Showing posts with label planetarium negara. Show all posts
Showing posts with label planetarium negara. Show all posts

Saturday, April 12, 2014

Yuri's Night




Jemput hadir malam ni ! awesome! 

sejarah Yuri's Night, apa itu Yuri's Night
tengok sini - Sejarah Yuri's Night

throwback Yuri's Night tahun-tahun yang lepas...




Saturday, November 23, 2013

Bertugas di hari minggu...


Bertugas di hari minggu memang amat menguji mental dan fizikal. Sapa setuju angkat tangan ! hehe. Yang bekerja sendiri lain lah kan, ni untuk mereka yang makan gaji je. Nak plak penjawat awam seperti aku ini haaaa..besar wooo cabaran dan dugaan kerja hujung minggu ni..

Dikala orang lain menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga tersayang, aku masih lagi menjalankan tugas seperti biasa. Nak pula, buka facabook, tengok orang update status berjalan sana sini, buat aktiviti itu ini kan, fuh! menimbulkan rasa cemburu yang teramat sangat.

Ya, dulu masa aku mula bertugas, memang aku rasa macam tu, tetapi tidak sekarang ni, alhamdulillah dah boleh terima dan selesa dengan keadaan begini. Takde dah rasa terbeban atau nak merungut mengeluh bagai. Layan jer.. apa yang penting enjoy dengan kerja yang dibuat, redha dan syukur. InsyaAllah semuanya lancar...

Pandang dari sudut lain, dapat juga tambah duit poket sebab bertugas lebih masa dibayar elaun lebih masa, kelebihan tu! tak semua orang merasa buat 'overtima' kan? jadi syukurlah.. (^_^)

yang penting? kita enjoy!!! (sambil lompat gaya Nora Danish) ahaks! (^_^)


nak main ni? meh leh datang sini - Planetarium Negara



Saturday, June 1, 2013

Maaf bro, lu yang tidak prihatin...

Alkisahnya seorang suami memaksa isteri yang sarat mengandung 8 bulan panjat bukit, mandaki tangga yang sejauh lebih kurang 200meter. Then marah aku???

AJ bertugas seperti biasa hari ini.. bertugas dimana? baca SINI

Tiba-tiba datang seorang mamat ni marah-marah di kaunter tiket, dia doktor katanya dan dah familiar dengan tempat ini, dah selalu datang. Dia datang bersama isteri yang mengandung 8bulan dan anak berusia setahun. Kenapa dia perlu mendaki tangga ini dan tidak boleh parking di kawasan berdekatan bangunan pameran. Jarak kawasan parking dengan bangunan pameran lebih kurang 200 meter. Bangunan pameran atas bukit, jadi dia kena mendaki kalau parking kereta di kawasan parking kereta tu. 

Selalunya pengawal akan bagi kereta pengunjung yang OKU, mengandung, warga emas untuk masuk drop off dia atas, tapi entah macam mana miscommunication dia dengan pengawal entah, pengawal tak benarkan dia masuk kereta dan suruh dia parking di tempat parking.

AJ tak nafi lah memang ada miscommunication disitu, salah pengawal lah tak benarkan dia masuk.. TAPI, sebagai suami dia patut fikirla juga keadaan isteri dia tu. Jauh kot mendaki bukit ni.. dah la mengandung 8bulan, bawa anak kecil umur setahun lagi.. nak kata anak dia yg berminat sangat nk melawat, anak kecil lagi..tak la kot, nk kata isteri mengidam mungkin juga.. hehe.. 

pada abang doktor itu, kalau abang tak naik pun xde masalah lah bang.. kesian AJ tengok bini abang tu.. mengah-mengah.. kalau terberanak? dah jadi satu hal.. tak rugi pun kalau abang tak mendaki ke sini.. dah la paksa bini mendaki, then bila bini mengah,penat, AJ yang kena marah.. hmmmmmm.. kalau lu prihatin dengan keadaan bini lu, lu tidak akan paksa dia mendaki.. so? jangan salahkan orang lain lah bro...


Google Image- (^_^)




Saturday, March 23, 2013

Tetamu Tak Di Undang

Camner nak buat ni? Nak halau takut di serang.. nk bg masuk tak dibenarkan.. hehehe

perkara biasa di sini, orang nak melawat, 'dia' pun sibuk nak melawat, habis lari pelawat takut tengok beruk-beruk ni.. hehe. walaupun kami dah biasa tapi masih tetap berwaspada. Mana tau kot-kot dia naik angin.. APTB nanti.. bahaya woooo









Earth Hour at Planetarim Negara




Marilah beramai-ramai malam ini ke Planetarium Negara untuk memeriahkan sambutan Earth Hour 2013. Banyak aktiviti yang akan diadakan. Series superb! 

