Showing posts with label yuri's night. Show all posts
Showing posts with label yuri's night. Show all posts

Saturday, April 12, 2014

Yuri's Night




Jemput hadir malam ni ! awesome! 

sejarah Yuri's Night, apa itu Yuri's Night
tengok sini - Sejarah Yuri's Night

throwback Yuri's Night tahun-tahun yang lepas...




Monday, April 18, 2011

Yuri's Night Crew

saLam semua (^_^)
Event Yuri's Night pada 16.04.2011 telah selesai
dengan jayanya...huh! walaupun letih tp best!
tahniah pd semua yang terlibat pada hari event tu..
terbaik! (^^,)

ramai tetamu yg hadir..penuh panggung dan sampai ada
pengunjung yg terpaksa duduk ditangga je sebab dah full!
tp xper,yg penting memang happening
dan semua org terhibur dengan persembahan2 yg ada
Yuri's Night Best!!








lagi gambar -Klik Sini-

Sunday, April 17, 2011

Bersama Angkasawan Ke-2 Mejar Dr. Faiz Khaleed

Event Yuri's Night semalam memang best!
ramai orang datang..sampai tak muat panggung..
so ramai jugak yang duduk ditangga je..
aperpn memang happening!

antara VIP yg datang Kedutaan Rusia, Mejar Faiz dan 
Ketua Pengarah ANGKASA

esok Mr iZzo update gambar persembahan..
arini gambar xsmpat nk upload..hehe

padahal jumpa kt ofis selalu..saje gedik! hehe

Saturday, April 16, 2011

Mood Yuri's Night l At Planetartium Negara

saLam semua (^_^)
malam ini Planetarium Negara membuat sambutan 
50th Anniversary of Human Spacelight
this event we call it Yuri's Night

ada persembahan dr kebudayaan Melayu dan kebudayaan Rusia
nk tengok aweks-aweks Rusia menari boleh la datang..hehe
dapat jugak free gift pd siapa yg datang..

lg infi pasal Yuri's Night boleh rujuk SINI

malam ini..datang lah beramai-ramai ke Planetarium Negara

Thursday, April 14, 2011

Preparation For Yuri's Night

pagi ni Mr iZzo kena tolong pasang banting
untuk event Yuri's Night.. huhu~
sila refer post sebelum ni untuk info tentang Yuri's Night..
KLIK SINI pun boleh (^_^)

jom la ramai-ramai kita meriahkan event ni..
byk aktiviti disediakan pada malam tersebut..
siap dapat free gift lg..hehe..(^^,)
jumpa di sanaaaaaa!!




Wednesday, April 13, 2011

Yuri's Night

  
Yuri’s Night merupakan sambutan peringkat sedunia yang diadakan setiap 12 April. Ia disambut bagi memperingati kejayaan manusia menerokai angkasa. Tarikh 12 Apr dipilih kerana ia turut mencatat sejarah sebagai penerokaan manusia pertama di angkasa, Yuri Gagarin pada 12 April 1961 dan pesawat pengangkut pertama (space shuttle) yang dilancarkan pada 12 April 1981.

Sambutan Yuri’s Night bertujuan untuk meningkatkan lagi minat dan kecenderungan orang awam terhadap penerokaan sains angkasa. Selain dari itu, ia juga boleh digunakan sebagai landasan bagi untuk mencetuskan minat menerokai angkasa di kalangan generasi baru.

Agensi Angkasa Negara turut mengambil bahagian dalam acara sambutan sedunia ini, di mana pada 16 April, persembahan pelajar dan animasi sistem tayangan planetarium diadakan di Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Konsep program adalah dengan melihat semula usaha, pengorbanan dan kejayaan yang telah dicapai sepanjang 50 tahun dalam penerokaan manusia ke angkasa. Bagi memberi maklumat kepada awam, satu pameran mini turut diadakan di galeri pameran dengan kerjasama Kedutaan Russia sepanjang bulan April
  
Justeru, kami mengambil kesempatan ini untuk menjemput dan mengalu-alukan kehadiran
tuan-tuan & puan-puan ke program ini.

Maklumat berkenaan program adalah seperti berikut:
  
Tarikh : Sabtu, 16 APRIL 2011
Masa: 8.00 malam-10.00 malam
Tempat: Planetarium Negara
53 Jalan Perdana, Kuala Lumpur
Pakaian: Smart Casual / Hitam / Emas

Untuk pengesahan kehadiran, tuan-tuan & puan-puan bolehlah menghubungi
Puan Rohaida Rostani atau Cik Asmidar Zainol di talian 03-2273 4301/ 4303/ 5484.

pada kawan-kawan blogger.. Mr iZzo ada sediakan free gift untuk korang! mai jgn xmai...
nanti korg contac Mr iZzo ye kalau nk join~

 JUMPA DI SANAAAAA….