Showing posts with label mustafa mohammad. Show all posts
Showing posts with label mustafa mohammad. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

Hairie Othman Bidas Mustafa Mohammad

"Selebriti sertai PAS bukan untuk, tapi politik" -kata Mustafa Mohammad

dek kerana rasa terpesona dengan ayat itu.. seorang pelakon, 
Hairie Othman membidas kata Mustafa Muhammad itu..


petikan dari Bernama

KOTA BARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai PAS konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata banyak saluran yang boleh digunakan jika benar mereka ingin berdakwah, termasuk menerusi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkim atau badan agama yang lain.

"Kalau nak berdakwah tidak semestinya melalui PAS...boleh pergi ke masjid-masjid, menyertai Perkim atau sebagainya dan tidak perlu kepada parti politik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam dan Pemimpin Tempatan Negeri Kelantan, di sini malam Selasa.

Mustapa berkata penjawat awam yang menyertai pembangkang selepas mereka berpencen, perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka tidak pernah diabaikan.

"Bukan sahaja mereka dibela ketika bekerja malah ketika pencen hidup mereka jauh lebih selesa kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pada hari ini tidak pernah mengabaikan mereka," katanya.

Beliau berkata pada masa yang sama, kerajaan menghormati pendirian mereka untuk menyertai pembangkang kerana negara mengamalkan konsep demokrasi.

"Ini negara demokrasi dan kita menghargai pendirian. Bagi saya penjawat awam itu janganlah lupa jasa kerajaan sehingga pencen pun tetap mendapat perhatian," katanya.

Mustapa berkata tidak ada negara lain seperti Malaysia yang melakukan segala yang terbaik agar penjawat awamnya hidup selesa sehingga mereka pencen. - BERNAMA

betul gak kata Hairie tu.. nampak sangat.. padahal bersepah artis jadi ahli UMNO, siap ada kelab lagi tau..tapi takde plak jadi isu..tapi bila ada artis yg join PAS, terus jadi isu...
oh Malaysia.. apa dah jadi dengan politik sekarang ni... asal boleh jer~
oh lupa,kita kan amalkan demokrasi...
eh,aku demokrasi tu ape ei?