Antara aktiviti menarik malam ini Pencerapan Malam, Planet Lantern, Light Painting Contest dan Paper Plane to Glow In The Dark. 

Selain itu ada juga ceramah tentang Pencemaran Cahaya, tayangan video rasmi Earth Hour 2013, persembahan istimewa, NightWalk dan kuiz.

Datanglah ramai-ramai ye, bawa semua adik,abang,kakak,atuk,nenak,sedara mara, orang kampung semua.. hehehehe (^_^)

Angah akan berada disini dan bertugas di aktiviti Paper Plane to Glow In The Dark! apa benda tu? haaaa, kena la datang.. jumpa anda di Planetarium Negara.



Wednesday, February 13, 2013

ASTEROID 2012 DA14 MELINTASI BUMI

13 Feb 2013 – Satu asteroid kecil akan melintasi hampir dengan Bumi pada 15 Feb ini, dengan anggaran jarak 28,000km. Asteroid bersaiz diameter sekitar 50m ini telah dijumpai oleh astronomer amatur yang dibiayai oleh ESA (Agensi Angkasa Eropah) di Sepanyol.

Asteroid yang diberi nama khas 2012 DA14 ini juga dianggarkan seberat 130,000 tan, dijangka tidak akan terhempas pada permukaan Bumi dalam masa terdekat. Orbitnya boleh dikira dengan agak tepat menggunakan pangkalan data NEODsyS kepunyaan ESA. 

Asteroid ini akan melintasi Bumi pada kelajuan 7.8km/s pada anggaran jarak paling hampir 28,000km. Menariknya, jarak ini adalah lebih hampir jika dibandingkan dengan orbit satelit-satelit komunikasi seperti Measat, yang berada pada orbit geostationary. Namun disebabkan orbit 2012 DA14 yang berlainan, iaitu dari sudut bawah dijangka tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada satelit-satelit di orbit tersebut.

2012 DA14 akan berada paling hampir dengan Bumi pada 19:40GMT pada hari Jumaat ini, 15 Feb. Kemunculannya mula dikesan pada jarak 7x jarak Bulan. Observatori Negara Langkawi akan turut membuat pemantauan dari segi rakaman imej pada hari lintasan ini berlaku







Sumber : Langkawi National Observatory, ANGKASA



Thursday, November 22, 2012

Program Pencerapan Gerhana Bulan Penumbra dan planet Musytari (Jupiter)


Bersempena dengan fenomena Gerhana Bulan Penumbra (Penumbra Lunar Eclipse) Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan berbesar hati menjemput YBhg Datuk/Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan dan keluarga untuk bersama-sama menyertai program di atas. Untuk makluman, selain daripada menyaksikan Gerhana Bulan Penumbra, orang ramai juga akan berpeluang untuk mencerap planet Musytari (Jupiter), menyertai pertandingan TRIVIA, mendengar penerangan berkenaan gerhana dan sebagainya.

Maklumat berkenaan program pencerapan tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh                 : 28 November, 2012 (Rabu)  
Masa                   : 9:00 malam hingga 11:00 malam
Penyertaan         : PERCUMA
Tempat                : Planetarium Negara,  Kuala Lumpur
Kordinat GPS     : 3°8'22"N 101°41'20"E


Tuesday, September 11, 2012

Kejadian Pagi 10.09.2012. Takziah pada Mr Yew Keng Siang


Below are photos of what happened to an old man (Mr Yew Keng Siang, about 57 years old) near fountain area at Planetarium Negara yesterday morning between 7.45am to 8.15am. We have tried our best to help him. Unfortunately, according to HKL, he has passed away. L

takziah to Mr Yew Keng Siang




Wednesday, March 28, 2012

Sambutan Ulangtahun ke 18 Planetarium Negara | Night at Planetarium

Sticky post | Post Terbaru di bawah


Planetarium Negara dibawah Agensi Angkasa Negara bakal mengadakan
sambutan ulangtahun ke18 pada 31 Mac 2012 nanti...
tempat di Planetarium Negara,Kuala Lumpur
pelbagai aktiviti menarik akan diadakan...

antara yang aktiviti yg terbest bg Mr.iZzo ialah
Night at Planetarium & Earth Hour
Pencerapan Malam, Planet Lantern
Wonders of Universe

datanglah ramai-ramai nanti ye...
yg dah berkeluarga, boleh bawa anak-anak...
banyak juga aktiviti untuk kanak-kanak...

Mr.iZzo share sikit atucara program tu nanti...

