Showing posts with label perdana menteri. Show all posts
Showing posts with label perdana menteri. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

PANAS : PM Najib di Akhbar Australia Kes Bunuh

pagi ni kecoh di FB, blog, rata-rata post keratan akhbar Australia mengenai skandal pembunuhan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Betul ke ni? Ntah laa~ baca sendiri lah..

Terpanas ! Akhbar Australia Kaitkan PM Najib Dengan SKandal pembunuhan Altantuya..!!! 

KUALA LUMPUR 14 Jan: Akhbar Australia, The Age meramalkan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjejaskan peluang Umno BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang.Internet di Malaysia sedang ‘panas’ dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan Umno,” tulis portal akhbar itu semalam.

Menurut akhbar berkenaan, pendedahan Deepak juga merupakan sebahagian usaha untuk membongkar misteri pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006.

Akhbar itu turut mengaitkan pembelian dua kapal selam dianggarkan bernilai USD2 bilion pada 2002, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

The Age turut mengaitkan hubungan Abdul Razak Baginda, yang dituduh membunuh Altantuya namun dibebaskan mahkamah pada 2009.

“Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya.

“Terdapat perbalahan dalam Umno yang berkuasa dalam negara selama lebih 50 tahun, kaji selidik terbaru menunjukkan populariti Najib menurun pada paras paling rendah dalam 16 bulan.

“Sebahagian penganalisis berkata, PRU kali ini akan menjadi cabaran terbesar kepada pemerintahan Umno. Najib sendiri mengatakan ia sebagai ‘titik penentu nasib rakyat dan negara’,” akhbar itu dipetik.

http://www.canberratimes.com.au/world/malaysian-pm-caught-up-in-murder-bribery-scandal-20130112-2cmk6.html


-Sumber dipetik dari FB R.A.M.M





Wednesday, October 5, 2011

SIARAN SECARA LANGSUNG UCAPAN BELANJAWAN 2012

Assalamualaikum w.b.t

seperti kita sedia maklum bajet 2012 akan dibentangkan oleh PM kita YAB Dato' Sri Mohd Najib pada 7 Oktober, hari Jumaat ini di Parlimen Malaysia.

so, pada mereka yg bekerja dan tak dapat nak tonton secara live di tv boleh gak nk tgk live..melalui internet atau handphone..

nk tgk live kot internet bolehlah layari :



teks ucapan juga boleh dimuat turun di sana..iaitu di laman portal Perbendaharaan Malaysia

selain tu.. Belanjawan 2012 boleh juga di akses melalui :

Mobile Web – http://www.treasury.gov.my/bajetmobile

so, apa harapan anda dengan bajet 2012 ni..
aku? aku mengharapkan gaji naik!
pleaseeee Najib...naik kan gaji..hehe


Wednesday, May 11, 2011

Info-Info Terkini # 3

assalamualaikom semua (^^,)
selamat pagi..moga semua baik hendakNya..
update info terkini yg Mr iZzo dpt dari sms Hotlink

jom amik tahu :

  • Cukai pendapatan korporat dan individu mingkin dikurangkan dengan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri.
  • Semua pelatih PLKN yang terima surat tawaran ke IPTA dan Matrikulasi tidak perlu ikuti PLKN kumpulan 2 yang akan bermula 15 Mei ini.
  • 10 syarikat jualan kereta mewah import milik Bumiputera di KL diserbu pihak berkuasa atas dakwaan terlibat aktiviti penggubahan wang haram.
  • Penyelidik UKM temui cengkerang dipercayai berusia 200-250 juta tahun di Taman Emas, Kuala Lipis; bukti negara pernah berada didasar laut.
info sukan :
  • Gol sendiri Peter Crouch menyebabkan Tottenham Hotspur tumpas 1-0 kepada Manchester City yang kekal di yangga ke-4 Liga Perdana Inggeris.
cengkerang berusia 200-250 juta tahun -sumber gambar,Utusan