Showing posts with label ktm. Show all posts
Showing posts with label ktm. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

Bila Zayyan Mengamok Dalam KTM!!!



Haritu balik kampung, Angah naik KTM lagi. Senang, mudah dan yang penting Angah boleh rehat. hehehe. Tak perlu letih2 nk drive, naik KTM ada katil, ada selimut, ada tandas, cafe... sangat-sangat relax!

Nak jadi cerita, kali ni Zayyan mengamuk! selalunya kalau naik train diam je dia, tak sampai setengah jam, terus tidur dan dah dekat nak sampai baru Zayyan bangun. Tapi kali ni tidak.. dekat 3 jam gak la pujuk Zayyan nk bg tidur..apa kena pun tak tahu lah, mengamuk, menangis, riuh satu gerabak. Puas jalan2 pun xmau diam juga, smpai kondaktor KTM datang cuba pujuk pun tak mahu juga...

Angah naik KTM dari Alor Setar pukul 7.50mlm, kul 11mlm baru berjaya diamkan Zayyan.. gambar atas Angah duduk di tengah antara gerabak. Duduk di sebelah kiri, buka pintu belah kanan, biar angin masuk, bisingnyer lah xyah kata la kan,hehehe.. Zayyan asyik ja pandang luar smbil kena angin yg kuat, terus diam dan tidur..

huh! pengalaman baru utk Angah.. Sangat menguji kesabaran.. (^_^)






Tuesday, January 29, 2013

Kami Naik KTM... Mengembara...


malam tadi Angah bawa isteri yang teringin sangat nak berjalan naik keretapi.. hehe.. Dah lama dah niat nak naik keretapi ni, baru semalam tercapai hajat... (^_^)

sebelum bertolak.. ^_^
tunggu keretapi sampai.. nama keretapi kami Senandung Langkawi
Ibu excited, Zayyan tengok train xkedip mata..
tak pernah tengok...tu yg semacam je Zayyan pandang..
dalam kereta api...
ibu intai abah, abah duduk atas
peace yaaa!  (^^,)
ibu yg excited!! haha
bantal busuk tak tinggal! 
tidur sudah~

seronok ibu dapat naik keretapi..hehe.. bukan selalu nak travel macam ni.. sekali-sekala best gak.. (^_^)
tempat pun selesa. makan minum, tandas semua ada, lengkap! jadi tiada masalah kalau berjalan jauh bersama keluarga..

mula-mula takut gak, kalau Zayyan tak selesa, meragam nanti habislah.. tapi Alhamdulillah Zayyan okey jer.. Ibunya jer excited lebih..ha ha ha ha ha (^_^)