Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Friday, September 27, 2013

Tahniah Sahabat-sahabatku...


Alhamdulillah, baru-baru ini ada 3 orang sahabat aku telah  menimang cahaya mata. 2 orang baru bergelar seorang ayah, zuriat yang pertama, lagi seorang zuriat yang ke 3. Alhamdulillah.

Tahniah dari aku pada anta-anta semua (^_^). Moga bertambah barakah dalam hidupan kalian. Moga anak-anak kalian membesar dengan baik hendakNYA.


Puteri sulung Faizal 
Tahniah Faizal.. sahabat aku ni seorang usahawan burung..pakar burung..boleh tengok SINI. Sugar glider pun ada.Dia juga ada buka kedai bantal kabu original di Tesco Seberang Jaya.


Puteri sulung Ustaz Malik
Tahniah Ustaz Malik. Sahabat aku yang ni juga seorang  usahawan. dan ustaz. Dia ada buka travel agensi. Ada iklan di bawah header aku tu.. Az-Zuha Group Travel&Tours Sdn. Bhd. Sudi-sudilah klik ye..hehe


Putera ke 3 Uztaz Hadi
Tahniah Ustaz Hadi. Juga seorang usahawan berjaya, selain giat dengan jemputan ceramah/kuliah. Juga owner kepada Az-Zuha Group Travel&Tours Sdn. Bhd. Nak umrah, upah haji, melancong ke boleh lah klik iklan Az-Zuha di atas blog aku ni.. (^_^) Harga memang berpatutan.





Wednesday, September 4, 2013

Bila Zayyan Kejar Burung...



Salah seorang sahabat aku ni buat perniagaan burung. Ni salah seekor dari burung dia. Piko kalau tak silap aku nama burung yang ni.. apa jenis ntah aku lupa..ehehehe.

Ada banyak jenis burung dia bela, jual, dan latih. Antaranya Merbah Jambul,Murai Batu, yang macam dalam video tu apa namanya tak ingat, sugar glider pun ada. Faizal nama sahabat aku ni. Boleh lawat FB dia di SINI. Kedainya di area Pulau Pinang.

Video ni masa aku pi beraya di rumah dia, bagi Zayyan tengok burung ni, sekali dia kejar daaaaa... Sebbaik burung ni cerdik, kalau dapat dek Zayyan mau arwah jadinya kena tokak! hehehe

Kelakar tengok gelagat Zayyan, terhibur hati ini (^_^)


Tuesday, September 3, 2013

Tahniah sahabatku...


Sabtu dan  Ahad lepas aku berkesempatan menghadiri dua majlis Walimatulurus kawanku. Tahniah, selamat pengantin baru aku ucapkan. Moga sentiasa dalam redha dan rahmat-Nya dalam menggalas tanggungjawab baru ini. Moga cepat dikurniakan zuriat (^_^)

Amy dan pasangan - Majlis di Rumah 500,Peramu 3, Pekan, Pahang

Zaidi dan pasangan - Majlis di Taman Danau Kota, KL


Barakallah hulakuma wabarakah alaikuma wajamaa' bainakuma filkhair- (^_^)




Friday, August 2, 2013

Iftar di JW Marriott Hotel


Sekitar Majlis Iftar di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur. Angah dapat jemputan dari sahabat Ahmad Ali. Thanks a lot bro~ (^_^)









Zayyan dok geram nk pi kolam..hehe
peeewit!!




Sunday, July 21, 2013

Berbuka Puasa Bersama Ex-SKLM

Alhamdulillah, semalam 20.07.13 bersamaan 11 Ramadhan 1434 sekali lagi Angah dapat berkumpul bersama sahabat-sahabat sekolah rendah dulu. Moga ukhwah yang dah 20 tahun lebih ini berterusan hingga akhir hayat, In Sha Allah. Tahun lepas semua datang lenggang jer, tahun ni alhamdulillah dah bertambah ahli baru, ada yg datang bersama anak, termasuk lah Angah..hehe

Tahun ini kami berbuka di D'Hajar Cafe, Shah Alam. Dekat dengan Stadium Shah Alam je. Tak la susah nak cari jalan ke sana. Hidangan makanan disediakan dalam bentuk buffet. Harganya pun sangat berpatutan. Hanya RM29.99 jer, RM30 la senang citer.. RM29.99 tu harga psykologi je sebenarnya.. hehe. Pandai D'Hajar Cafe.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. (^_^)
 















Saturday, January 19, 2013

Membina rasa hormat

Berapa ramai antara kita yang mana kerana ego, bongkak, maruah diri, takut hilang hormat, berlagak mati-mati tidak mahu megaku kesilapan yang dilakukan?

Ketahuilah sahabatku, ia bukanlah seperti apa yang kita fikirkan...

Ironinya - ramai yang nak dapatkan hormat orang pada dia dengan mempertahankan yang dia memang betul walaupun salah. Kelaku seperti itulah sebenarnnya yangn buat orang hilang rasa hormat pada dia.

Ramai yang takut nak mengaku salah sendiri sebab takut orang dah tak respect nanti tetapi ramai yang tak sedar bahawa denga mengaku salah/silap sendiri sebenarnya akan membuatkan orang hormat kita.

Kalai kita mengaku silap sendiri, itu merupakan tindakan yang berani, bukan semua orang mampu buat macam tu, jadi secara lagsung atau tidak langsung, orang akan mula rasa hormt pada kita.. sayangnya ramai antara kita susah nak buat macam tu..(^^,)

Tak berani mengaku silap akan bagi tekanan pada diri sendiri sebenarnya. Kita akan rasa tertekan,gangguan emosi,takut.

