Tuesday, May 31, 2011

Malasnya....

assalamualaikom

rasa letih giler harini..malasnya nk buat apa pun..
nak tidor jer! bos,sy nk tidor boleh? 
"petang nanti balik kerja tido la sepuas2nya"

malam tadi pas selesai aktiviti Kem Alami sesi hari ke-2
aku masih lagi ada tugas yg perlu diselesaikan..
peserta2 semua dah tidor.. aku?
aku masih lagi berjaga untuk selesaikan kerja ku..

meng'edit' video dan gambar sepanjang event..
sudahnya, pukul 4.30pg baru tidur..

pukul 6.30pg dah bangun untuk aktiviti seterusnya..
huhuhu..letih..tp happening..
so, enjoy n layan..

balik umah nanti rehat sepuas-puasnya..(^^,)

Selamat Malam

asslamualaikom..

selamat malam semua..ceeewah..update macam ada plak kan orang nk baca ucapan selamat malam aku ini..huhu..

baru selesai untuk acara malam ini..budak2 pun semua dah tidur..sekarang aku plak nk gi tidur..hehe
letih giler seharian dengan aktiviti-aktiviti yang padat..

sambung esok Kem Alami Hari ke 3.. esok lah Mr iZzo update ye aktiviti hari ke 2

selamat malam..daaaaa~ zzzZZZZzzzZZZ


Monday, May 30, 2011

Kem Alami at Planetarium Negara - Hari Pertama

assalamualaikom (^^,)

Planetarium Negara buat satu event untuk 
pelajar sekolah rendah tahun 4,5 dan 6..
Kem Alami, Kamilah Bintang (^_^) berlangsung 
selama 3 hari 2 malam..
jom layan..hehe

iceBreaking
makan-makan
tengok zuhal
poyos sikit..hehe
LDK

Test

Cubaan..hehe.. Belajar menggunakan hp

Sunday, May 29, 2011

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JE


jom join segmen abg Ben..
sebagai blogger baru..patot amik peluang ni..
tq mr.Ben~ (^_^)

Himpunan Sejuta Belia 2011 Putrajaya

assalamualaikom

petang semalam baru berkesempatan pergi
Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya

superb..terbaik..meriah habisss!
pada yang belom pergi, Mr iZzo cadangkan pergi lah..
rugi tau xpergi..banyak yg korang akan dapat disana..

boleh jumpa sy di booth Agensi Angkasa Negara (^^,)


Saturday, May 28, 2011

Perangai Manusia...oh aku letih

assalamualaikom

alkisahnya sebagai petugas barisan hadapan di tempat pameran, memang selalu lah kena maki hamun, complaint, tempat lepas perasaan, lepas geram..

haduh..kadang-kadang letih gak nak melayan kerenah manusia ni..
macam-macam adaaaaa~

ada yang marah2 penat berjalan...
ada yg tipu tiket...
ada yg curi2 masuk xbeli tiket..
ada yg beli tiket kanak2 tp anak dah tinggi melangit..

ada jugak la yg memuji..
murah dengan senyuman..
sopan santun dan berbudi bahasa..
tp jarang kot nk jumpa mcmtu..huhu
nape ye..
mane perginya nilai murni itu..
manusia oh manusia akhir zaman..

Keputusan Mr iZzo 1st GiveAway

assalamualaikom semua (^^,)

Mr iZzo nk umumkan mereka yg bertuah dipilih oleh Mr.Random
untuk memenangi Mr iZzo 1st giveaway..
jeng..jeng..jeng..


tahniah diucapkan pada pemenang
sila emelkn nama apa nk letak didepan tshirt
emelkn ke angah7736@gmail.com

yg belom bernasib baik insyaALLAH 2nd GiveAway next month yaa..(^^,)

Friday, May 27, 2011

Keputusan Maharaja Lawak Minggu ke-9 #Balas Tersingkir

selesai sudah Maharaja Lawak minggu ke-9

keputusan untuk minggu ini Balas tersingkir

Persembahan terbaik malam ni, Sepah dan Jampu

yang lain biasa jer..

bye-bye Balas

Mr iZzo 1st GiveAway #Ditutup

assalamualaikom semua (^_^)

dengan ini my 1st giveaway ditutup..
Mr iZzo akan umumkan pemenangnya esok pagi ye..
ni adalah senarai rakan2 yg sudi join..



