Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

Bila Zayyan Kejar Burung...



Salah seorang sahabat aku ni buat perniagaan burung. Ni salah seekor dari burung dia. Piko kalau tak silap aku nama burung yang ni.. apa jenis ntah aku lupa..ehehehe.

Ada banyak jenis burung dia bela, jual, dan latih. Antaranya Merbah Jambul,Murai Batu, yang macam dalam video tu apa namanya tak ingat, sugar glider pun ada. Faizal nama sahabat aku ni. Boleh lawat FB dia di SINI. Kedainya di area Pulau Pinang.

Video ni masa aku pi beraya di rumah dia, bagi Zayyan tengok burung ni, sekali dia kejar daaaaa... Sebbaik burung ni cerdik, kalau dapat dek Zayyan mau arwah jadinya kena tokak! hehehe

Kelakar tengok gelagat Zayyan, terhibur hati ini (^_^)


Saturday, March 23, 2013

Pengalaman bersama KRJ - Jemaah Islamiah part 2


sambungannya....

Perjalanan diteruskan, setelah barang diagihkan sama rata Angah dapat bahagian bawa beg. Angah kena bawa 4 biji beg. 1 galas depan, 1 galas belakang, 2 lagi kiri dan kanan. Bayangkan beg balik kampung tu di galas depan belakang kiri kanan, berjalan mendaki naik turun bukit selama lebih kurang 9 jam. Ya Allah peritnya rasa.

Kami sampai di kawasan perkhemahan lebih kurang pukul 7.30 malam. Terus selesaikan kewajiban solat maghrib dulu. Selepas itu, proses pemasangan khemah. selesai pasang khemah, kami diberi masa 1 jam untuk makan. Kena masak sendiri, makanan yang dibekalkan kena catu untuk 4 hari. Dengan keadaan yang sangat memenatkan, masak pun ala kadar ja setakat isi perut. Lagi pun kelengkapan yang kurang, dengan tiada sumber air (paip air tiada). Hanya berbekalkan air sungai. Elektrik pun tiada, tandas pun tiada. Memang betul-betul dalam hutan. Tiada sebarang kemudahan. Malam kami hanya diterangi pelita kabat.

Selesai makan malam, dalam pukul 9malam, kami diberi arahan berkumpul untuk solat Isyak, selesai solat kami diberi tazkirah dan taklimat tentang program ini. Keseluruhan jumlah peserta lebih kurang 85 orang, terdiri daripada 8 kumpulan. 1 kumpulan lebih kurang 10 orang. Urusetia 5 orang kalau tak silap. Salah sorangnya adalah komando.

Bermula malam itu juga, kami diberi tugasan untuk berjaga, kawan kawasan perkhemahan secara bergilir-gilir. 1 kumpulan 1 jam. Dalam tempoh berjaga sepanjang malam ini, abg komando tu akan menceroboh mana-mana khemah untuk gunting rambut kami, kumpulan mana yg boloskan/tak dapat kesan komando itu masuk akan didenda keesokan harinya.

Dan, sepanjang 3 malam kami berjaga secara bergilir-gilir, sentiasa berhati-hati, abg komando itu tetap berjaya boleh bolos masuk dan gunting rambut kami. Alhamdulillah kumpulan Angah bernasib baik sebab komando tu bukan masuk semasa kami berkawal. Terlepas lah dari denda. hehe. Dendanya push up 50 kali!!


bersambung.....

sumber cahaya kami di malam hari

sumber air bersih untuk minum dan masak termasuk mandi



baca PART 1 - Klik SINI



Sunday, March 10, 2013

Pengalaman bersama KRJ - Jemaah Islamiah part 1


Bila hari-hari dok dengar berita Lahat Datu, Angah teringat zaman masuk Kadet Remaja Jemaah Islamiah (KRJ) dulu. Tahun 2002 kalau tak silap Angah. Sebelum tertangkapnya pensyarah UUM yang terlibat dengan Jemaah Islamiah dulu, apa namanya Angah pun tak ingat dah.

Tak tahu la Angah mana silapnya, apa yang salahnya. Apa kes sebenarnya dengan Jemaah Islamiah ni Angah pun tak tau.. tau-tau jer pensyarah yang selalu bawa Angah dan kawan-kawan keluar ni tertangkap. Apa jadi selepas tu pun tak tau sebab terputus disitu saja.

Start join KRJ bila pensyarah UUM ni datang bawa kami (geng asrama) join aktiviti diorang. Antara antivitinya, main bola, memanah, berkuda, berenang, tazkirah/usrah dan riadah. Yang Angah nk kongsi ni aktiviti luar KRJ yang kali pertama dan terakhir Angah join. Latihan di satu kawasan di negeri Pulau Pinang. Mana kawasan tak ingat dah aih..lupa dah.. tp kat Penang la..pengalaman yang tak dapat Angah lupakan sampai sekarang.. perit!!!

kami dijanjikan dibawa jalan-jalan ke Pulau Pinang, seramai lebih kurang 40 orang (satu bas),  tetapi sebaliknya, kami dibawa ke tempat lain, tak sangka pulak nak kena masuk HUTAN!! masing-masing dah menggelabah, dah pakai cantik2, hemsem2, takkan masuk hutan.. tapi apa boleh buat, kena ikut je la sebab datang dengan diorg..naik transport diorang.. ikut jer lah..

kami sampai ke satu kawasan hujung bukit dalam pukul 10 pagi, turun je dari bas, kami diagihkan barang-barang keperluan seperti alatan masak, makanan, kelengkapan berkhemah dan lain-lain. Group Angah ada 8 orang, bayangkan masing2 dah bawa beg pakaian. Ini nak kena bawa lagi barang2 yang diorang bagi. Jadi, kitorg pun agih-agih lah sama rata, bawa sorang sikit.

Selepas diberi sedikit taklimat, baru kami tahu, kami bukan nak berjalan makan angin, tapi kami akan ikut satu latihan. Latihan selama 4 hari 3 malam. Selesai taklimat, maka bermulalah perjalanan kami ke kawasan perkhemahan.

kami kena berjalan redah hutan, naik turun EMPAT biji bukit untuk sampai ke kawasan perkhemahan. Bertolak dalam pukul 10.30pg, sampai ke destinasi dituju pada jam 7.30 malam. bayangkan, perjalanan yang lebih kurang 9 jam lebih, letihnyer lah. Sepanjang perjalanan tu, berhenti rehat 2 kali jer, 1st berhenti makan tengah hati dan solat zohor, rehat kedua masa solat asar...


bersambung......




Tuesday, January 8, 2013

Suspek Yang Diburu, Kes di Pulau Pinang


SUSPEK DIKEHENDAKI: Gambar OKT yang diburu pihak Polis setelah melarikan diri ketika dalam perjalanan dari penjara Pualau Pinang ke Mahkamah Butterworth pada 07/01/2013.


hubungi Balai Polis berdekatan kalau terserempak dengan penjenayah di atas.
Sumber - PDRM