PROGRAM SAMBUTAN ULANG TAHUN PLANETARIUM NEGARA
31 MAC 2012, SABTU
PLANETARIUM NEGARA
Masa
Aktiviti
7.00 pagi
Pendaftaraan (tentative)
7.30 pagi – 8.30 pagi
Senamrobik
8.30 pagi
Pendaftaraan
9.30 pagi – 10.30 pagi
Pertandingan Mewarna
  • Tadika
  • Sekolah Rendah (1,2,3)
  • Sekolah Rendah (4,5,6)

Pertandingan memasak – Space Recipe - 20 kumpulan 
  • ( 2 orang 1 kumpulan)

Lawatan ke Balai Cerap

Pencerapan matahari Telescope

Aktiviti bersama Clown

** kuiz/lucky star akan diadakan pada masa yang terluang

10.0   agi
Pendaftaraan Sekolah Jemputan
11.00 pagi – 12.00 tgh




12.00 tgh – 1.00 ptg

Sambutan Ulang Tahun
·         Acara memotong kek
·         Penyampaian Hadiah

Ceramah Keunikan Matahari
·         Q&A

Aktiviti Face Painting

** kuiz/lucky star akan diadakan pada masa yang terluang

1.00 petang
Solar Storm

Jamuan ringan (tetamu jemputan)

1.00 petang – 4.00 petang
Tayangan percuma untuk menyaksikan tayangan dan filem



A NIGHT@PLANETARIUM
in conjunction with Earth Hour 2012

Tarikh             : 31 Mac 2012 (Sabtu)
Tempat           : Planetarium Negara, Kuala Lumpur

Masa
Aktiviti
7.30 pm
Pendaftaran
8.00 pm
Pencerapan Malam (spjg malam)
Planet Lantern (spjg malam)
8.30 pm
Tutup Lampu Kompleks
Wonders of the Universe
(sharing session for astrophotography taken by amateur astronomer)
Planetarium Show & Lucky Draw
Wayang Pacak (~2 jam)
* “Transformers: Dark of The Moon
Nightwalk (sekitar kompleks PN)
Space Hunt (kompas)
10.15 pm
Lucky Draw - MC
10.30 pm
Bersurai

Thursday, March 22, 2012

Hadiah Hari Jadi 2012

hadiah hari jadi Mr.iZzo tahun ni..hehehe (^^,)
thanks pada semua yang wish birthday Mr.iZzo 15.03 yang lalu...
moga hari ini lebih baik dari semalam...





Wednesday, March 21, 2012

Tidur di tempat kerja

mood sekarang mengantok yang teramat sangat lah ngantoknya..
sebab? terlayan movie malam tadi..tidur lambat..hehe
nak tidur tak boleh..kerja oh kerja
nak jer buat macam mamat bawah ni........
boleh tak?


Sunday, March 11, 2012

Demam+Kerja+Movie

minggu ni giliran aku bekerja..so bekerja lah aku di hari ahad ini..huhu
yang tak bestnya..aku demam! oh malas dan tak laratnya badan ini..

nasib baik lah hari ni tak ramai orang.. dapatlah relax skit..
mata ni asyik nak terpejam ajer...
nak elak dari terlelap..layan lah movie Chantek...

aper aktiviti korang harini?
xder gi mane? meh la sini..Planetarium Negara..hehe
melawat org demam..eh silap, melawat Planetarium laaaa



Thursday, February 23, 2012

Percuma itu FREE!!

kisah benar ini berlaku di Planetarium Negara (PN)..hehe

akak   : dik, nk masuk PN bayar berape ye?
aku     : kak nak masuk pameran sahaja ke nak tengok tayangan sekali?
             kalau pameran percuma, tayangan kena bayar
akak   : oooo..kalau camtu pameran je lah
aku     : okey..akak boleh masuk, ini tiketnya..percuma je kak
akak   : ooo ye ke...percuma berape ringgit?
aku     : percuma je kak, akak boleh masuk terus je..
akak   : ye laa..berapa ringgit?
aku    : percuma kak, tak payah bayar.. percuma! (kuatkn sikit suara)

dengan nada yg tinggi dan marah..sedikit muka sememeh (muka taik) haha

akak   : akak tahu la percuma tapi berapa ringgit??!!! (sambil hulur note RM50)
aku    : (muka yg hampir bebal tp still senyum sikit2)
            akak, percuma itu free.. maksud free tu percuma, iaitu tak perlu bayar..
            free je kak, xyah bayar pun
akak   : ooooo...free ei (terus pusing dan jalan masuk PN)

maybe da malu kot..hahahaha

rasa nak je jentik dahi akak tu...nk kena cakap omputih rupanyaaaa...
percuma tak faham... FREE baru faham..hahaha

ada jugak ye macam ni..hehe (^^,)

