Showing posts with label visitkl. Show all posts
Showing posts with label visitkl. Show all posts

Friday, April 15, 2016

Best ke MUD Kuala Lumpur?

Semalam aku sertai seminar Hospitality And Frontliner Excellence (We Are The Host) yang diadakan di Kuala Lumpur Tourism Bureau. Banyak ilmu yang bermanfaat bagi aku sebagai frontliner di tempat kerja. Selain itu, kami juga diberi pendedahan produk baru dari Tourism Malaysia, utamanya apa yang ada di sekitar Kuala Lumpur.

Salah satunya MUD. Sudah bertahun-tahun aku lalu depan MUD ni,laluan pergi baik kerja, tapi tidak pernah berpeluang singgah pun. hehe. 

Mulanya aku sangka MUD itu singkatan untuk sesuatu, rupanya tidak! MUD adalah namanya yang membawa maksud lumpur dalam bahasa melayu. hahaha. Tidak terfikir pula aku. Cis! Malu je..

Kenapa MUD? Lumpur? Sebabnya tidak semua pelancong asing tahu apa itu Kuala Lumpur, apa itu lumpur, jadi diorang gunakan 'mud' supaya orang luar tahu itu lumpur. Oh ya, MUD ni sebuah panggung teater tau. Teater musikal. 

Korang pun wajib cuba tengok MUD Our Story of Kuala Lumpur The Musical ni. Kisah asal usul Kuala Lumpur. Macam mana terciptanya Kuala Lumpur itu.

Memang mengusik emosi wooo.. Suka, duka, tawa, sedih. Memang tangkap leleh ah! Harga agak mahal bagi aku, tapi berbaloi tengok!