Sebaliknya kalau kita mengaku silap kita, kita kan rasa lapang, lega, terlepas segala masalah...

Hati senang, orang pun senang, hormat pun dapat.. (^^,)




Tuesday, May 15, 2012

Kenduri Melanda..Oh Kenduri..

oh banyaknya lah kenduri ujung bulan 5 dan awal bulan 6 nie...
dah 15 jemputan aku dapat.. so, kena la susun jadual betol2..huhu

kenduri bulan 5
maaf ye kawan-kawanku yang kenduri ujung bulan 5 ni...
maaf sangat2 aku tidak dapat nak hadirkan diri. jadual padat!
jarak, cuti, kerja, masa, <--semua kena amik kira ni
apa pun aku ucapkan tahniah, selamat pengantin baru ye~
barakallah hulakuma (^^,)

kenduri awal bulan 6
kawan2 yang kenduri awal bulan 6, insyaALLAH aku sampai
ni pun dok susun jadual dah, mana yg nk pergi dulu
mana yg kemudian..dah buka map dah ni..susun jalan..hehe

maaf sekali lagi andai ada yang aku tak sempat nak hadirkan diri..
apa pun pada bakal pengantin semua, aku ucapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU, SELAMAT DATANG KE DUNIA BARU
SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB
MOGA BERBAHAGIA HINGGA KE SYURGA
akhir kata
BARAKALLAH HULAKUMA (^^,)

Wednesday, April 25, 2012

Majlis Walimatul Urus DeQno & Ekin di Pekan,Pahang

hari Sabtu lepas, aku dan isteriku bersama anak angkatku ke Pekan, Pahang
menghadiri masjlis perkahwinan sahabatku Matnor dan isterinya Ekin
majlis sebelah perempuan di Mersing aku tak dapat hadir sebab kerja..
lepas kerja, Sabtu petang baru aku bertolak ke Pekan...
Majlis sebelah lelaki esoknya, hari Ahad.. dapat la aku rehat sekejap, round2 Pekan

alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna..
tahniah dari aku, Mr.iZzo dan isteriku Fasha...
moga berkekalan ke ahir hayat sampai syurga (^^,)
barakallah hulakuma












Wednesday, March 7, 2012

Muhasabah Diri - Ikhlaskah Kita Dalam Persahabatan

kredit to iluvislam.com

Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah – ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kit apula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata mata kerana kita sekepala.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawankita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menhargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.
Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini….dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbin atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..
Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata kata takkan bermakna jika dibiarkan kata kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja…


Tuesday, April 5, 2011

Ukhuwwah Fillah

segalanya yg berlaku didunia ni adalah dengan kehendakNYA...
kun fa ya kun- maka jadi,jadilah...
apabila DIA menghendakkan sesuatu itu terjadi,
maka jadi lah ia.. Qada dan Qadar.. (^_^)

minggu lepas, Mr iZzo nak ke Putrajaya, saja nk jumpa member dr Pekan, diorg turun sini, saje ajak lepak2 minum2.. janji nk jumpa hari rabu, pastu rasa berat je nk pegi..hehe..maklumla, balik kerja kul 5.00ptg.. letih+penat=malas dah nk kuar..so,xjadi la kuar mlm tu..tukar,janji plak nk jumpa esok harinya, hari khamis..

disebabkn xnak jadi mcm semlm, pas kejer Mr iZzo terus gerak ke sana..
Janji nk jumpa selepas maghrib, so Mr iZzo rasa mcm awal la pulak nk terus ke putrajaya..so, Mr iZzo pn pikir baik aku kerumah member dulu lah, kt Bandar Sri Putra, Bangi.. call member (Zamir) xdapat..msg pn xreply.. ish..maner pegi Zamir ni, ada di rumah ke xde ni.. tp, hati ni rasa nk pegi jer.. terus je la.. redah je.. kalau ada, ada lah..kalau xde pn xper la..so, Mr iZzo pn terus je ke sana..

sampai je rumah Zamir, tengok moto xde. org pn mcm xde.. ahhh sudah.. memang xde org la ni..so, Mr iZzo pn duduk je la di moto tgk2 hp..niat tu nk relax2 kejap, hilang kn letih drive dr kL ke Bangi..
tup..tup..tiba2 ja Hadi muncul dr depan..terkejut Mr iZzo.. Hadi sahabat Mr iZzo dr Kulim,Kedah.. dia pn pelik macam mana Mr iZzo ada di situ..huhu.. rupanya dia pun baru sampai jer.. dia mai dengan adik dia, juga sahabat Mr iZzo, Malik.. Malik kerja di Indonesia..

SubhanALLAH...aku bersyukur atas pertemuan ini..cukup elok, indah, cantik sungguh aturanMU Ya ALLAH..memang ada niat pn Mr iZzo nk jumpa diorg ni.. jadilah pertemuan yg xdiduga.. malamnya, geng Pekan msg,xjadi jumpa plak.. Ya ALLAH, engkau aturkan dengan sempurna sekali.. so Mr iZzo lepak je dengan diorg mlm tu.. kul 12.15pg baru Mr iZzo gerak balik rumah..alhamdulillah..(^_^)

kami di UK,S7
Ustaz shahir dan Ustaz Malik
Ustaz Hadi dan Ustaz Shahir
Ustaz Firdaus dan iZzo (^_^)