Showing posts with label pemandu. Show all posts
Showing posts with label pemandu. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Kelaku Seorang Boss...

kalau loghat/dialek Kedah, kelaku ialah perangai,perbuatan,perilaku. Apa yang Angah nak kongsi ini tiada kaitan pun dengan Angah tapi terjadi pada rakan setugas. Dah 3,4 kali dah menjadi mangsa dengan kelaku Pengarah di tempat kerja dia..

Alkisahnya, rakan Angah ni berjawatan sebagai pemandu. Jadi biasalah kalau bos (pengarah) nak kemana-mana, kenalah bawa..nama pun pemandu kan..

# Bos ni duduk di Bangi, pejabatnya di Kuala Lumpur, pagi tadi bos ada meeting di Putrajaya.

Yang Angah jadi panas hati bila dengar pasal kelaku bos ni... boleh pulak dia suruh pemandu yang dari pejabat KL ke Putrajaya (tempat meeting) semata-mata untuk cari parking kereta untuk dia park nanti. Lepas dia parking kereta, pemandu tu boleh balik semula ke KL.

eloknyalah perangai bos itu..huh! padahal boleh ja dia pegi cari parking sendiri, ini dia nak pemandu datang Putrajaya carikan parking untuk dia.. kamu memang BOS lah..

itu ok lagi sikit la..dari lagi satu kelaku yang memang tak masuk akal bagi Angah.. situasi sama,bos ada meeting di Putrajaya, bos parking kereta di Masjid Putra, dia suruh driver (dari KL) datang ambil di situ dan hantar ke tempat meeting, tunggu hingga meeting selesai then hantar bos ke parking kereta (Masjid Putra) semula, then boleh balik pejabat.

boleh macam tu? bagi Angah tak patut sangat lah.... apanya kelakulah kamu wahai pengarah~ 

oh lupa, pengarah ini seorang wanita~

aku bos! kau kena ikut apa aku cakap!!!