Showing posts with label yakin. Show all posts
Showing posts with label yakin. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

Tetap Pendirian

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "tidak lurus (istiqomah) iman seseorang itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lidahnya lurus"

Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yg betul, lurus yg membaca keredhaan Allah s.w.t. Dasarnya adalah mengenai hati. Hati ibarat raja dan anggota badan ni rakyat.

Susah sebenarnya nak istiqomah ni...nak tetapkn pendirian hati, pendirian diri kita melakukan sesuatu secara berterusan memerlukan kekentalan hati yg hebat! hati kena tetap! ini pasang surut, selalunya jadi macamtu.. contohnya aku yg nk turunkn berat badan. Minggu ni semangat giler kot, petang2 balik kejer jogging, malam main gym.. jaga makan, minggu depannya bila malas melanda diri, aduh! hilang terus semuanya..huhu

sebabtu istiqomah ni bermula dengan hati yang tetap! Dasar istiqomah ialah lurusnya hati di atas tauhid. Bila hati beristiqomah pada Allah dalam erti kata takut,cinta,tawakkal dan agungkan Allah, maka seluruh anggota badan akan taat kepadaNya. Setelah hati yg taat padaNya amat mudah untuk kita istiqomah dalam apa jua kita nk lakukan. Renung-renungkan dan selamat beramal ! hehe (^^,)


Tuesday, May 22, 2012

Takut Tak Dapat


perasaan takut tak dapat ni amat biasa berlaku pada kita. aku pun kadang2 ada perasaan macam ni. kadang2 kita terbuai dengan nafsu dunia dan lalai hinggakan perasaan takut tak dapat ni menguasai diri.

keyakinan kita kepada Allah, Pencipta, Tuhan yang telah memberikan segala sesuatu kepada kita. sebab tu mereka yang sentiasa ingat Allah, menyebut nama ALlah, mulakan atau buat sesuatu kerana Allah akan lahir ketenangan dan keyakinan dihati mereka. hilang segala keresahan, takut, kedukaan...

"orang beriman itu tenang hati mereka menyebut nama Allah. Tidakkah dengan menyebut nama Allah akan tenang hari!" (Ar-Ra'du 13:28)

Rasa gelisah, tak yakin menimpa manusia, melanda hati manusia kerana kurangnya keyakinan pada Allah. tu yang resah gelisah kerana takut tak dapat sesuatu. kerja diang malam cari rezeki, cari wang ringgit, cari harta tapi takut tak dapat! sebab apa rasa macam tu? Tak yakin pada Allah! kita lupa bahawa Allah yang memberi rezeki, Allah yang mengurniakan rezeki, Allah menentukan rezeki, kadar rezeki seseorang.

Bukankah Nabi dah ajar untuk husnuddzon kepada Allah! Bersangka baik kepada Allah. tugas kita hanya berusaha, pergilah cari rezeki tersebut. tak perlu lagi gelisah, resah, tak yakin, takut tak dapat!

Yakin lah wahai sahabat2 ku.. keyakinan itu menghilangkan keresahan, kegelisahan, perasaan takut tak dapat dan kedukaan hati kita. yakin lah! yakinlah pada Allah!

mcm ustaz2 lak rasanya ckp camni..hehe. apa yg aku tulis adalah utk diriku dan kongsi dengan semua (^^,)