Showing posts with label ketua hakim. Show all posts
Showing posts with label ketua hakim. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

Peguam Negara dituduh salah guna kuasa - beranikah Najib tubuhkan tribunal kehakiman?


Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusof telah menuduh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyalahgunakan kuasa perlembagaan beliau. Beranikah kerajaan UMNO-BN menubuhkan satu tribunal kehakiman untuk menyiasat dakwaan serius itu?

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan perkara itu kerana mahu memastikan keadilan dan kesaksamaan dikuatkuasakan.Katanya, buat kali pertama dalam lebih satu dekad terdapat tuduhan serius penyalahgunaan kuasa oleh seorang bekas pegawai kanan polis terhadap seorang yang berpangkat tinggi dalam kerajaan, iaitu Peguam Negara.
“Adakah Datuk Seri Najib Razak berani mengarahkan kabinetnya menubuhkan sebuah tribunal kehakiman untuk menyiasat tuduhan Datuk Ramli Yusof bahawa Peguam Negara telah menyalahgunakan kuasa perlembagaan beliau?” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, walau pun tuduhan serius Ramli tidak baru kepada rakyat Malaysia yang bermaklumat dan berpengetahuan, ia adalah dakwaan pertama ditujukan terhadap Gani secara terbuka.

Dalam laporan Malaysiakini semalam, Ramli dipetik sebagai menjelaskan bagaimana beliau (Ramli) dan para pegawai serta kakitanganya telah diatur oleh Peguam Negara sejak 2007, termasuk memastikan mereka bebas dari mana-mana dakwaan undang-undang.
“Dengan tertampilnya Ramli secara berani menceritakan kisah beliau dan kesediaan beliau untuk menerima kesan-kesan daripada tindakannya, kerajaan Najib tidak boleh pura-pura bodoh dan mengganggapnya tidak berlaku.

“(Jika tribunal kehakiman ditubuhkan dan) sehingga Gani dibersihkan daripada semua tuduhan, beliau perlu bercuti untuk membenarkan pemangku Peguam Negara dilantik bagi pihak kerajaan,” kata Kit Siang.