terdapat lebih 11,000 rakyat Malaysia kat Mesir yang mana kebanyakkannya adalah pelajar. Banyak juga kan. Berikut adalah keadaan realiti sebenar pelajar-pelajar kat Mesir sekarang. 

Maklumat ini dihantar oleh salah seorang pelajar di sana yang sempat online sebelum internet disekat sepenuhnya.



Jadi, nampak sangatlah pelajar-pelajar Malaysia kat sana berada di dalam kondisi yang berbahaya. Kerajaan Malaysia seharusnya melakukan tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk akan berlaku. Hanya kerajaan Malaysia sahaja yang menjadi tempat perhubungan buat masa sekarang ini. Mohon sgt2 lah kerajaan Malaysia amik tindakan sekepat yang mungkin. mrizzo yakin dan percaya ibubapa yg ada anak study di Mesir risau teramat sgt lah..makan tido pn xtentu pikirkan keselamatan anak-anak disana.

sebak rasa hati ni memikit keadaan mereka disana, macam mn lah kan,
makan xtentu, nk berhubung pn xboleh..kemana nk berharap?pada siapa?bagaimana?
please kerajaan Malaysia,cepatkan bantuan..usah ditunggu lagi..
bawa jer balik cepat2..

Rusuhan di Mesir
Aperpn,kita sebagai rakyat biasa yang duduk di Malaysia, sama-samalah kita berdoa supaya pelajar-pelajar Malaysia kat Mesir berada di dalam keadaan selamat. Disamping itu elok rasanya kita sama-sama buat solat hajat mohon dilindungkan dari segala benda tidak elok berlaku pada rakyat Malaysia disana. Amin!




**mrizzo** : marilah sama2 tadah tgn mohon pada yg Esa \(-_-)/ sayu sungguh hati ini~ Ya Allah, Kau lindungi lah hamba2 Mu di sana, Kau peliharalah mereka,lindungilah mereka dr segala keburukan, kebinasaan, dan penindasan...selamatkan lah mereka Ya ALLAH~ amin~