Hasrat Mohd Ashraf Hafiz

assalamualaikom semua (^^,)

ada baca paper Berita Harian?
tak faham aku dengan Mohd Ashraf Hafiz ni..
beliau berhasrat nk tukar nama ke Aleesha Farhana..
hehehe..ayu sungguh nama yg dipilih..
tapi sayang tak segagah nama asalnya Mohd Ashraf Hafiz..

dah elok-elok ALLAH ciptakan sebagai lelaki..
nak jugak ubah jadi perempuan..
dah tu, gi mahkamah siap bertudung..

ish..ish..ish..bagusnyer..tutup aurat..
tapi Allah xmarah pn kalau xpakai tudung tu
sebab awak tetap lelaki wahai Ashraf Hafiz..
camner ei dia pikir?
aku tak paham betoi laaaa...

klik utk baca artikel penuh - bharian

Thursday, May 26, 2011

Mr iZzo 1st GiveAway # Update

assalamualaikom semua (^_^)

alhamdulillah ramai jugak rakan-rakan yg join..hehe
Mr iZzo buka sampai kul 10.00 malam 27.05.2010
iaitu sampai malam esok..(^^,)
pada yg belom join..sempat lagi kalau nk join ni..hehe
setakat ini rakan2 yg dah join :


http://rizwanewan.blogspot.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway-free-t-shirt.html
http://masturazakaria.blogspot.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway.html
http://nananadya.blogspot.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway-free-t-shirt.html
http://cikedispedas.blogspot.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway.html
http://mamiuyuncontest.blogspot.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway-free-t-shirt.html
http://akulahe-rapasha.blogspot.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway-free-t-shirt.html
http://pinkummi.blogspot.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway-free-t-shirt.html
http://sitizahrah2009bunga.blogspot.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway.html
http://hariskaito.blogspot.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway-free-t-shirt.html
http://www.abdulfarique.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway-free-t-shirt.html
http://eurofea91.blogspot.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway-free-t-shirt.html
http://suterasyaxa.blogspot.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway-free-t-shirt.html
http://akukembojaputih85.blogspot.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway-free-t-shirt.html
http://themrej.blogspot.com/
http://qasehsaifudin.blogspot.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway-free-t-shirt.html
http://cupoftea-runienasri.blogspot.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway-free-t-shirt.html
http://fatinlovecontest.blogspot.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway-free-t-shirt.html
http://nurikhyardee.blogspot.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway-free-t-shirt.html
http://yumikoice.blogspot.com/2011/05/ga-mr-izzo-1st-giveaway.html
http://deqlis-contest.blogspot.com/2011/05/mr-izzo-1st-giveaway-free-t-shirt.html

Mr iZzo 1st GiveAway

assalamualaikom semua (^^,)

first time Mr iZzo buat GiveAway..
saguhati pada rakan2 yg sudi singgah sini
(^_^)
sehelai t-shirt yg akan di cop kn nama anda sendiri
dan url blog anda sendiri..
kalau blog anda themrizzo.blogspot.com,
sy akan cop nama anda Mr iZzo dan url blog anda..
contohnya macam gambar bawah ni



cara nk join :
1) buat satu entri baru
2) letak header Mr iZzo (gambar atas tu) sebagai tanda kenalan..(^^,)
3) tulis tajuk " Mr iZzo 1st GiveAway free T-Shirt"
4) komen skit blog Mr iZzo ni..(komen yg membina ei)hehe
untuk sy baiki apa yg kurang..
5) dah siap nanti tinggalkan link anda di ruang komen..
tu jer..senang jer kan..

5 pemenang yg bertuah akan diumumkan nanti..
pemenang dipilih secara rawak oleh Mr.Random

Angry Birds

anda bosan?
xder kerja mau buat?
atau..anda dalam keadaan tertekan?
sy ada penyelesaiannya..
jom layan Angry Birds..
hehehe



p/s : dilarang main waktu bekerja..tammo2
bos marah padan muka..hehe

Tuesday, May 24, 2011

Nak Tembak Biar Kena...

assalamualaikom semua...

bukan Mr iZzo nk cerita pasal tembak menembak pun..
hehehe.. (^^,) ni cerita 'tembak' lain..
gini ceritanya..

