Showing posts with label maghrib. Show all posts
Showing posts with label maghrib. Show all posts

Saturday, May 12, 2012

Lagi Cerita SPR

sebelum ni AJ pernah post pasal SPR ni...tapi sampai sekarang pun belum ada lagi sumber2 yang menjawab apa yang telah terjadi, dan AJ masih mencari tentang kesahihan,kebenaran tentang kekeliruan SPR ni..

rujuk sini tentang cerita SPR sebelum ni :
Magic SPR...Keliru aku
Mana kebenarannya wahai SPR
JPN dan SPR buat Magic
SPR buat Magic Lagi

AJ bukan minat sangat pun nk isu2 macam ni..tapi harini bersepah pulak post pasal SPR ni kt facebook AJ. bila tengok2 dan rajin plak harini AJ gi semak sendiri di laman SPR dan JPN, geram dan sakit hati pun ada gak. korang nak tahu, try la check.. ada kot data2 ni...

patot lah Bersih dok ada sampai Bersih 3.0 menuntut ketelusan PRU...

pic bawah ni AJ amik dari facebook AJ..semak je kt wall facebook AJ
try usha satu kali, if rajin try plak check sendiri kt sini SPR dan JPN (^^,)
nk baca infonya, klik pada link gambar tu...


info klik sini
info klik sini
info klik sini
info klik sini
info klik sini
info klik sini
info klik sini
info klik sini
info klik sini
info klik sini
info klik sini

Wednesday, February 29, 2012

Siapa Aku di Depan Tuhanku

Allahuakbar, Allahuakbar 
Allahuakbar, Allahuakbar 

Subuhnya 
di mana aku berada 
masih enak dalam kelambu rindu 
sambil berpoya-poya dengan waktu 
masa bagaikan menderu 
langkah tiada arah tuju 
fikiran terus bercelaru 
terlupa aku semakin di hujung waktu 
siapa aku di depan Tuhan ku. 

Zohornya 
aku lebih memikirkan kelaparan 
kehausan dan rehatku 
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku 
aku bertolak ansur dengan waktu 
aku terlupa betapa besar kerugian 
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan 
siapa aku di depan Tuhan ku. 

Asarnya
aku lupa warna masa 
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak 
aku masih dengan secawan kopiku 
terlupa panas tidak di hujung kepala 
aku masih bercerita 
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka 
siapa aku di depan Tuhan ku 

Maghribnya
aku melihat warna malam 
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya 
mencari sisa-sisa keseronokan 
tidak terasa ruang masa yang singkat 
jalan yang bertongkat-tongkat 
ruginya bertingkat-tingkat apa aku di depan Tuhan ku. 

Isyaknya 
kerana masanya yang panjang 
aku membiarkan penat menghimpit dadaku 
aku membiarkan kelesuan mengangguku 
aku rela terlena sambil menarik selimut biru 
bercumbu-cumbu dengan waktuku 
siapa aku di depan Tuhan ku. 

kini aku menjadi tertanya-tanya 
sampai bila aku akan melambatkan sujudku 
apabila azan berkumandang lagi 
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi 
kerana di hujung hidup ada mati 
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini 
jika ruangku dibiarkan kosong 
jika wajahku menjadi asing 
pada mentari dan juga bintang-bintang.



Siapa Aku di Depan Tuhanku - Maghrib

Maghribnya
aku melihat warna malam 
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya 
mencari sisa-sisa keseronokan 
tidak terasa ruang masa yang singkat 
jalan yang bertongkat-tongkat 
ruginya bertingkat-tingkat apa aku di depan Tuhan ku. 


- sambung selepas isyak....akhir~