Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Bela Lebah


Dulu arwah abah ada bela lebah. Masa tu memang selalu lah minum madu. Madu segar! fresh! ambil dari sarang terus makan atau perah ambil madu dan minum. 

Sekarang ni nak dapat madu yang betul-betul original pun susah. Kalau ada pun harganya agak mahal. 

Masa abah bela lebah dulu, boleh kata kerap kali jugalah aku disengat lebah ni. Sangkar/rumah/sarang lebah ni abah buat sebelah rumah je. Jadi masa nak ambil madu tu, memang kena hati-hati sebab lebah ni berkeliaran. Kalau tak hari-hati memang kena sengat la..



Masa pergi melawat rumah lama haritu, aku tengok masih ada lagi tapak sarang lebah yang abah buat. tinggal tiang kayunya je (dalam bulatan). Kotaknya dah tiada.

Sebelum kami pindah dulu pun lebah-lebah ni dah lari dulu! pindah juga..hehe. Lebah ni lari sebab kena kacau dek kerengga dan tebuan. Asyik dok kena kacau je, lebah ni pun pindah juga..hehehe.



Saturday, August 24, 2013

Tolong 'kemas' Almari...


Alkisahnya aku terbangun lewat pagi tadi, kelam kabut sikit jadinya.. Terburu-buru mandi, solat, bersiap nk pi kerja. Aku kerja harini... Kelam kabut punya pasal, ambil baju dalam almari, lupa tutup pintu almari.. hehehe

Disebabkan pintu almari tidak ditutup, adalah orang yang nak tolong kemaskn almariku itu.. jadilah macam gambar bawah ni haaaaaa.. 






ibunya hantar gambar ni tadi..hehehe.. senyum saja tak perlu kata apa-apa  (^_^) 

Ibu!! tolong kemas ye, abah kerja ni..hehehehe




Saturday, July 20, 2013

Yeaahh.. saya dah mandi !

Sekarang ni mudah nak mandikan Zayyan.. Sebabnya Zayyan dah suka main air.. hehe.. pantang ajak mandi, laju jer menuju ke bilik air. 

Geram pulak tengok Zayyan berkemban camni.. kena gomoi juga dengan abah ni jap lagi...hehehe (^_^)







Lambakan Warga Asing


Isu warga asing ni bukanlah isu baru. Dah lama dah isu ini menghantui warganegara Malaysia. Tambahan pulak penghuni rumah pangsa atau flat sekitar Kuala Lumpur ini. Makin hari makin bertambah warga asing ni. Di kawasan Angah tinggal pun dah semakin ramai sangat dah. Penuh dengan orang dia jer. Rimas sangat dah dengan mereka itu..

Macam-macam masalah diorang ni,contoh, naik lif nak berebut-rebut, diorang ni jenis berkelompok. kalau datang 1 group 8 orang, mesti 8 orang tersebut naik lif, tak boleh tinggal sorang pun.. sesak-sesak pun diorang sumbat gak, kalau tak muat, semua turun. 

Malam-malam mabuk, minum arak pastu botol bersepah. Bila dah mabuk buat bising, merayau maracau sana sini. Anak-anak bersepah, nakal tu xyah cakap lah.. satu flat dia boleh marathon..

Pernah buat aduan pada pihak yang berkenaan. Dah banyak aduan sebenarnya dibuat, tapi apa boleh buat, kita ni pengadu jer, dah 'mereka' itu tidak mahu ambil tindakan, kita ini tanggung jer lah, ntah apa masalah pihak berkenaan pun Angah tak tau lah, tak boleh ke ambil tindakan. Aduan dah berlambak dah.. ke dah 'makan' banyak kot, seperti biasa.. hmmmmmm..

redha jer lah sekarang ni.. hadap jer lah.. nk harap pihak berkuasa ambil tindakan memang tak la kot.. 

percaya pada kata menteri tu 'Malaysia masih aman' ... aman lah sangat yang teramat sangat aman


Sumber : Google Image



Wednesday, July 3, 2013

Tukang kemas rumah baru!





Baru je lepas tukar pampers Zayyan ni, seluar pulak kotor dah, pampers bocor. Maybe pakai tak betul kot awal tu.. hehehe..

Ibunya gi amik seluar baru.. then tengok Zayyan dah atas meja laptop tu haaa.. satu-satu barang dari rak tu dicampaknya.. hehehe.. kesian ibunya nk kena mengemas semula (^_^).

Rajin anak abah ni mengemas ye.. takpe, kasi ibunya mengemas lebih sikit, senaman.. hehehe

Nak kena alih dah rak tu, kang Zayyan memanjat tanpa pengetahuan ibu dan abahnya bahaya. Boleh tumbang kalau Zayyan bergayut di rak tu. Mana la tahu kot ibu abahnya ralit. Sebelum apa-apa berlaku, lebih baik elakkan dulu.






Tuesday, July 2, 2013

Staf Baru dan Termuda TM

Staf termuda TM sibuk pasang cable moden streamyx.. hehehe

Makin rajin Zayyan mengemas rumah sekarang ni.. Letih, tp menghiburkan (^_^)

Wednesday, March 28, 2012

Gambar | Rumah Giorgio Armani's








Monday, June 13, 2011

Fasa ke 4 Rumahku

assalamualaikom

Mr iZzo kongsi aktiviti di kampong selama 5 hari aritu..
upgrade rumah lagi! hehe..kali ni dah masuk fasa ke 4..

seronok kalau dok kampong ni...
tak perlu lah nak upah indon atau mana2 tukang
sebab sifat kejiranan masih ada di kampong..
ada jer orang datang tolong..

tolong menolong..gotong royong..best!
buat kejer pn tak la penat sangat..
seronok tau~

lori simen sampai
landasan simen nk lalu..hehe
ratakan simen
bekerjasama
boss n along
90% siap..hasil penat lelah
jamuan..huhu - bihun gorang+rebina ais
relax sat~ penat woo

lagi gambar dalam FB Mr iZzo ye~ (^^,)