aku di tegur oleh bos dalam satu meeting..
"izzo, u keluar masuk ofis terlalu kerap..almost 37 kali sehari"
me : ye ke? xkan la kot sajer2 nk kuar masuk 37 kali sehari..
"yup, i ada bukti..i dah check ur punch card"
"everyday u akan kuar masuk terlalu banyak"

malas nk cakap banyak2..its okey....kita senyum saja (^^,)
dengar jer la nk ckp aper pn..
sebab..cakap je..xpernah ada tindakan pn..
hahahahaha..
kat ofis ni..setiap pintu kuar masuk kena punch..
ok..my situation..my work..
aku perlu ke atas(pameran) dan bawah(ofis) everyday..

pintu yg akan aku punch setiap hari..
pintu ofis,pameran,iwerks,kaunter,
andai aku hanya keluar masuk 3 kali sahaja..
iaitu, masuk pagi,lunch n balik...
aku dah punch 24kali !!

tu tak termasuk kuar masuk jumpa pengunjung lg..
mahunya tak 37 kali..huhu

bos..lain kali kira dulu tau...baru 'tembak' (^^,)

boleh je xpunch banyak kali..aku xyah buat kejer..
duduk je kt ofis bawah..xyah naik pameran atas..
baru la transaksi kuar masuk 3 kali je sehari..
hehehe..panjang plak membebel..

kang bos baca kang sajer je 'ditembak' lg
hehe..(^_^)

Monday, May 23, 2011

Pirates of The Caribbean

assalamualaikom semua (^^,)

hari sabtu lepas Mr iZzo berkesempatan pi tengok wayang...
Mr iZzo layan citer Pirates of The Caribbean
layan wayang di GSC Maxx at Times Square

bg Mr iZzo, citer Pirates of Caribbean kali ni tidak best!
amat amat lah bosan sekali.. hampir2 terlelap..huhu
tak macam yg lepas-lepas...
kurang aksi.. cuma terhibur dengan gelagat kelakar Jack je..
menghampakan...huh!




dapat bandana ni bila beli gsc combo 3 
hujan lebat giler..terperangkap di bawah Times Square

Tuesday, May 17, 2011

Malunya aku...

alkisahnya harini terbangun lewat..

dengan selambernya aku mencapai handphone ku,

lalu aku menghantar satu sms pada bos..

" bos,sy masuk kerja lewat sikit "

bos reply...." harini wesak day la "

yg tadi dok mamai2 lg..terus segar..
hahahahaha..
aku maluuuuuuuuuuuuuuuu~

bleh plak lupa hari ni cuti...huh! (^_^)

Sunday, May 15, 2011

Kilat di Kuala Lumpur

assalamualaikom..

cuaca di sekitar Kuala Lumpur petang tadi hujan lebat..
hujan lebat selebat-lebatnya..
alhamdulillah..
kurang la sikit jerebu..

Mr iZzo pun sajer je gi amik gambar hujan..
dapat snap gambar kilat..huhu (^^,)

lokasi : Menara Planetarium Negara,KL



Berikut adalah sebab-sebab bila mana jatuh dayus kepada seseorang kaum lelaki seperti yang di sampaikan oleh seorang ustaz:

1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.  


2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa ’sporting’ yang memahami.

6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7. Membiarkan anak perempuannya memasuki Akademi Fantasia, One In A Million, Mystarz LG dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.

9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)

10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Dayus ini hanya akan jatuh jika si suami dah tahu, cuma buat endah tak endah. Jika tak tahu atas kecurangan si isteri, maka takkan jatuh dayus itu di kepala si suami

malaysia sudah tidak aman?

assalamualaikom semua (^^,)

korang ada baca surat khabar?
korang ada tengok berita?
apa cerita yg selalu keluar sekarang ni?
jenayah..politik..jenayah..politik..

dah makin ganas dah penjenayah kt malaysia ni..

simbah asid...
tembak menembak dengan polis...
langgar kereta polis...
tikam mak, tikam bapak, tok nenek..
pukul orang sampai mati..
anak murid pukul cikgu..

dan..

isu liwat yg tidak berkesudahan..
isu rakyat yg sentiasa didahulukan tp.........................
isu kepimpinan yg...........................

takot aku tengok berita2 skrg..
rasa macam dah tak berapa selamat jer..
huhu...(^^,)

Thursday, May 12, 2011

Info-Info Terkini # 4

assalamualaikom..
selamat pagi semua (^^,)
of coz la pagi2 ni kita kena senyum..
baru ceria..hehe

jom amik tahu skit.. info from my Hotlink :

  • KDN nafi dakwaan ia sewenang2nya luluskan taraf kerakyatan untuk tujuan pilihanraya ; pemberian ikut perlembagaan - Lee Chee Leong
  • PM kata semua pihak harus terima hakikat tentang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan ia tidak boleh diubah dalam apa keadaan sekalipun.
  • Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani akan eksport durian Raja Kunyit (D197) ke China selepas beberapa piawaian negara itu dipatuhi.
  • KPDNKK serbu sebuah banglo di Sg.Salak, Gombak selepas berjaya aktiviti bungkus semula produk makanan/minuman luput tarikh.

