Wednesday, April 13, 2011

Yuri's Night

  
Yuri’s Night merupakan sambutan peringkat sedunia yang diadakan setiap 12 April. Ia disambut bagi memperingati kejayaan manusia menerokai angkasa. Tarikh 12 Apr dipilih kerana ia turut mencatat sejarah sebagai penerokaan manusia pertama di angkasa, Yuri Gagarin pada 12 April 1961 dan pesawat pengangkut pertama (space shuttle) yang dilancarkan pada 12 April 1981.

Sambutan Yuri’s Night bertujuan untuk meningkatkan lagi minat dan kecenderungan orang awam terhadap penerokaan sains angkasa. Selain dari itu, ia juga boleh digunakan sebagai landasan bagi untuk mencetuskan minat menerokai angkasa di kalangan generasi baru.

Agensi Angkasa Negara turut mengambil bahagian dalam acara sambutan sedunia ini, di mana pada 16 April, persembahan pelajar dan animasi sistem tayangan planetarium diadakan di Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Konsep program adalah dengan melihat semula usaha, pengorbanan dan kejayaan yang telah dicapai sepanjang 50 tahun dalam penerokaan manusia ke angkasa. Bagi memberi maklumat kepada awam, satu pameran mini turut diadakan di galeri pameran dengan kerjasama Kedutaan Russia sepanjang bulan April
   
Justeru, kami mengambil kesempatan ini untuk menjemput dan mengalu-alukan kehadiran
tuan-tuan & puan-puan ke program ini.

Maklumat berkenaan program adalah seperti berikut:
   
Tarikh : Sabtu, 16 APRIL 2011
Masa: 8.00 malam-10.00 malam
Tempat: Planetarium Negara
53 Jalan Perdana, Kuala Lumpur
Pakaian: Smart Casual / Hitam / Emas

Untuk pengesahan kehadiran, tuan-tuan & puan-puan bolehlah menghubungi
Puan Rohaida Rostani atau Cik Asmidar Zainol di talian 03-2273 4301/ 4303/ 5484.

pada kawan-kawan blogger.. Mr iZzo ada sediakan free gift untuk korang! mai jgn xmai...
nanti korg contac Mr iZzo ye kalau nk join~

  JUMPA DI SANAAAAA….

2 comments:

Redbloodsnow said...

ade free gift ek bro? eeee ruginyaaa akuu. coz aku mmg tak akan pernah dpt dtg :( coz kat kuching noks...hehe

Mr iZzo (^_^) said...

a'ah..hehe..xpe,next time..
ujung tahun kiter ada event di sarawakk..tunggu ye..hehe