Showing posts with label senyuman. Show all posts
Showing posts with label senyuman. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

Wordless Wednesday #Senyum




Jangan stress! Senyum saja.. senyum selalu (^_^) 




Wednesday, August 28, 2013

Rhe-nyeh!!!




Rhe-nyeh!!! apa tu? hehehe...bahasa buku kata senyum (^_^) , orang utara sebut rhe-nyeh sebagai senyum. Zayyan senyum masa jatuh kerusi kuning tu.. gambar masa hari raya ke 3 haritu.


Senyum comel serupa abah dia kecil dulu (perasan) hehe..



Monday, January 28, 2013

Mujahidin Syahid Tersenyum...


Subhanallah, Allahuakbar,  Al-fatihah buat arwah. Semoga Allah merahmati beliau

Keadaan mujahidin Syria yang gugur syahid akibat ditembak tentera rejim tersenyum ketika dibawa ke hospital Antakya, Turki.

Sumber : FB 


“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya”.(Surah Al-Baqarah ayat 154)


Tuesday, January 8, 2013

Senyum Sokmo!!

selamat pagi semua (^_^)
moga hari ni ceria dan lebih baik dari semalam...
buatlah apa pun, solat jangan tinggal...

dan

senyum sokmo!! senyum selalu (^_^)

senyum macam saya..hehe

Sunday, November 25, 2012

Petua Bagi Jadi Hari Kita Terbaik

Ada 3 petua untuk jadikan hari-hari kita hari yang terbaik, insyaAllah. 3 petua ni sebagai untuk ingatan sebaik saja bangun pagi,sebelum kita mulakan hari kita.

1. Hari ini sahaja yang ada, buatlah sebaik-baiknya.
2. Renung/muhasabah diri dan bersyukur dengan apa yg kita ada
3. Mulakan hari anda dengan senyuman, sentiasa senyum (^_^). Buang jauh-jauh nafsu amarah, jangan
    marah.

InsyaAllah, dengan izinNya hari kita akan menjadi lancar,terbaik  insyaAllah
Maniskanlah Wajah Kamu...


Sumber : Google Image
Sumber : Google Image



Friday, May 18, 2012

Maniskanlah Wajah Kamu...


Maniskanlah wajah kita kepada sesiapa saja, nescaya kita akan mandapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata kita, pasti mereka akan mencintai kita. Tawaduk terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati kita...

tak susah pun nak senyum..gerak kan sedikit otot2 dimuka tu jer..hehehe
tapi ada sesetengah orang susah sangatlah nak buat. pasai apa pun aku tak tau...

tak susah pun nk berbudi bahasa, hanya berfikir sebelum bercakap, elakkan diri dari menuturkan bahasa kasar, betulkan intonasi suara, keluarkan ayat2 yang sedap didengar...

padahal, bila kita senyum,orang pun suka nak pandang muka kita,orang pun senang nk berinteraksi dengan kita. orang nak tegur pun tak segan. berbanding dengan muka 'ketat' ,orang yang nak tegur pun tak jadi tegur, kawan2 pun malas nak amik pot.

motif aku buat entry ni? kejadian tadi,di sebuah kedai, aku nak beli barang sikit. tuan kedai dah la muka ketat! bahasa kasar! nah,langsung aku blah jer,tak jadi beli barang kedai dia...
oh tuan kedai, maniskanlah wajahmu dengan senyuman,mesti ramai pelanggan. series tak tipu! senyum la sikit....macam ni pun xper (^^,) atau (^_^).. comel je kan? hehehe

Thursday, April 7, 2011

Senyuman (^_^)

jom kita mulakan hari kita ni dengan senyuman (^_^)
bukan hari ni je..tiap2 hari tau..bangun pagi jer terus senyum! boleh?
mesti la boleh..hehe..

senyum..satu perbuatan atau pelakuan yg mudah..simple je kn..
ia sederhana, tapi dahsyat..luar biasa..
ia kecil,simple je tapi maknanya tu amat besar sekali
senyum amat berharga..

senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, 
senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat,
 senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, 
senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, 
senyum menambahkan kecantikan 
dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.

Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, 
senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, 
senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul.
 Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.

jadinya..biarlah aper pn jadi, kita senyum saja~ (^_^)