Gosip
  • Kakak kepada penyanyi tersohor Siti Nurhaliza, Siti Nursaida didakwa ada teman lelaki hingga abai tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Wednesday, May 11, 2011

Kilafairy Dilabel Simbol Seks

pergh..taipan bernafsu ni..hahaha
alkisahnya tadi Mr iZzo terrrrtengok majalah Mangga..
tengok cover Mangga tu,tertarik pada pic ini :

cover Majalah Mangga
tak berminat pn nk cerita pasal artis ni..
cuma yg buat Mr iZzo jadi nk menaip bila baca
"Kilafaury terkejut dilabel simbol seks"
dan gambar itu???? ah sopannya ia~ 
korang 'renung' la sendiri..

simbol..tersembol..aduh iman tersungkur~
hahahahaduhai
cis betol la gambar itu..
cis juga bila kata 'terkejut' tp tonjol..
aku xpaham betoi laaa

sumber - Majalah Mangga

Info-Info Terkini # 3

assalamualaikom semua (^^,)
selamat pagi..moga semua baik hendakNya..
update info terkini yg Mr iZzo dpt dari sms Hotlink

jom amik tahu :

  • Cukai pendapatan korporat dan individu mingkin dikurangkan dengan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri.
  • Semua pelatih PLKN yang terima surat tawaran ke IPTA dan Matrikulasi tidak perlu ikuti PLKN kumpulan 2 yang akan bermula 15 Mei ini.
  • 10 syarikat jualan kereta mewah import milik Bumiputera di KL diserbu pihak berkuasa atas dakwaan terlibat aktiviti penggubahan wang haram.
  • Penyelidik UKM temui cengkerang dipercayai berusia 200-250 juta tahun di Taman Emas, Kuala Lipis; bukti negara pernah berada didasar laut.
info sukan :
  • Gol sendiri Peter Crouch menyebabkan Tottenham Hotspur tumpas 1-0 kepada Manchester City yang kekal di yangga ke-4 Liga Perdana Inggeris.
cengkerang berusia 200-250 juta tahun -sumber gambar,Utusan

Tuesday, May 10, 2011

Info-Info Terkini

assalamualaikom semua (^_^)
ada baca paper harini?
tak sempat?
aku pn xbaca paper pn..hehe

tp sebbaik Hotlink ni baik hati..
hantar info2 terkini kt aku..

jom amik tahu :

  • Mahkamah Tinggi KL menetapkan 19 Mei untuk mendengat hujahan kes tuntutan royalti oleh penyanyi polular Anuar Zain terhadap Syncrosound.
  • Ketua Pemuda MIC Cawangan Kampung Tunku Putra,Kulim I. Sathananthan dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Butterworth atas tuduhan rasuah RM4500.

Al-Fatihah kepada Aimi Jarr

Pelakon vateran yang juga bekas wartawan
hiburan, Aimi Jarr meniggal dunia dirumahnya
di Taman Melati, Ampang pagi tadi.

Al-Fatihah buat Aimi Jarr atau nama sebenarnya Omar@Abd Majid b Puteh


Harga Gula Naik

assalamualaikom semua (^_^)

Kerajaan umumkan kenaikan harga gula
sebanyak RM0.20
daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram..
berkuatkuasa hari ini!

pergh...naik lagi lol..
pasni harga makanan kt kedai pn mesti naik..

gaji bila nk naik? huh!
aperpn.. tq kerajaan...
rakyat di dahuluuuuuu kan, pencapaian diutamakan

kerajaan kata : rasionalisasi subsidi ;
tanggungan kerajaan perlu diturunkan lg - KPDNKK

Monday, May 9, 2011

An overview of the new post editor - Blogger Help

An overview of the new post editor - Blogger Help

Info Menarik dari Hotlink

assalamualaikom semua (^_^)
Mr iZzo nak share info yg Mr iZzo dapat dari Maxis Hotlink
setiap jam Maxis akan hantar berita2 pendek..

