Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Saturday, November 23, 2013

Bertugas di hari minggu...


Bertugas di hari minggu memang amat menguji mental dan fizikal. Sapa setuju angkat tangan ! hehe. Yang bekerja sendiri lain lah kan, ni untuk mereka yang makan gaji je. Nak plak penjawat awam seperti aku ini haaaa..besar wooo cabaran dan dugaan kerja hujung minggu ni..

Dikala orang lain menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga tersayang, aku masih lagi menjalankan tugas seperti biasa. Nak pula, buka facabook, tengok orang update status berjalan sana sini, buat aktiviti itu ini kan, fuh! menimbulkan rasa cemburu yang teramat sangat.

Ya, dulu masa aku mula bertugas, memang aku rasa macam tu, tetapi tidak sekarang ni, alhamdulillah dah boleh terima dan selesa dengan keadaan begini. Takde dah rasa terbeban atau nak merungut mengeluh bagai. Layan jer.. apa yang penting enjoy dengan kerja yang dibuat, redha dan syukur. InsyaAllah semuanya lancar...

Pandang dari sudut lain, dapat juga tambah duit poket sebab bertugas lebih masa dibayar elaun lebih masa, kelebihan tu! tak semua orang merasa buat 'overtima' kan? jadi syukurlah.. (^_^)

yang penting? kita enjoy!!! (sambil lompat gaya Nora Danish) ahaks! (^_^)


nak main ni? meh leh datang sini - Planetarium Negara



Wednesday, April 17, 2013

Hilang letih...

Balik kerja...tengok anak...anak pandang dan senyum...

Amannya rasa, hilang letih kerja seharian. Alhamdulillah.

Anak anugerah Allah, luangkanlah masa bersama anak anda.

Tuesday, February 19, 2013

Rindu, Angkat kayu, 10sen

tadi kebetulan ternampak pekerja DBKL buat kerja dekat dengan ofis Angah ni. Mereka tengah angkat kayu dari lori. Apa kena mengena dengan Angah plak kan? Angah teringat, rindu sebenarnya..hehe

Ceritanya, dulu abah ada buka kilang perabot. Sekitar awal tahun 90an, Angah pun masih kecil waktu itu. 

Bila sampai jer stok kayu dari pembekal, Angah dan adik beradik lain lah yang menjadi pekerja abah untuk amik kayu dari lori dan susun di tempat simpan kayu. Oh lupa, pekerja abah hanya seorang saja, Abang Li dan kami adik beradik. (^^,)

Jadi bila stok kayu sampai, abah akan offer 10sen sebatang kayu, jadi kami adik beradik berebut lah angkat kayu-kayu tu. Mula tu masing-masing berebut kejar angkat kayu, sapa angkat banyak dia la dapat lebih kan? hehehe. masa tu nilai 10sen besar sangat dah. macam-macam boleh beli tau. keropok, gula-gula yang banyak..sekarang 10sen 2biji pun susah nak dapat.

rindu kenangan masa itu~ dah hampir 20 tahun masa itu berlalu.... (^_^)


Gambar hiasan  (^_^) -sumber  Google Image
Gambar hiasan  (^_^) -sumber  Google Image





Sunday, August 5, 2012

Jangan Sia-siakan Kesempatan Yang Ada

" Menunda beramal soleh untuk menantikan kesempatan yang lebih lapang,termasuk tanda kebodohan jiwa "

sekejap jer dah separuh Ramadhan berlalu...sekejap sangat masa berlalu...ya, memang kita berasa masa berlalu terlalu pantas kerana kita sekarang berada di akhir zaman...aku teringat sesuatu tp tak pasti ianya hadis atau firman Allah yg berbunyi, bila kita rasa...seminggu terasa macam sehari, setahun macam sebulan, maka kita telah berada di akhir usia bumi, di akhir zaman...

berbalik pada ungkapan di atas yg aku ambil dari Kitab Al-Hikam,kata-kata hikmat Syaik Ibn 'Atha'illah as-Sakandari, penundaan atau tangguhan kita untuk melakukan ibadah atas sebab lebih mengutamakan urusan dunia dan terlupa terhadap ajal,kematian yg datang menjemput setiap saat menyebabkan lemahnya niat serta berubah tujuan kita beramal.

aku pun selalu macam tu..jadi beringat macam ni sekurang2nya dapat la refresh diri.. kata2 orang berilmu, kita ni selalu lupa,lalai, kena selalu di ingatkan..jadi aku amik pendekatan tulis kt sini..hehe.. sebab? aku selalu ngadap blog ni..jadi selalu la ternampak benda..insyaALLAH ia mengingatkn aku..

jangan terlalu lalai dengan urusan dunia sehingga menangguh urusan akhirat.. contoh yg selalu terjadi ialah solat.. selalu menanggung ,kadang2 dah dekat habis waktu baru kelam kabut nak solat...

ya Allah teguhkanlah iman kami, tetapkn lah iman kami, permudahkn lah kami untuk istiqamah dalam menunaikan ibadah padaMU..moga di pertengahan ramadhan ini kami menjadi hamba yg semakin taat beribadah,tidak mensia-siakan rahmat dan ganjaran mu yang dijanjikan dalam bulan barakah ini yaAllah...amin!