Thursday, November 3, 2011

Indahnya CiptaanNYA

assalamualaikum w.b.t

jom puji keindahan alam semesta...subhanallah
jauh dan banyak lagi yg belom kita manusia terokai

ni imej yg diambil rakan2 sepejabat di Balai Cerap Selangor
Image Processing using IRIS software@Balai Cerap Selangor.
Local Time: 12:10 AM, 03 Nov 2011.

klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas

Kem Alami Sesi 3 di Planetarium Negara

Agensi Angkasa Negara, Planetarium Negara kini membuka pendaftaran untuk Kem Alami sesi ke 3!!!
Jom join! tapi terbuka untuk adik2 sekolah rendah jer..hehe (^^,)

yg ada anak, nak anak merasai pengalaman baru dan ilmu baru..boleh la join
mR iZzo sendiri terlibat dengan Kem Alami ni... (^^,)

Program Perkhemahan Kem Alami berlangsung selama 3 hari 2 malam
pada tarikh 20-22 November 2011
bertempat di Planetarium Negara, Kuala Lumpur

Tempahan pendaftaran boleh dibuat melalui telefon
bayaran cuma RM50 sahaja...

pada yang berminat boleh hubungi Planetarium Negara 03-22735484
atau datang terus amik borang di Planetarim Negara...  (^_^)



Thursday, October 6, 2011

Projek Astronomi Terbesar

Assalamualaikum w.b.t

semalam sy ada share gambar galaksi sejauh 70 juta tahun cahaya
hari ni sy nk share teleskop yg diorg guna untuk amik imej tersebut..


rujuk SINI

ada 66 antena ketepatan tinggi dibina yang berfungsi sebagai sebuah teleskop.
apabila siap dipasang, ia akan mampu menemui galaksi yang sebelum
ini tidak dapat dilihat bagi tempoh 3 minit.

benda ni akan digunakan sepenuhnya pada tahun 2013.

dah tgk imej galaksi sejauh 70 juta tahun cahaya? belom tgk SINI

Wednesday, October 5, 2011

Imej Galaksi Sejauh 70juta Tahun Cahaya

Assalamualaikum w.b.t

jom tengok keindahan dan kebesaran Allah s.w.t


Imej pertama yang dirakam oleh sebuah teleskop berkuasa tinggi di gurun Atacama, Chile kelmarin menunjukkan satu pasangan galaksi yang terletak sejauh 70 juta tahun cahaya dari Bumi.

SANTIAGO, Chile - Sebuah teleskop yang berkuasa tinggi merakamkan gambar galaksi buat pertama kali kelmarin dari gurun Atacama, Chile.

Ia merupakan projek astronomi terbesar di dunia melibatkan kanada, Chile, Kesatuan Eropah, Jepun, Taiwan dan Amerika Syarikat.

Imej pertama itu dirakamkan oleh 12 daripada 66 radio teleskop yang dipasang di gurun berkenaan.

Satu gambar yang dirakamkan teleskop itu menunjukkan satu pasanngan galaksi yang berlingkar dengan buruj Corvus yang terletak sejauh 70 juta tahun cahaya dari Bumi - AFP.

Tuesday, September 20, 2011

Kursus Asas Pertolongan Cemas dan CPR

assalamualaikum w.b.t

semalam 19.09.2011 aku bersama rakan2 sepejabat mengikuti Kursus Asas Pertolongan Cemas dan CPR. Alhamdulillah kursus berjalan lancar dan penyampaian yg terbaik dari En. Aziz dan En. Wan membuatkan semua peserta kursus kusyuk sampai tamat kursus.

selalunya kursus2 ni bosan, mengantok semua ada..tapi tengok penceramah gak la kan..kalau penyampaian ok, pandai ambil hati pendengar..ceramah xla jadi boring..
ini mendatar je dari mula sampai habis..mau separuh kelas tidur ditengah jalan..hehehe

sesi ceramah di selang seli dengan sesi praktikal.

minggu depan exam...lepas exam dan lulus baru dapat sijil. dah ada sijil baru layak untuk bagi pertolongan cemas kt orang... baru diiktiraf.. (^^,)


Sunday, September 18, 2011

NASA Aidilfitri Open House

assalamualaikum w.b.t

dah bersawang dah ni..hampir seminggu xusik blog..huhu..so busy!

khamis lepas, NASA buat Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011..
ye ye je NASA..nama nak best je..hehehe (^^,) 
National Space Agency atau nama sebenarnya Agensi Angkasa Negara

sambutan Aidilfitri tahun ni ada kelainan sikit..buat ala ala santai gitu...
di bawah pokok di taman, buat bbq, panggang memanggang..
ada plak karaoke dan beberapa aktiviti lain..meriah abis!




tq abang2 catering (^^,)
abg Mat Tom Kurus..hehe 
Mr iZzo vs En. Hamka

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #9