Showing posts with label madu. Show all posts
Showing posts with label madu. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Bela Lebah


Dulu arwah abah ada bela lebah. Masa tu memang selalu lah minum madu. Madu segar! fresh! ambil dari sarang terus makan atau perah ambil madu dan minum. 

Sekarang ni nak dapat madu yang betul-betul original pun susah. Kalau ada pun harganya agak mahal. 

Masa abah bela lebah dulu, boleh kata kerap kali jugalah aku disengat lebah ni. Sangkar/rumah/sarang lebah ni abah buat sebelah rumah je. Jadi masa nak ambil madu tu, memang kena hati-hati sebab lebah ni berkeliaran. Kalau tak hari-hati memang kena sengat la..



Masa pergi melawat rumah lama haritu, aku tengok masih ada lagi tapak sarang lebah yang abah buat. tinggal tiang kayunya je (dalam bulatan). Kotaknya dah tiada.

Sebelum kami pindah dulu pun lebah-lebah ni dah lari dulu! pindah juga..hehe. Lebah ni lari sebab kena kacau dek kerengga dan tebuan. Asyik dok kena kacau je, lebah ni pun pindah juga..hehehe.



Tuesday, April 10, 2012

Gambar | Pemburu Nisan Lebah di Nepal







sambil isap rokok??? wah! wow!
tak pakai baju tutup habis pun..just tudung kepala je?