Thursday, June 21, 2012

Gagal Menjalankan Tugas

nah! pagi tadi buka je email ofis, dapat satu email yang mendukacitakan, tak best ah! bos bg email yang bertajuk seperti diatas (ala-ala surat rasmi..hehe) siap cc pada big bos lagi u! what the ????? "Gagal Menjalankan Tugas" ???

ok lah, salah aku gak pun, datang lewat, lewat sikit je kot boss? bukan nya setiap hari pun.. dah hari ni tayar moto nak puncit plak kan, apa boleh buat..

selalunya tak macam ni pun, xder la nk email2 bagai, nk cc kt bigbos lagi.. selalunya if lewat isi borang lewat jer.. hari lain sikit, bos datang bulan eh? hehehe.. upsssss! ape2 je la bos, jp lg sy pi isi borang yg bos nak tu ei.. borang gagal menjalankan tugas? atau borang masuk lewat?

tu la bos......pi kawin cepat skit! (mulut kau, cili kang baru tau) hehehehe

#mood tak best!

Tuesday, May 15, 2012

7 Tips Untuk Berjaya Dunia Akhirat

klik gambar untuk lihat lebih jelas

*sumber - ismajordan

Wednesday, March 21, 2012

Tidur di tempat kerja

mood sekarang mengantok yang teramat sangat lah ngantoknya..
sebab? terlayan movie malam tadi..tidur lambat..hehe
nak tidur tak boleh..kerja oh kerja
nak jer buat macam mamat bawah ni........
boleh tak?


Sunday, March 11, 2012

Demam+Kerja+Movie

minggu ni giliran aku bekerja..so bekerja lah aku di hari ahad ini..huhu
yang tak bestnya..aku demam! oh malas dan tak laratnya badan ini..

nasib baik lah hari ni tak ramai orang.. dapatlah relax skit..
mata ni asyik nak terpejam ajer...
nak elak dari terlelap..layan lah movie Chantek...

aper aktiviti korang harini?
xder gi mane? meh la sini..Planetarium Negara..hehe
melawat org demam..eh silap, melawat Planetarium laaaa



Saturday, March 10, 2012

Prank di Hari Sabtu

apa aktiviti anda dihari minggu ni?
kalau xder kejer, nakal sangat, jadi gambar bawah ni..


tetanjat meow meow
hehehehe~ (^^,)

Wednesday, February 22, 2012

Si Kecik Keletihan


ni lah akibat tinggal bini sorang-sorang.. dia takde kerja.. 
snap pic aku dan di kecil tidur.. hehehe (^^,)

pic ni di snap selepas kitorang balik dari berkelah di Sungai Kedondong...
maklumlah, main air tak ingat dunia.. letih sudah..hehe

Thursday, August 18, 2011

Baju Miss Jennifer

assalamualaikom w.b.t  -  salam sejahtera (^_^)

dalam dok kesibukan menyiapkan baju abg Ben..
baju Kelab Blogger Ben Ashaari, rujuk SiNi

relax jap 4 jam untuk siapkan baju Miss Jennifer...
jennifer ni supplier baju, di Jalan Kenanga

lagi pun xbanyak sgt tempahan dia..so, dulukan kejap baju dia



Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja

assalamualaikom semua (^^,)

seperti biasa Mr iZzo senyum saja..hehe

hari ni 1 Mei 2011..Selamat Hari Pekerja ye pada
mereka yg bergelar pekerja..

TAPI !!
hari ini Mr iZzo tetap bekerja jugak..
huuuu huuuu..xdapat cuti..sedih!
esok pn kerja jugak! aarrgghhh..

huh! tapi xper..dapat OT..hehe (^_^)
alhamdulillah

Saturday, April 23, 2011

Berkhidmat untuk rakyat

saLam semua (^_^)
aper plan korang semua di hari minggu ni?
gi jalan-jalan? tengok wayang? karaoke?
semua tu tiada kaitan dengan Mr iZzo harini..
sebab?
sebabnya harini Mr iZzo kerjaaaaaa! huh!

pada sesiapa yang nak datang ke Planetarium Negara 
sila lah datang, Mr iZzo bg masuk free..hehe
free gift? insyaALLAH sementara stok masih ada ni..

Planetarium Negara,KL

Wednesday, March 30, 2011

Stok Baru Sudah Sampai = Mr iZzo Kena Mengemas

Assalamualaikom semua (^_^)


semalam stok brochere, souvenir (betol x ejaan tu?)baru sudah sampai..huh..ini bermakna Mr iZzo nk kene kemas lah..dah kejer sorg2 harini.. xde pembantu..huh!


pada sesiapa yg nk free gift dr Mr iZzo, meh la datang Planetarium Negara..hehehe..uppssss..kantoi sudah Mr iZzo kejer situ...(^_^)..bgtau jer Mr iZzo, nnt Mr iZzo bg masuk free..siap gift lg..datang lah sementara stok byk lg ni..hehe


susun jgn xsusun..huhuhu

Tuesday, March 29, 2011

Kerja+Enjoy=Tak Stress

kerja..kerja..kerja.. kadang2 tu stress jugak kn kerja je memanjang..
kena plak buat kerja tu kerja yg sama ja..mesti agak bosan kn?
huhuhuhu (^_^)


so, untuk hilang kn bosan or stress kerja tu kena lah buat sesuatu..
selit la sikt hiburan ke..ape2 xpe.. lagu, movie, jgn ngular sudah..
kalau bos marah tanggung sendiri! haha (^^,)


kerja+movie=terbaik!
kalau dok layan movie je bila keje nk siap??? hahaha..
dahulukn kerja laa... dah agak bosan tu,take 5,relax jap..
pastu sambung semula keje tu..pandai2 la manage ye..

Monday, March 28, 2011

Kembali Bertugas

hari ni mrizzo kembali bertugas..
huh! berat je badan ni nk gi kejer..
hahaha..(^^,)
maklumlah dah cuti panjang...
start cuti aritu 9.2 - 27.3
muka orang semangat kembali kerja..hehe
hambik ko selambak+selerak mejaku..