antaranya....jom layan ;
  • TPM ajak pihak swasta sama2 bangunkan sekolah teknikal dan vokasional bagi sediakan modal insan yang mencukupi dan memacu ekonomi negara.
  • Kematian Osama Laden tidak pengaruhi situasi keselamatan di Malaysia : ATM dan PDRM tetap bersedia hadapi sebarang kemungkinan - Zahid Hamidi
  • 300 pakar BI dari Amerika Syarikat akan mengajar bahasa itu di sekolah2 kategori band 6 dan 7 mulai tahun depan - Muhyiddin Yassin
  • Kerajaan akan lancar program rumah kualiti harga RM220,000 ke bawah bagi membolehkan lebig ramai golongan muda miliki rumah pada Jun atau Julai.
  • Langkah menghentikan kursus baharu perubatan diIPT tempatan mampu bendung masalah lambakan doktor yang tidak berkualiti di pasaran.
  • Sambutan Hari Ibu tidak bermakna buat tiga beradik apabila mereke rentung bila rumah teres yang didiami di Kuala Krai terbakar semalam 7/5.
  • 3 anggota tentera terbunuh,seorang wanita parah dalam nahas kereta dengan lori tangki di jalan Seremban,PD dekat Kg. Bemban awal pagi ini 7/5.
  • Perbincangan paderi seluruh negara jadikan Kristian agama rasmi Persekutuan, jika benar,adalah series - Hishammuddin Tun Hussein.
  • Mendiang Ong Kim Koon yang bantu suami isteri Melayu dalam nahas sebelum dirinya dilanggar kereta diberi sijil penghargaan oleh Polis.
  • 2 blog dedah pertemuan paderi seluruh negara dan bincang agenda Kristian sebagai agama rasmi diserah kepada SKMM untuk siasatan - Rais Yatim.
  • Kegiatan golongan gay di Malaysia semakin berleluasa berikutan wujudnya sebuah laman web yang dijadikan medium untuk mencari pasangan.

Santai di The Mines,Serdang

hari minggu best jugak keluar jalan2
rehatkan minda..cuci mata..hehe

destinasi yg dituju Mr iZzo ialah The Mines,Serdang
sajer je gi situ sbb dah lama xpi...

lepak2..pekena waffer sambil bagi ikan makan..hehe
syok beb tgk ikan kt situ
besar2..banyak giler..
kalau lah boleh mancing..hehe (^_^)

beli waffer
tengok ikan
xnampak plak gambar ikan ni
bluesss~ layan perasaan...haha

Sunday, May 8, 2011

Aku Dulu dan Kini....

assalamualaikom semua (^_^)

tadi Mr iZzo sajer dok tengok2 pic2 lama..
terjumpa dua pic ni..

sila lihat kedua-dua gambar Mr iZzo ni..
satu gambar dulu..dan satu lg gambar kini..

then, cuba cari apa yg sama dari duLu..sampai kini..
apa yg takde perubahan? hehe
tergelak sorg2 bila ternampak persaan itu
hahahaha

gambar ni tahun 1992 - Mr iZzo 6 tahun
laters..2 minggu lepas kot

BlackBerry Curve 8520

Assalamualaikom semua (^^,)

ni Mr iZzo ada nk jual satu BlackBerry Curve 8520
condition tiptop! 100% working
99% scratchless
Mr iZzo bagi skali charger dan USB cable je..
kotak n earphone xder sbb dah jual..

harga = RM600

sebab Mr iZzo nk jual..nk pakai duit ar..
huhuuhu..terpaksa korbankan hp kejap..
walaupun sedih nk let go hp ni
tp apakan daya..huhuhu
so pada kawan2 yg berminat..
contac la yer..
012-9428421

sentiasa dalam case sbb tu xcalar
plastik belakang pn xbuka lg.hehe

Saturday, May 7, 2011

Nota Ringkas Buat Ummi

assalamualaikom ummi...
macam la ummi nk tgk blog ni kan..
hehehe~ (^_^)

ummi..
sesungguhnya keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ayah ibu..disaat begitu indah setiap detik didalam rahimmu..namun segala kepahitan KAU rasa indah demi anak-anakmu..
Ummi, resahMu tersembunyi dalam riuh ketawa,sebak didada tidak ketara..tenangnya tabah kau hadapi..
Terima kasih atas segalanya Ummi..

