Monday, April 25, 2011

Sifat Redha

السلام عليكم

selamat pagi dan hari isnin ye (^_^)
moga semua rakan2 sihat la hendakNya ye..
mohon padaNya dipermudahkan segala urusan
dunia dan akhirat..amin..

pagi ni Mr iZzo nk biacakan mengenai Redha..
untuk muhasabah diri Mr iZzo sendiri..
dapat juga memperingati diri sendiri..
boleh juga kongsi dengan rakan-rakan semua..

Redha ialah sifat makrifah dan mahabbah kpd Allah s.w.t. 
Pengertian Redha ialah kita terima apa saja yg diberi oleh Allah dengan rasa senang hati

Redha terhadap Allah ada 2 :
i-redha menerima peraturan (hukum) Allah yang 
dibebankan kepada manusia
ii-redha menerima ketentuan Allah tentang 
nasib yg kena pada diri kita

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadanya, yang demikian itu bagi orang yang takut kepada Tuhannya ". ( Al-Bayyinah : Ayat 8 )

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Bila Allah cinta kepada sesuatu kaum, mereka akan diuji . Barang siapa redha menerima ujian maka redha pula kepadanya dan barang siapa yang murka, maka Allah s.w.t. pun murka kepadanya".
( Riwayat Tirmidzi )




Mr iZzo kata : kredit to www.al-azim.com. Mr iZzo rujuk disana(^^,)

2 comments:

nurul said...

setuju sgt3..redha dengn sesuatu yg dtntukan sgt pnting =.=

.::: mr IQ :::. said...

Peringkat redho itu lebih tinggi dari peringkat sayang...
(sekadar perkongsian) :)