Showing posts with label sakit hati. Show all posts
Showing posts with label sakit hati. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

Aku yang dianiaya...


Sedih hati ini bila dianiaya dan difitnah, lagi menyedihkan bila penjelasan kita tidak diterima. Hanya Allah tahu betapa kecewa dan sakit hati ini. Moga Allah beri petunjuk pada mereka itu..

bawah ni copy paste dari : www.dakwahsunnah.com dan Bicara Agama

firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujuraat: 6)


{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ } [المائدة: 8]
 
Artinya: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang akamu kerjakan." (QS. 5:8). 






Wednesday, January 9, 2013

Sangkar Burung dan Hasad Dengki


Cantik kan sangkar di atas? memang superb! hasil seni yang sangat halus. Setiap batang buluh tu ada ukiran tau.. sayang tak sempat snap gambar. Memang cantik dan berseni. 

Sayangnya sangkar ini terbiar begitu saja, penuh habuk dan usang. Mana tidaknya, tuan punya sangkar sudah tiada. Sangkar ini milik arwah tokwan aku. Ini sangkar kesayangan arwah. Arwah tokwan beli di Siam pada tahun 1989 kalau tak silap aku, aku baru umur 4 tahun masa tu..hehe. Tokwan beli dengan harga RM800. Mahal la jugak sangkar ni, kalau zaman tu RM800,dibanding dengan sekarang mahu RM7000-8000. WOW!

alkisahnya, aku tengok sangkar ni unik dan cantik, lagipun aku tahu sejarah sangkar ni sikit-sikit. Dari dibiar sangkar ni usang dan terbiar, aku berhajatlah nak ambil buat hiasan dirumah. Aku suarakan hasrat aku pada tok (nenek) aku.. Tok kata, ambillah...bukan sapa peduli pun sangkar tu...

Dengan perasaan yang gembira, teruja, aku ambil sangkar ni.. cuci semua kotoran, habuk, sampai bersih.. dan hasilnya macam dalam gambar. Tinggal nak gilap jer...

Petang aku balik rumah mak aku jap, sebab esoknya aku nk gerak balik KL, baru nak singgah ambil sangkar ni di rumah tok.

Esoknya bila sampai rumah tok, aku tengok sangkar dah takde! mana hilang? aku tanya tok, tok kata "paklang amik dah,dia simpan kt rumah dia"  # rumah PakLang sebelah je dengan rumah tok.

aku pergi tanya elok-elok, memang dia ambil simpan, katanya aku tak boleh ambil sangkar ni sebab dia kata dia yg pi beli sangkar ni dengan arwah tokwan dulu..

aku pun hhhhmmmmmmmmmmmmmm.. malas lah nk bising-bising, aku blah jer.. lantak ko lah...
(sungguh aih!!  hampa, sakit hati, geram, marah semua ada) andai kau bukan PakLang, aku tumbok muka ko! hehehe (gurau je).<--hasutan syaitan

aku pun malas nk panjangkan lara hati ini, aku berfikiran positif je lah.. maybe sangkar ni ada sentimental value antara dia dengan arwah tokwan kot, sebab zaman main burung dulu, memang dia ngan tokwan yg minat sangat. aku redha, kau nak kau ambil lah...

yang aku terkilan, kenapa setelah aku ambil cuci, bersihkan, baru nak ambil? kenapa sebelum aku sentuh sangkar ni takde siapa pun yg ambil peduli! hmmmm... aku kecewa, kenapalah kau berperangai sedemikian..... kau membuat aku hilang hormat pada kau, nk kata dengki pun ya sebab aku dah ambil cuci, bersihkan dah, senang-senang ja angkat... padahal rumah dia sebelah rumah tok ja pun, anytime dia boleh ambil, jaga, simpan elok-elok....







Friday, October 19, 2012

Tanda Hati Yang Mati

Renungan bersama di hari Jumaat (^^,)

"Di antara tanda matinya hati adalah tidak adanya perasaan sedih bila terlewat kesempatan beramal dan tidak adanya penyesalan atas bermacam pelanggaran yang telah engkau lakukan"

Allah s.w.t pernah bersumpah 'demi masa' (lihat surah al-Ashr,1-3), dimana sebahagian besar manusia berada dalam kerugian. Siapa yang rugi tu? Ia adalah orang yang hatinya telah mati dam dia tidak memiliki perasaan sedih atau menyesal atas kelalaiannya di masa lalu, yang ia lalui tanpa amal.

Kadang-kadang kita lalai, selalu melakukan kemungkaran dimuka bumi ini.. dah tu, bangga pulak. Langsung tidak rasa bersalah atau menyesal. Pegi pulak cerita kat orang yang kita buat kemungkaran. Astaghfirullah....

Ya Allah, peliharalah hatiku, janganlah Kau gelapkan,matikan hatiku.. berilah aku petunjuk dan hidayah mu Ya Allah.. jadikanlah aku orang yang sentiasa dalam rahmat dan redhaMu~ amin.





Thursday, April 19, 2012

Jual Bayi di Bar

Dunia sekarang dah makin gila! series gila kot..
macam2 dah benda pelik jadi..jenayah semakin menigkat
hari2 ada kes bunuh, rogol, bunuh diri, rompak, gangster,
macam-macam lagi lah.. risau aku!

nk keluar berjalan-jalan pun risau sekarang ni...
hari ini keluar lagi berita jenaayah..jual bayi!

bayi pun buat duit skrg ni...mana hilang sikap perikemanusiaan...
tak kesian ke bayi tu? penat tau ngandung..sakit kot lahirkan anak...
oh dunia akhir zaman.............


Saturday, August 6, 2011

Aku Benci Sesetengah Artis!!

aku benci artis!!! aku benci!! aku benci!!
aku benci sesetengah artis je tau..bukan semua..
kenapa tiba2 ja aku benci?

aku bukan benci mereka jadi artis ke aper ke..
pi lantak la dia nk jadi aper pn..aku peduli aper kn..
lagi pn saper la aku ni nk membenci mereka artis itu..
hehehe..abistu naper ye?

aku benci mereka bila mereka berkata mengenai agama!
ayat2 seperti dibawah ni membuatkn aku benci artis
"saya tahu batas2 agama"
"saya tahu nk nilai mana yg baik mn yg buruk"
"hanya Allah tahu aper yg saya buat"
"itu lakonan jer,bukan betol pn..chill la"

banyak lagi lah...
ok, sy ambil contoh ayat 1 n 2 tu
kalau ye tahu baik buruk n batas agama,pleaseeee
bgtau sy kenapa anda rasa xsalah je sntuh lain jantina bukan muhrim?
camne ei anda menilai bila ada yg dah berlaki berbini, bini anda peluk laki lain, laki anda pelok perempuan lain?

pastu bg statement "dia berlakon je, sy faham kerja dia"
but at the same time bg statement "sy tahu batas2 agama"
WTF..uppsssss... (^^,)

aku benci bila mereka berkata2 berkaitan agama...
ckp je, "sy tau haram, tp sy buat je sbb nk duit"
kn senang..xla aku benci! hahaha

Thursday, July 28, 2011

Okey La Kalau Begitu...

hari ini pc aku kembali vergin setelah di clorox oleh unit IT
rujuk entry lepas -SiNi-
habis semuanya..xder satu file tertinggal..huh..
sebbaik gambar2 ada buat backup dlm external..

ikutkn hati, nk je curi2 gi kt pc dia, delete semua file2 dia..
baru dia tahu perasaan hilangnya file n dokumen kan..
sabar je la..

dah dia seronok mcmtu kan..apa boleh buat..redha je la..
harini hari dia..ingat! langit xselalu cerah..kadang2 mendung dan hujan..

meh hiburkan hati dgn lagu ni...hehe
oqe la qalau begitu~ oqe la qalau begitu~

Monday, July 18, 2011

Mood Menghilangkan Diri..

assalamualaikom w.b.t

disebabkan mood aku ni xbalik lagi..ntah kemana ntah dia pegi..
aku pun xdaya la nk update2 blog ni..uhhh..sungguh keji perasaan ini
mood..balik lah..aku perlukan kau untuk update blog aku ini..huh!

nak buat aper pun xtau..masih terbawa-bawa sakit hati ini...

please help me..help me please.....