SELAMAT HARI IBU

dari anakmu..izzuddin 

Harga Minyak Naik - Jom Belajar Statistik

assalamualaikom semua (^^,)

baru2 ni harga minyak Ron97 naik lagi !
dari RM2.70 kepada RM2.90
naik lagi RM0.20

jom belajar statistik skit..
dalam ilmu statistik, anda boleh meramal..
bahasa canggihnya forecasting
untuk 'forecast' , kena kumpul data untuk
bina satu nilai 'trend'
next, dapat ramal nilai 'forecast' : + or -

faham? xfaham pn buat2 lah faham..hehe

Sept 08 : RM2.00
Julai 10 : RM2.10
Nov 10 : RM2.15
Dec 10 : RM2.30
Jan 11  : RM2.40
Feb 11 : RM2.50
Apr 11 : RM2.70
May 11 : RM2.90

April 2013 : RM5.30
Wow! kalau gitu lah jadinya haarga minyak..
pasni meranalah rakyat Malaysia..
jangan tempias ke Ron95 dah ler..
harap2 tak la kot..

Friday, May 6, 2011

Maharaja Lawak Minggu ke 6 - Tiada Penyingkiran

Maharaja Lawak Minggu ke 6 tiada penyingkiran
dok sangkakan Amir tersingkir..
rupanya tak lagi..

persembahan terbaik malam ni Jambu
yg lain okey jugak..
Amir xbest langsung.
xleh blah!

Jambu terbaik minggu ke 6

Keputusan Maharaja Lawak Minggu ke 6

assalamualaikom semua (^_^)
jom layan keputusan terkini undian SMS untuk
Maharaja Lawak minggu ke 6

Jozan - 28%
Jambu - 18 
Nabil - 16%
Balas - 16%
Sepah - 15%
Man - 5%
Amir - 3%

tu lah keputusan undian terkini
sekarang ni jom layan Maharaja Lawak dulu..

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011


Ben Ashaari Gegar Blogger lagi..
jom join -Klik SiNi-

14 Mei akan diadakan gathering besaran blogger..
jom join..ramai2 best!
leh dapat ramai kenalan lg..
terbaik dr Ben Ashaari..
(^_^)

Thursday, May 5, 2011

Kursus di Pusat Angkasa Negara, Banting

assalamualaikom semua..

harini hari kedua mr izzo di Pusat Angkasa Negara...
berkursus pengurusan aset..
mula tu ingat nk cukupkn hari kursus je..hehe
kiranya xikhlas la kan? ish terok btol aku ni
tapi setelah 2 hari berkursus, byk ilmu baru yg mr izzo dapat
alhamdulillah..

org selalu kata kerja kerajaan ni senang je
babyak relax... santai jee..
tapi sebenarnya tak!
besar amanah dan tanggungjawabnya...

nnt mr izzo update ye..

mau tumpu perhatian jap.. hehe

Tuesday, May 3, 2011

Askar Melayu Kg. Banggol

assalamualaikom dan selamat malam semua (^_^)

teringat masa kecil-kecil dulu selalu main
polis sentri(polis dan perompak),main senapang kayu, main capplom(senapang buluh+peluru buah cenerai)
budak2 zaman dulu mana tau nk ngadap ps2 ke,psp ke,
x-box ke..xdak semua tu dulu..
sebab tu budak2 zaman dulu tak obesiti 
macam budak2 zaman sekarang ni..hehe

apa kena mengena dgn tajuk atas tu?
haaaaa....tengok gambar bawah ni (^^,)

berdiri dr kiri : ah long,tek ang,amer khan,abu,
pak said mongoliau,mat ani,pak munawer
duduk dari kiri : ooonie dan mauuddin

hahaha..ok? mantap,gagah dan perkasa tak?
ni la generasi pelapis masa depan negara
ini bukan geng kampong Mr iZzo..
ni geng kampong sebelah..Kg Banggol

permainan macam ni la baru sihat badan..
cayalah budak kampong!

nk kenal budak2 ni? cari diorang dalam FB
hahaha..jgn pandang sebelah mata,
ada Facebook tau! hehe (^_^)

Bukan Mengumpat...Cuma Bagitau Benda Betol je..

assalamualaikom semua (^_^)
petang ni cuaca hujan..jadi suasana sejuk jer..
sedap ni rehatkan badan setelah letih bekerja..

