Friday, September 14, 2018

Program Team Building di Cyber View Resort & Spa | Part 2

Aktiviti hari kedua program Team Building bermula seawal jam 7 pagi. Berat gila rasa nak tinggalkan katil. Hahaha. Selesa sangat bilik di Cyber View Resort & Spa ni. Nanti aku cerita lain pasal bilik.
Eh, kalau belom baca part 1 boleh klik SINI .

Pagi ni ada aktiviti Jungle Trail. Sebelum start jungle trail tu, kami ada buat beberapa aktiviti lain dulu untuk panaskan badan. Ada 1 games dan 5 obstacles course kami kena selesaikan. Games kutip bola, meniti atas tali, bergayut atas tayar, titi gantung, black hole dan wall climbing.
Games kutip bola ni team aku , X-Team kalah teruk. Hahaha. Games ni penentu untuk kumpulan mana kena bawa Mila sepanjang Jungle Trail nanti. Oh ya, siapa Mila? Mila ni sebatang kayu bewarna biru. Boleh tahan besar Mila ni. Terasa juga muscle kalau 'berdating' lama-lama dengan Mila ni. Sebenarnya Mila ni merupakan salah satu denda untuk kumpulan yang kalah dalam games yang kitorang main. Sapa kalah,dia kena jaga Mila.
Titi gantung. Games ni kami combine semua secara 1 kumpulan. Sorang kena meniti atas tali,yang lain kena tegangkan tali. Tali tak boleh cecah tanah. Tak kena cara, susah juga nak jarakkan tali dengan tanah sebab tali besar dan berat.
Wall climbing. Semua orang kena melepasi dinding tu. Games ni pun perlu kerjasama semua ahli. Pandai-pandai lah susun strategi siapa yang nak di lepaskan dulu,siapa yang last. Nampak macam mudah tapi mencabar juga nak lepaskn semua orang. Nak plak part orang last. Huh, berpeloh!
Black Hole. Games ni pun perlu kerjasama semua orang untuk lepaskan salah sorang melalui gelong tayar tu. 
Selesai semua obstacles course tu, maka bermulalah jungle trail. Jarak track jungle trail ni dalam 2.8km. Sepanjang perjalanan nanti kena tempuh beberapa lagi obstacles course. Haaa.. menarik kan? Perjalanan jadi lagi mencabar bila kena tracking bersama Mila. Semput juga weh! haha

Perjalanan sejauh 2.8km ni di jangka memakan masa lebih kurang 1jam 30 minit. Apa yang kami lalui sepanjang jungke trail ni? tengok gambar bawah ni, superb awesome!!
Akhirnya berjaya juga aku tamatkan sesi jungle trail bersama Mila. Hehe. Tahniah dan alhamdulillah semua berjaya sampai penamat dengan selamat. Pengalaman yang tidak akan dilupakan bersama Mila. Haha.

Tamat aktiviti jungle trail ni maka selesai sudah aktiviti Team Building  kami selama 2 hari 1 malam di Cyber View Resort & Spa ni. Tak sangka ada hutan kat kawasan ni sebab nampak macam moden je.
Penutup program Team Building adalah penyampaian sijil penyertaan oleh pihak Cyber View Resort & Spa. Yezza ! The best team building yang pernah aku join!

Untuk makluman korang, antara aktiviti yang disediakan oleh Cyber View Resort adalah seperti berikut :
  • Telematch Games
  • Water Games
  • Team Building Games
  • Obsacle Course (10 Elements)
  • Water Confidence
  • Jungle Tracking / Jungle Trail
  • Ninght Tracking
  • Motivation Camp
Korang boleh datang dan jumpa sendiri dengan Sarjan Idris atau cari Recreation Department untuk berbincang.

Maklumat lanjut korang boleh hubungi :



Thursday, September 13, 2018

Program Team Building di Cyber View Resort & Spa | Part 1

Baru-baru aku berpeluang turut serta dalam program Team Building di Cyber View Resort & Spa selama 2 hari 1 malam. Seingat aku, last aku join teambuilding tahun 2013/2014 kot. Bila dapat jemputan program ni terus excited nak join. Nak plak teambuilding bersama rakan blogger, lagi lah excited! Hehe

Actually ni first time aku ke Cyber View Resort & Spa ni. Tak tahu pula ada buat program team building kt tempat yang berkelas 5 star macam ni. Stay sini memang best sangat lah, giler tak best kalau dah 5 star punya tempatkan? Korang pun wajib mai sini nanti. 

Apa aktiviti yang aku buat selama 2 hari 1 malam kat Cyber View ni?



