Showing posts with label pantang. Show all posts
Showing posts with label pantang. Show all posts

Friday, February 6, 2015

Perancangan DIA yang sempurna..


Kita hanya merancang, DIA yang menentukan. Kita berusaha, kita tawakkal, inshaAllah DIA bagi yang terbaik untuk kita.

Semalam isteri aku keguguran. Kami redha. Belum rezeki kami untuk tambah zuriat. (^_^)

Salah aku kah? Itu yang berlegar di fikiran aku. Wife aku ada call tengah hari semalam bagitau yang dia sakit perut. Disebabkan aku kerja, aku suruh dia tahan dulu sehingga aku balik kerja. Aku ingat balik kerja nanti baru nak bawa wife pergi checkup. Fikir aku, mungkin biasa je kot.

Tak sedap hati nak tunggu sampai pukul 5petang waktu balik kerja, aku balik awal sikit. Tapi terlambat juga..... Wife pitam, jatuh di bilik air dan berlaku pendarahan. Terus aku bawa wife ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Di HKL, doktor buat pemeriksaan dan sahkan yang kandungan tidak dapat diselamatkan. Wife keguguran ,akibat jatuh dan hentakan kuat. Jadi, doktor terus cuci je saki baki kandungan.

Agak berat sebenarnya menerima kenyataan ini pada awalnya kerana kami baru je gembira menerima khabar kandungan wife. Baru minggu lepas pergi checkup dan doktor sahkan wife mengandung. tup tup harini dah tiada.. 

Terima kasih pada semua yang bagi nasihat dan sokongan. Terima kasih memberi kata semangat. Thanks a lot semua.