meh sini dengat Mr iZzo nk berceloteh skit..
Senah, ko tau..anak si Eton tu mengandong!
patot la aku xnampak anak dia skrg ni..
anak dia di kampung..umah nenek dia..
malu la tu..bapak baik, anak hampeh.. 
haaaaaa~ aku bukan nk mengata..aku ckp benda betol ni..
jiran aku kan sekampung dengan kg dia..

cerita diatas adalah rekaan semata-mata..hehe

kalau ye pun kita disituasi itu..
kita nampak atau tahu benda yg kurang menyenangkan
atau benda apa sekali pun..
jangan lah nak mengata orang..
jangan lah nk menyampai kan..

kalau suatu benda tu mengaibkan..xyah lah nk sebar2..
tak elok kot..

sama ja pon kalau kata bukan mengumpat, ckp benda betol..
still mengata hal orang kan?

aku tak paham betoi laaaaaaaaa

Nyamuk Pelik di Batu Caves

assalamualaikom semua (^_^)

sapa stay area Batu Caves sana angkat tangan!
hehehe..ni nk bgtau satu berita yg menarik ni..
menarik ke? berita tak best kot sebenarnya..hehe
tadi baca paper, tajuknya Taman Nyamuk..area Batu Caves

kawasan tersebut diserang kehadiran nyamuk yg banyak
kalernya keperangan.. ish..ish..ish..nyamuk ape tu? 

penduduk area situ terpaksa pakai penutup mulut
untuk elak nyamuk tu masuk mulut,hidung dan telinga..
dahsyat gak tau..smpai mcmtu skali..

kata penduduk setempat, puncanya datang dari
loji kumbahan kat area situ..
masalah ni dah kt setahun dah..

shian penduduk kawasan tu..

Majlis Perbandaran Selayang (MPS)!
cepat pi buat pemantauan area sana..
kesian diorg tu..

sumber gambar-myMetro
sumber gambar-myMetro
sumber gambar-myMetro

Monday, May 2, 2011

BEN ASHAARI CARI ENTRI BEST !


assalamualaikom semua (^_^)
Mr iZzo join lg segmen Ben Ashaari..
nk join? klik SiNi

entri pilihan Mr iZzo ialah 

kenapa pilih entri tu?
sebab entri itu mengingatkan Mr iZzo tentang pengalaman
baru dalam hidup Mr iZzo, banyak pengajaran yang Mr iZzo dapat dari perisitwa itu..
selain pengalaman duniawi, Mr iZzo jugak dapat muhasabah diri yang sangat-sangat lama..
banyak hidayah yang Allah beri pada masa itu..
banyak hikmahnya pada hidup Mr iZzo..

selain dapat memperingati diri, ia juga sedikit sebanyak memberi kesan pada pembaca..
sama-sama amik iktibar dari pengalaman Mr iZzo itu..
syukur AlhamduliLLAH

Sut Angkasawan dan Mr iZzo

assalamualaikom semua..
malam ni cuaca hujan diluar..
nk tengok tv pn tak best sebab astro out..
biasa la hujan2 ni,,tengok titik kuning jer laa..hehehe

Pernah jumpa sut angkasawan?
pernah pegang? pernah pakai?
memang tak la kan..hehe

sajer je petang tadi takde kerja pi dok
bergambar dengan sut angkasawan tu..
hehehe...xder kejer..tu la jadinya..

orang xder kejer..hehe



My First Cheque from Nuffnang

assalamualaikom semua (^_^)

saja nk kongsi kegembiraan dapat
cek yg pertama dari Nuffnang..

happy dowh! ni semangat nk berblog nih..
update selaluuuuuuu~

banyak benda lagi yg Mr iZzo perlu belajar
untuk improve lg dalam dunia blog ni..

kawan-kawan...tolong tunjuk ajar ye..


Gift Tersempoi di Dunia

assalamualaikom semua (^^,)
selamat pagi..dan selamat bercuti..<--benci!
sebab? aku kerja harini..
waaaaa...waaaaaa..hehe

aper kes tajuk atas tu?
ni haaaa, nk citer pasal gift yang Mr iZzo dapat
dari salah seorang staf tempat kerja yang sudah 
tukar kejer lain..balik kg dia kot..

walaupun tak seberapa dan 'sempoi' gilerrrr
tp sentimental value yg terbaik!
kompom Mt iZzo ingat sampai bila-bila
hahaha.. tq ye (^_^)
terbaik!

gula-gula mentos 1 jeeee..haha
ucapan
ucapan ke 2