Hari Pertama

Program bermula pukul 9 pagi. Aku sampai Cyber View lebih kurang pukul 8.30pagi, so sempatlah sarapan pagi dulu. Perut wajib isi dulu,baru bertenaga nk beraktiviti nanti.hehe

Tepat jam 9.00pagi semua dah berkumpul di dalam satu dewan kecil. Muat untuk kami 10 orang melakukan aktiviti.

Aktiviti pertama ialah Ice Breaking. Sesi suaikenal antara peserta dengan urusetia program. Pengelola team building kami bukan orang biasa-biasa tau. Ex-army Sarjan Idris. Padu beb dia punya team kendali program ni. Have fun sangat! haha

Nampak aku tak? hehe
Lepas berkenalan kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Next task kami kena buat nama, visi, misi dan war cry kumpulan. Mula lah masing-masing tekun mengiapkan tugasan secara berkumpulan. Lepas ni nak kena bentangkan. 

X TEAM
BUDDIES BLOGGER
Selepas presentation, kami kena buat aktiviti yang menguji minda. Kena lontar bola pada rakan dalam tempoh masa beberapa saat. Pandai-pandailah susun strategi macam mana nak buat. Then, kena susun 8 batang paku atas sebatang paku yang terpacak di botol.
Buddies tengah pecah kepala menyelesaikan masalah. Hehehe
Kena letak 8 paku yang diberi atas sebatang paku yg lekat di botol.
X Team berjaya selesaikan dalam masa 1 minit je..
(actually aku pernah buat ni dulu, no wonder la menang awal.hahaha)
Selesai sudah sesi pagi. Kami berhenti rehat sekejap untuk lunch dan solat jumaat. 

Sesi petang kami bermula dengan aktiviti  Monkey Walk. Peserta ditutup mata dengan kain hitam, kena kepit 3 biji kemudian kena berjalan 1 pusingan. Mata dah kena tutup, macam mana nak jalan kan? Haaa, ahli kumpulan main peranan sebagai pemandu kepada peserta yg bawa bola tu. Masa ni kena fokus kt suara pemandu,kalau tak memang berjalan tah kemana..hehe. X-Team menang games ni.. yeaahh!!

Next games ialah Dadu Gergasi. Games ni setiap orang diikat kaki dengan tali kecuali tukang baling dadu. Kalau dapat nombor genap, kena langkah kehadapan. Sebalikny kalau dapat nombor ganjil kena langkah kebelakang. X-Team kalah games ni. huhu 
Pastu kami main games Imbang Bola Ping pong Atas Paip. Games ni kami main secara 1 kumpulan sahaja. Bergabung semua skali. Semua kena pegang tali sorang satu, then kena imbangkan bola ping pong yang diletakkan atas paip kt tengah tu. Pastu kena jalan pusing dewan 1 pusingan.

Games ni betul-betul perlukan fokus yang tinggi. Leka sikit je boleh buat bola tu jatuh. Mencabar gila weh games ni. Hampir-hampir give up lah cerita dia,tapi akhirnya berjaya juga. Alhamdulillah 

Tips main games ni, semua kena fokus mata kt bola ping pong tu dan hanya seorang sahaja yang bagi arahan. Kalau tak tengok bola dan banyak arahan, komfem tak berjaya!
Games seterusnya kami kena keluarkan bola ping pong dalam batang paip tanpa sentuhan tangan. Nampak macam senang je games ni, rupanya tak semudah yang disangka.haha. Batang paip tu berlubang, then kami kena isi air untuk naikkan bola ping pong tu. Kerjasama yang jitu amat diperlukan..haaa gitu! hehe
Last games kami untuk sesi petang ialah Water Confidence. Menariknya aktiviti ni, Sarjan Irdis kongsi banyak ilmu tentang situasi ketika dalam air. Macam mana nak berenang, macam mana nak SOS kalau berlaku kecemasan, cara terjun dari kapal, cara terjun dari bot, macam-macam lagi lah.
Sesi malam bermula jam 9.30malam. Aktiviti kami malam ni ialah Night Walk. Aku sangka nak berjalan-jalan tengok kawasan resort, tengok bintang langit malam atau fire camp je. Rupanya tidak!

Kami kena jalan dalam hutan! Kena jalan sorang-sorang ikut tali yang diikat dipokok. Goyang juga kejantanan aku. hahaha. Lama dah tak jalan dalam hutan gelap-gelap ni. Mencabar gila weh!
Night Walk done!
Selesai sudah aktiviti hari pertama Team Building. Penat juga tapi apa ada hal, seronok lebih dari penat. hehe.

Baru hari pertama dah macam-macam aktiviti kami buat. Nanti aku sambung aktiviti hari kedua. Lagi awesome!