Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

Buku Adalah Sahabat

Buku adalah sahabat. Berdampinglah dengan buku. Bersahabatlah dengan ilmu dan bertemanlah dengan makfirah (pengetahuan).

Membaca jabatan ilmu... membaca menambah ilmu... penuhilah masa terluang dengan membaca, dari pada dok hadap facebook, twitter, tanpa arah tujuan, bacalah.. banyak juga ilmu2 yg ada kot FB ni.. pandai2 amik lah..jangan dok kira baca gosip, hiburan je..hehehe.. 

jangan sekali-kali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan.. amatlah tidak elok untuk diri dan hati kita.. efek mambaca ni mendalam juga.. sebabnya bila membaca, imaganisi main peranan... bila dok baca yg xelok, otak berimaginasi benda tak elok, turun ke hati turut jadi tak elok...

tiba2 melalut pasal membaca plak aku ni..ish..ish..ish.. aku kongsi pendapat aku je tau.. kalau salah tolong tegur ye.. (^^,)

antara buku dan majalah yg baik,elok untuk dibaca, penuh dengan ilmu pengetahuan
bahan bacaan aku bulan ini.. (^^,)

Wednesday, February 29, 2012

Tahukah Anda?


  • Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali
  • Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.
  • Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
  • Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
  • Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
  • Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
  • Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  • Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
  • Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
  • Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
  • Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.